? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Thursday, November 10, 2011

Cinta & kasih Rasullullah terhadap umatnya..

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.

Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."
"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami
mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut.

Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu
kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang
menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya
makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"

Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"
"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang
kelaparan di Akhirat kelak."

Semoga kite juga mencintai Nabi kita Rasullullah S.A.W sebagaimana dia mencintai kita umatnya...

Contohi Rasullullah Suami Mithali..

  • Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

  • Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

  • Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."

  • Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Jangan di ungkap..jika dikhuatiri memudaratkan....

Seorang ayah pada suatu saat datang kepada umar dan mengadu, Anak perempuanku, wahai Amirul Mukminin, pernah terjerumus ke dalam dosa besar. Ia patah hati, lantas mengambil pisau dan mengerat lehernya sendiri. Untung aku mencegahnya. Anak itu kuselamatkan, lukanya kurawat dengan cermat hingga ia segar bugar kembali.

Umar merungut, Hem, mujur anak engkau itu. Bunuh diri adalah tanda kekufuran. Ia harus bertaubat. Ayah itu menjawab, Memang itulah yang dikerjakannya sesudah itu. Ia menyesal dan bertaubat dengan sungguh-sungguh. Sekarang ia dipinang seorang pemuda untuk menjadi isterinya. Apakah dosa itu harus kuceritakan kepada calon suaminya, wahai Amirul Mukminin? Umar bertitah lantang,Apakah engkau bermaksud membongkar aib yang sengaja telah ditutupi Allah takdir-Nya? Demi Allah, seandainya kau melakukan hal itu, akan kuhukum engkau sedemikian rupa di depan masyarakat sehingga menjadi contoh yang pahit bagi yang lain. Tidak, jangan kau ungkap kembali cacat yang sudah terhapus itu. Nikahkanlah puteri engkau sebagaimana layaknya seorang perempuan terhormat dan Mulimat yang taat.

Mungkin itukah yang dinamakan kearifan dan tumbuh dari rohani yang bersih dan adil. Umar tidak segan-segan menceritakan kesalahannya kepada hakim dan meminta petanda mencabuknya sesuai dengan besar kecil kesalahan yang dilakukannya. Di punggungnya membekas jalur-jalur cemeti petanda itu, tanpa sekelumitpun Umar menampilkan kuasanya sebagai khalifah untuk diberi keringanan.

Namun, umar tidak ingin kecacatan orang lain diperhebohkan. Sebab, terhadap orang bersalah, yang diharapkan adalah memperbaiki, bukan memerosokkannya ke dalam kejahatan yang lebih besar. Kepada penjahat yang telah selesai menjalani hukumannya, seharusnya masyarakat memberi kesempatan untuk menebus dosanya di masa lalu, bukan mengasingkannya sehingga terpaksa mereka terperangkap ke dalam keburukan kembali.

Kisah Malam Pertama...

Cerita Pengantin Malam Pertama untuk pengantin baru yang bernama Ramli. Dalam keheningam malam penuh syahdu, Ramli masuk kekamar kerana mengantuk.(kemungkinan ada juga rasa yang lain - paham-paham je lah..pengantin baru!)

Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki.

"Malu agaknya. Maklumlah malam pertama..." bisik hati ramli.

Dimatikanya lampu dan ia pun berbaring di katil. Dicelah-celah suara kodok menyeru pasangannya, terdengar suara isteri berbisik, penuh romantis, "Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa ?"

"Dah, apa cerita ni ?" tanya ramli dlm hati. Separuh malam dia terbaring berfikir. "Oh, agaknya isteri ku teringat kampung halaman.. Sian.. sampai mengigau ? Takpelah, biarlah dia tidur" bisik hatinya penuh understanding.

Malam kedua adegan yang sama cuma dialognya agak berbeza. bisik isteri "Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?" "kesiannya bini aku.. masih ngigau lagi.. aku mesti cari penawar !" ramli bertekad. Esok harinya, ramli bercerita pada ayah yang kebetulan datang untuk bertanya khabar 'pengantin baru'. "Lah.." keluh ayah ramli, "aku hantar belajar sampai Uni, benda cam ni pun kau tak paham?"

Ayahnya pun mula bercerita perihal adam & hawa, laila & majnun, romeo & juliet...(yang relevan untuk pegantin baru je!) Sepatah cakap orang putih "about the birds & the bees".

"oh. cam tu." sengih ramli, "baru saya paham. Taulah apa nak buat malam ni!"

Malam yang sangat ditunggu-tunggu ramli pun tiba...adegan sama dikamar tidur. cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa. "lah.. nape pulak senyap. takkan dia give up" tertanya-tanya si ramli. Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri, ramli pun berkata, "Dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?"

Malam dingin semakin sunyi.. tak jawab pun... "Kain pelikat dak disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai ?" pun..masih takde jawapan... ramli mencuba lagi. "Juruterbang dah siap sedia...boleh pesawat turun mendarat ?"

Sayu sekali jawaban si isteri dari bawah selimut, "Maaf tuan... Landasannya baru saje banjir...!"

Moral cerita: Pada kaum lelaki - Kalau nak naik pelamin, jangan tunggu sampai cukup bulan. Nanti dah datang bulan kan rugi sendiri.. kehkehekeh

Ujian Dara adakah mengaibkan??????

Isu dara merupakan isu yang paling jarang diperbincangkan
secara terbuka.


Ini mungkin disebabkan sikap masyarakat kita yang masih
menganggap ia sebagai isu peribadi yang boleh mengaibkan terutama kepada
golongan wanita.


Walaubagaimanapun, apa yang bakal dikupas di sini bukanlah
perkara yang berkaitan dengan kejadian biologi seorang gadis, tetapi isu
yang berkaitan dengan kesucian dan kehormatan seorang gadis.


Ini kerana, selain isu sosial, ia juga berkaitan dengan salah satu institusi
yang penting dalam Islam - perkahwinan.


Kecenderungan untuk merenung isu ini datang dari pengalaman peribadi
selama satu dekad.

Dalam Islam, ketika memilih calon isteri, seseorang pemuda digalakkan
mencari seorang gadis. Alasan yang diberikan adalah gadis lebih menghiburkan
dan sama-sama belajar bergurau senda. Sedangkan seorang janda sudah
mempunyai pengalaman dan memori dengan bekas suaminya dulu.


Hakikat ini diperkukuhkan lagi apabila peminangan seorang gadis berbeza
dengan cara peminangan seorang janda. Seorang gadis tertakluk atas nasihat
dan kawalan bapanya atau walinya sementara seorang janda dianggap mampu
berdikari dan membuat keputusan sendiri mengenai calon suaminya.


Namun begitu pada dasarnya tidak ada halangan untuk seorang pemuda
untuk memilih sama ada seorang gadis perawan atau seorang janda sebagai
bakal isterinya dan Islam sendiri tidak meletakkan syarat kepada
teruna untuk memilih gadis atau janda, Cuma digalakkan memilih gadis - dan
ini adalah isu hati lelaki semata-mata.


Dalam kehidupan realiti, bagaimanapun ada lelaki yang sangat menitikberatkan
soal dara. Bagi mereka, dara menjamin kebahagian dan kepuasan.
Pada hemat saya, lelaki jenis ini tidak arif tentang kedudukan yang sebenar.
Lelaki ini mementingkan nafsu dan menafsirkan dara sebagai satu kejadian biologi
pada jasad seorang perempuan. Menurut sumber ilmu kesihatan, kejadian selaput
dara ini sangat sensitif dan mudah pecah.


Kehilangan dara tidak semestinya seorang gadis itu telah melakukan hubungan.
Mungkin ada aspek lain seperti kemalangan atau sakit yang menyebabkan
seseorang itu kehilangan dara. Kehilangan dara dalam maksud ini tidak
melibatkan kehilangan kesucian atau kehormatan seorang gadis.


Oleh itu, tidak perlulah untuk memanjangkan aspek ini. Kita lebih cenderung
melihat dari sudut harga diri seorang gadis.


Terus terang kita nyatakan, isu dara dalam artikel ini maksudnya hubungan
seksual sebelum perkahwinan (zina) akibat meluasnya pergaulan bebas dalam
masyarakat kita. Oleh itu awal-awal lagi saya menyatakan isu ini adalah
isu sosial ;bukannya isu peribadi atau isu dikalangan wanita sahaja.


Keadaan ini menjadi lebih kompleks apabila batas pegaulan bebas di
kalangan remaja dan belia kita menjadi kian longgar.


Pada waktu yang sama, bagi menghadapi gejala seks sebelum nikah,
sudah kedengaran di kalangan lelaki teruna bahawa
'dara itu sudah tidak penting'. Yang penting bagi mereka ialah
kasih sayang, kesetiaan, kejujuran dan hormat menghormati antara suami
isteri.


Lagi pun apabila seseorang gadis yang pernah terlanjur sudah bertaubat
dan insaf, maka isu itu sudah tidak timbul lagi.

Saya percaya ramai orang bersetuju dengan hujah di atas. Oleh itu
kita akan tertanya-tanya perlukah lagi soalan 'apakah dara itu
penting?'.


Sekali lagi kita harus bersabar dan berfikir lebih halus dan
mendalam. Pandangan di atas samalah dengan pandangan lelaki yang
menafsirkan dara sebagai kejadian biologi pada perempuan.

Kedua-dua pandangan itu masih bersifat peribadi.

Isu sosialnya ialah apabila masyarakat (generasi muda) mula
menganut idea bahawa dara itu tidak penting maka secara tidak langsung
merebak pula idea seks sebelum nikah itu sesuatu yang boleh diterima.


Jika idea ini dianuti secara meluas, bukan isu dara yang perlu diatasi
tetapi isu zina dan pergaulan bebas.

Dalam masyarakat barat yang bebas pergaulannyasekurang-kurangnya
seperti yang digambarkan melalui filem atau novel remaja - soal dara
atau virginity sudah dianggap remeh.



Malah sebenarnya ia dianggap sebaliknya. Dalam masyarakat kita
atau masyarakat timur yang asal seseorang gadis yang tidak dara
(sudah melakukan hubungan seks) dipandang rendah dan dicemuh.

Lelaki teruna mengelak diri dari mengambilnya sebagai isteri.
Ibu bapa si gadis berasa sangat malu.


Gadis itu sendiri berasa bersalah dan berasa tertekan dan sedaya
upaya menyembunyikan rahsia itu sehinggalah ke saat akhir (seperti
kepada tunang atau suaminya). Tetapi masyarakat barat melihat soal dara
sebaliknya.

Sesiapa yang masih dara dianggap mentah dan naif. Seseorang
gadis yang pernah melakukan hubungan seks selalunya ketika berusia
belasan tahun dianggap matang. Gadis ini layak dianggap wanita (woman)
bukan lagi anak-anak perempuan (girl). Akibatnya, seseorang gadis yang
tidak mempunyai pasangan lelaki atau gagal memujuknya melakukan aktiviti
seksual mengalami tekanan perasaan dan penyisihan sosial remaja.



Secara sedar atau tidak apabila unsur budaya asing dan bahan
lucah tersebar dengan bebas, masyarakat kita kini sedang menganuti
idea yang sama.


Tiada siapa yang tahu. Hanya sekelompok remaja dan belia yang
mengetahui. Siapa tahu secara perlahan-lahan idea atau nilai generasi muda
erhadap dara sudah berubah mengikut idea remaja barat?


Secara kesimpulannya apa yang hendak disampaikan ialah
berkenaaan runtuhnya institusi sosial kita. Remaja terutama gadis tidak
lagi menghiraukan tentang kesucian diri mereka.

Gejala pergaulan bebas semakin berleluasa. Pihak media pula seakan jaguh
dalam memperkenalkan budaya yang tidak sesuai dengan norma-norma kehidupan kita
sebagai seorang Islam.


Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini?

Marilah kita sama-sama memikirkan jalan penyelesaiannya. Mungkin
ada pendapat yang bernas?? cara atau kaedah untuk mengatasi permsalahan ini.....

Remeh tapi perlukan perhatian...


Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata,

“Semoga berbahagia dan ramai anak.”

Mendengar yang demikian Aqil berkata,

“Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian.”

Mereka lalu bertanya,

“Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?”

Aqil menjawab,

barakah2.jpg

(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu). Begitulah yang diperintahkan kepada kita”.[1]

Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasullulah s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a. lalu beliau bertanya,

“Apakah ini?”

Abdul Rahman r.a. menjawab,

“Saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma.”

Rasulullah s.a.w. bersabda,

barakah1.jpg

(semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash”[2]

Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata,

barakah3.jpg

(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)”[3]

Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan

“Semoga berbahagia dan banyak anak.”[4]

Keberkatan lebih diperlukan...


” Sebaik – baik perempuan adalah yang paling murah maharnya ” ( HR. ibnu Hibban, Hakim, Baihaqi, Ahmad )

Tepat sekali jika aku dan kamu berfikiran bahawa wanita yang yang paling baik adalah wanita yang maharnya paling murah.

Saudari,

Seharusnya kamu sedar ketika kamu meminta mahar mahal sedangkan lelaki yang melamar kamu tidak memiliki sesuatu yang kau pinta. Maka kau telah kehilangan keberkatan perkahwinan itu, kerana kamu telah mempersulitkan sesuatu yang baik bagimu iaitu sebuah pernikahan.

Seharusnya kamu mempermudahkan maharmu, mempermudahkan jalan lelaki yang hendak melamarmu. Kerana ini sunnah Rasulullah Alaihi Wasallam. Sebenarnya seorang wanita sangat memerlukan pendamping, apabila kamu tolak gara-gara wang hantaran padahal dia seorang lelaki muslim yang soleh, maka rugilah kamu.

Saudara,

Mudahnya seorang wanita dengan maharnya, jangan kamu meremehkan harga mahar tersebut dengan memberikan mahar ala kadar. Lantas, kemanakan kemuliaan wanita yang akan mendampingi dirimu?

Kamu telah memiliki harta yang melimpah, kau telah kukuh dengan keadaanmu. Namun, kamu lalai kerana wanita yang hendak kau nikahi tak menuntut mahar tinggi terhadapmu.

Seharusnya kamu sedar bahawa mahar adalah bentuk penghargaan yang memuliakan wanita. Betapa Rasulullah sangat memuliakan wanita, begitu pula dengan mahar-mahar yang tinggi pada isteri-isteri beliau.

Abu Salamah bin Abdurrahman berkata, “Aku bertanya kepada Aisyah, isteri Nabi SAW, “Berapakah nilai mahar yang diberikan Rasulullah?

Aisyah menjawab, “Mahar yang baginda diberikan untuk isteri-isterinya sebesar 12 uqiyah dan nasya. Aisyah berkata, Apakah engkau tahu apakah nasya itu?

Aku berkata, “Tidak?

Kata Aisyah, “Nasya adalah ½ uqiyah. Maka nilainya sekitar 500 dirham. Demikianlah mahar

Rasulullah untuk isteri-isterinya.- (HR. Muslim)

Kecuali bila kamu memang tidak memiliki apa-apa pun, seperti apa yang dikatakan Rasulullah kepada seorang pemuda ketika dia hendak berkahwin meskipun tidak memiliki apa-apapun. Maka Rasulullah menyuruhnya untuk mencari cincin walaupun dari besi.

Sesungguhnya Islam sangat memuliakan wanita. Mengapa oleh kerana wanita tidak meminta mahar yang lebih, maka kamu enggan memuliakannya?

Sahabat, sesungguhnya wanita sangat memerlukan pendamping, sehingga tiada pun kebaikan dalam tingginya wang hantaran sehingga kamu tidak dapat berkahwin oleh kerana kamu menyukarkan dirimu dengan nilai hantaran.

Lelaki juga sangat memerlukan wanita sebagai pemelihara dirinya, rumah tangganya, juga anak-anaknya kelak, sehingga kamu sepatutnya memuliakannya dengan mahar tertinggi yang kamu mampu!

~Keberkatan serta keredhaanNya menjadi kayu ukur kebahagian dalam rumah tangga~


Berapakah Mahar/ Hantaranya????



KAHWIN HANTARAN MURAH ♥

"ish! murahnya hantaran dia, ni mesti sengkek ni!"

KAHWIN HANTARAN MAHAL ♥
"ish! mahalnya? nak jual anak apa?"

KAHWIN UMUR MUDA ♥
"ish! muda-muda dah kawen, ini mesti ade buat benda tak baik ni... tah-tah dah termengandung!"

KAHWIN UMUR LAMBAT ♥
"ish! dah tua baru nak kawen, tu la muda-muda tak nak kawen, org da beranak-pinak dia br nak kawen... tak laku kot!"

KAHWIN BUAT MAJLIS KECIL ♥
"ish! ni kawen ke ape? kedekutnya, makanan pun ntah pape bukan selalu, buatlah besar sket!"

KAHWIN BUAT MAJLIS BESAR ♥
"ish! besarnye majlis... kalah anak DATUK. nak berlagaklah tu, macam anak die je nak kawen kat dunia ni!"

BERSANGKA BAIKLAH, JANGAN DENGAR KATA ORANG, DENGAR KATA ALLAH! HIDUP INSYAALLAH BAHAGIA. NAK KAHWIN TAK SUSAH TAPI MEREKA DAN KITA YANG BUAT KAHWIN JADI TERSEKSA !!

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami...amin..