? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Monday, October 15, 2012

Pantang Larang Bagi Bakal Pengantin

Opss entry ni lagi...huhu jangan marah yea..benda baik harus di kongsi bersama....di bawah nie ada tersenarai beberapa pantang larang yang di cedok dari kata- kata dan amalan orang-orang  dahulu kepada para pengantin...

1- Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit. (Alamak makan nasi x de kuah nanti tercekik lagi susah..hoolaa)

2- Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering. ( ulam petai boleh tak???hihihi)

3- Elakkan minum air berkarbonat kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis. ( baru tadi pegi KFC....ermmm pasni request sky juice jelah..hohoho)
aduh terpaksa dilupakan seketika waktu...

4- Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama. ( ermmm x manis x de tenagalah..

5- Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)...(dh 2 bulan skip makan nasi tau)

6- Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.( udang , ketam, sotong,,x boleh ehh???)

7- Amalkan makan telur ayam kampung 2 kali seminggu yang dicampur madu dan ada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga. (erkk...x suka ..tapi En tunang suka sangat telur setengah masak...x boleh terima uwerkkk!!!)

8- Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia utk membuang angin. (prooOOttt...opsss)

9- Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin. ( dah lama tak beli air soya, rasa dh anti air soya plak!!!!

10- Elakkan minum minuman keras dan merokok. ( OHHH nasib baik en tunang bebas asap rokok, alhamdulillah)

11- Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan. ( Jamu???alamak pahit ngakk??? )

12- Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.

13- Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.

14- Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

15- Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

16- Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

17- Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.

18- Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

19- Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.

20- Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.
Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
22- Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu dan menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri. ( huhu ni mcam menarik!!!! x yah jumpe walau pon curik2 no no no....)
23- Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar. ( betul!!!!)
24- Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut di santau oleh mereka yang mempunyai niat yang tidak baik.
25- Jangan tidur di rumah orang kerana takut terkena ilmu yang tidak baik. Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga.
26- Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri). 
27- Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.
28- Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
29- Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai atau kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
30- Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir.
31- Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.
32- Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
33- Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.
34- Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

35- Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.
36- Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis. (hik..hik)
37- Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dari dikhianati orang lain.
38- Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan untuk menghangatkan lagi kemesraan. ( haiyooo..sapa nak temankan kite????)
39- Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.
40- Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah mengalami gangguan emosi. ( perantin kan raja..huhu)
41- Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
42- Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu. ( keh keh malunya..jeling2 perantin laki bleh tak???)
43- Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung. (Opss rasanya yang nie macam x perlu kot..yamg penting kita berdoa semoga segalanya selamat dan berjalan lancar)


Pada pendapat saya, kita tidak bolehlah pula terlalu sangat mempercayai segala pantang larang dan natijah seandainya kita melangar pantang larang nie kerana dikhuatiri syirik ..jadi mana yang baik dan rasanya releven untuk diamalkan tak salah kita mencuba..yang pastinya segalanya kita bertawakkal kepada Allah dan yakin Dialah yang maha mengetahui segalanya...


ok tadadaaaaa ..bye2

PETUA MENUJU KE JINJANG PELAMIN...


Assalmualaikum..

Detik itu dihitung lagi..huhu masa berlalu dengan pantas . Angka pun sudah berganjak...

Seberapa banyak persedian telah dibuat...dan tak lupa juga pembacaan ditambah supaya dapat memberi manfaat kepada saya dan "bride to be" yang lain... 

Dalam pencarian tentang tips kesihatan menuju hari bahagia nie , saya terjumpa petua nie..rasanya sangat bermanfaat dan boleh dikongsikan bersama...


Terdapat beberapa petua yang menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati untuk diamalkan oleh para bakal pengantin perempuan dalam melengkapi proses rawatan tradisional sebelum melangkah ke jinjang pelamin.

Bunga Mawar 
Untuk menaikkan seri muka, bakal pengantin boleh mengamalkan petua memakan kelopak bunga mawar selama 44 hari sebelum tarikh perkahwinan. Dahulukan dengan bacaan selawat ke atas nabi, Fatihah dan ayat Nabi Yusof sebelum memakannya. 

Timun 
Lekapkan mata dengan hirisan timun selama setengah (1/2) jam. Petua ini juga dapat menghilangkan lebam pada bawah mata serta menghilangkan rasa lesu dan letih. Ia juga berguna untuk menegangkan otot bawah mata. 

Lobak 
Lobak yang kaya dengan serabut dan vitamin E berfaedah bagi menghilangkan parut dan menaikkan seri muka. Ia turut sesuai untuk meningkatkan kelembapan pada kulit kering. Parutkan lobak dan ratakan pada wajah seperti mask. Biarkan untuk setengah jam. 

Tomato 
Bagi masalah kulit kurang bermaya, gunakan tomato yang telah diasingkan bahagian dalamnya. Sapukan lendir dan biji di dalamnya pada seluruh wajah, lalu dibiarkan sehingga kering sebelum dibilas 

Avocado 
Bagi masalah kulit berminyak dan kandungan zat lemak berlebihan pada pipi serta wajah, anda boleh mencuba buah Avocado yang ditempek isinya pada seluruh wajah. Rawatan ini mampu menghalang tumbuhnya jerawat baru. 

Limau Purut 
Bagi menghitamkan rambut dan menghilangkan kelemumur, sapukan hirisan limau purut pada rambut di kepala. Limau purut juga juga dapat mencantikkan kuku dengan menyapukan jusnya pada kuku secara kerap


Jangan lupa amalkan kan tau...

Tuesday, October 9, 2012

58 HARI LAGI...



THE DREAMS COME TRUE