? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Wednesday, July 18, 2012

Seronok ke kahwin???



Bila cerita bab kahwin ni , bagi mereka yang masih bujang, mesti
semua tegak telinga nak ambil tahukan..huhu tak salah pon
sebenarnya...kita niatkan benda ini ilmu, dan setiap suatu ilmu yang baik haruslah kita tuntut.

Okey !!

Berbalik kepada cerita seronok ke tak kahwin nie..saya cubalah cari dan mencari cerita yang menarik yang berkaitan dengan kahwin nie untuk kita kongsikan bersama..

Cuba lihat keseronokan perkahwinan ni di nilai oleh sahabat-sahabat yang sezaman dengan rasulullah,

"Ibnu Abbas masa tengah nazak, dia minta orang kahwinkan dia. Pelik sungguh nak mati pun ingat kahwin lagi? Nak seronok lagi? Tapi apa alasan dia? Katanya malu jika dia mati nanti menghadap Allah s.w.t dalam keadaan bujang. Dia nak mati dalam mengikut sunnah Nabi iaitu berkahwin."

Syaitan akan mengeluh bagi orang yang dah berkahwin, dan akan tersenyum bagi yang masih bujang. Syaitan akan membisikkan kepada orang bujang supaya kumpul dulu duit banyak2, barulah berkahwin. Bila duit dah banyak, dia bisikkan pula supaya beli kereta dulu, atau enjoy dulu. Begitulah seterusnya sampai jadi bujang tua. Sebab tu Nabi s.a.w ada bersabda:

"Apabila seseorang itu berkahwin, maka dia telah menyempurnakan separuh dari agamanya. Maka bertakwalah kepada Allah untuk menyempurnakan separuh yang berbaki".


Dari Anas bin Malik r.a. bahwa ia berkata,

"Tiga orang Sahabat datang ke rumah Rasulullah untuk menanyakan tentang ibadah beliau. Setelah diceritakan kepada mereka tentang ibadah Rasulullah, mereka menganggapnya terlalu sedikit. Sehingga mereka berkata, 'Keadaan kita dengan beliau jauh berbeda, sesungguhnya Allah SWT telah mengampuni dosa-dosa beliau yang lalu dan yang akan datang!'

Maka salah seorang di antara mereka berkata, 'Aku akan shalat malam terus menerus.' Seorang lagi berkata, 'Aku akan berpuasa terus menerus tanpa putus.' Yang lain berkata, 'Aku akan menjauhi kaum wanita dan tidak akan menikah selamanya.'

Lalu datanglah Rasulullah saw. menemui mereka, beliau bersabda, "Apakah kalian yang mengucapkan begini dan begitu!" Demi Allah, aku adalah orang yang paling takut dan paling bertakwa kepada Allah! Namun selain berpuasa aku juga berbuka (tidak berpuasa), selain shalat aku juga tidur, dan aku juga menikahi wanita. Barangsiapa yang membenci Sunnahku, maka ia bukan termasuk golonganku," (HR Bukhari [5063] dan Muslim [1401])

Dan sabda Nabi s.a.w :

"Ada tiga golongan yang sudah pasti akan ditolong Allah, iaitu: Orang yang ingin kahwin dengan maksud untuk menjaga kehormatan diri; seorang hamba mukatab yang berniat akan menunaikan; dan seorang yang berperang di jalan Allah." (Riwayat Ahmad, Nasa'i, Tarmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim)..

Jadi kesimpulannya..

Dek kerana soalan ini lebih bergantung kepada perspektif masing-masing untuk menilainya, anda kenalah kahwin dulu barulah terungkai jawapan di atas.

sekian..

"kitalah yang bakal menentukan keseronokan dan kebahagian mahligai yang di bina.."


No comments:

Post a Comment