? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Thursday, August 23, 2012

TAKUT BINI SAYANG SUAMI




Al-kisahnya, pada zaman dahulu kala, seorang Raja yang takut bini, telah memerintahkan sekelian rakyatnya, LELAKI sahaja, berkumpul di suatu tempat seumpama stadium zaman sekarang.

Titah Raja: Wahai sekelian rakyat beta, sesiapa yang takut bini, semua berkumpul di sebelah kanan beta. Dan, sebaliknya, di sebelah kiri beta.

Maka, tanpa berlengah kesemua yang hadir berkejaran ke sebelah kanan Baginda, kecuali seorang sambil memeluk sebatang tiang.

Titah Raja (dalam hati): Hari ini aku dapat ilmu tak takut bini.

Titah Raja: Wahai saudara, kemari mengadap beta.

Lelaki: Tuanku lah ke mari ke tempat patik.

Titah Raja: Eh! Kamu lah kemari.

Lelaki: Tuanku lah kemari.

Titah Raja: Heh! Aku Raja kamu. Kamu kemari.

Lelaki: Tuanku lah kemari.

Titah Raja (dalam hati): Tak pa, ilmu punya pasal aku pergi.

Lalu Baginda pun mencemar duli ke tempat lelaki tadi. Sesampai sahaja di tempat lelaki tadi, Baginda pun bertanya.

Titah Raja: Apakah rahsia sebenar kamu, tidak takut bini ?

Lelaki: Sebenarnya tuanku, patik lah orang yang paling takut pada bini.

Titah Raja: Kan tadi Beta telah arahkan, sesiapa yang takut bini ke sebelah kanan Beta. Kenapa kamu tidak menurut perintah Beta ?

Lelaki: Sebenarnya tuanku, ISTERI patik telah berpesan kepada patik supaya, TUNGGU TIANG INI DAN JANGAN KE MANA-MANA SEHINGGA DIA DATANG.

Friday, August 10, 2012

BISKUT CONFLAKES MADU


Bahan-bahan ( dalam 60-70 cawan mini cookies )

250gm cornflakes (kotak kecil)

125gm butter (1/2 buku)

1/2 cawan gula perang (tambah kalau suka manis)

5 sudu makan madu (saya guna golden syrup masa ni sebab tak ada madu)

manik warna warni untuk hiasan

Cara-cara

Campurkan butter dan gula dan masak atas api perlahan hingga gula larut bersama butter

(saya terlebih rajin so masuk microwave je dalam masa 2-3 mins tapi kena kacau setiap min)

masukkan cornflakes ke dalam adunan yang dah cair dan masukkan madu (masa ni saya guna golden syrup)

aduk sampai rata masukkan dalam acuan dan taburkan manik warna warni dan bakar selam 10-15 mins atau sampai dasar kekuningan

BISKUT HAZELNUT BALLS



Bahan;

200 gm butter , 50 gm shortening

160 gm gula kastor , 1 biji kuning telur

1 s/t vanilla , 150 gm hazelnut kisar ]

260 gm tepung gandum ] gaulkan rata

100 gm tepung jagung ]

Hiasan (paper cup , coklat putih , manik hiasan )

Cara

1. Gaulkan butter, shortening dan gula sehingga lembut.

2. Masukkan telur dan vanilla dan gaulkan lagi.

3. Masukkan badam dan tepung dan gaulkan lagi.

4. Buatkan sapeti bentuk bebola kecil dan susunkan dalam loyang

5. Panaskan oven pada suhu 170'C selama 10 minit

6. Bakar dalam suhu selama 20 minit atau masak. Sejukkan dalam loyang.

7. Cairkan coklat putih cara double boiler dan celupkan biskut.

8. Masukkan biskut dalam paper cup.

9. . Hiaslah mengikut suka hati.

10. Tunggu sampai biskut sejuk betul baru masukkan dalam bekas kedap udara

Cream coklat putih

250 gm coklat putih , 30 gm shoterning atau cocoa-butter

Cara;

1. Cairkan kedua-dua bahan dengan cara double boil sehingga semuanya cair.

2. Masukkan sedikit coklat putih dalam mangkuk kecil.

3. Celupkan biskut dan masukkan dalam paper-cup. Gunakan penyepit kecil.

4. Hiaskan dgn candy merah dan biarkan beku.

5. Simpan dalam bekas

BISKUT NESTUM RANGUP



Bahagian A

130 gm

20 gm shortening

50 gm gula kastor

1 sudu teh esin vanilla

Bahan B

120 tepung ros

20 gm tepung jagung

50 gm nestum di kisar

Hiasan kuning telur dan nestum

Cara-cara

Pukul bahagian A sampai bkrim

Masuk bahg B dan uli sehingga jadi doh

Canai dan terap dengan acuan

Sapu dengan kuning telur dan taburkan nestum

Bakar pada suhu 150 C selama 25-30 min

Biskut Rangup Chocolate Rice



Bahan-Bahan:

250 gm mentega

120 gm gula aising

4 biji kuning telur

4 sudu besar milo

4 sudu besar tepung kastard

180 gm tepung naik sendiri

500 gm coklat masakan

Chocolate rice

Cara:

Pukul mentega dan gula hingga sebati dan masukkan telur.

Masukkan milo, tepung kastard dan tepung naik sendiri dan uli hingga menjadi doh. Canai dan terap.

Bakar pada suhu 150 darjah Celcius selama 20 minit.

Sejukkan dan celup dalam coklat masakan dan tabur chocolate rice.

BISKUT BANGKIT ASLI



Bahan-Bahan

3 cawan rata tepung ubi (+-300g)

1/2 cawan tepung gandum(+-50g)

1 cawan atau lebih pati santan dari sebiji kelapa(tak campur air)

1 cawan rata gula ising(+-130g) - ( yg ni utk manis sedang2. kalau nk manis btol gunalah gula halus/gula kisar) 2 biji kuning telur grade B sehelai daun pandan disiat & disimpulsedikit bijan utk hiasan

Cara-cara

campur kedua2 jnis tepung lalu digoreng tanpa minyak(sangrai) dlm kuali hingga ringan. lpastu ayak dan sejukkan. masak santan bersama daun pandan hingga mendidih - ketepikan.

ayak gula ke dalam mangkuk. campur kan telur lalu dikacau hingga sebati. mula2 memang sukar.. lps tu ok. kacau dgn pemukul telur manual jer hingga sebati.tp, kalau dienjut hingga kembang lagi baik hasilnya.

gaul tepung bersama telur rata2, tambah santan sedikit2 sambil diuli hingga menjadi doh. kuihni kena banyak uli. uli dgn tapak tangan macam uli doh. x mainlah lembut2.. agak2 doh tu boleh di canai ok lah tu. santan x smestinya habis digunakan yer..

ambil seketul doh, gelek dgn penggelek antara dua helai plastik. celup acuan dlm tepung sebelum menerap kuih. susun atas loyang yg telah dilenser dgn majerin dan ditabur sedikit tepung. setiap kali nk canai & gelek doh kena diuli lagi spaya kuih jd rangup.

sapu dengan nipis ditengah2 atas kuih dgn putih telur lalu ditabur sedikit bijan. puth telur brtujuan utk lekatkn bijan saja, jgn sapu berlebihan, takut serap pd doh yg akn mnyebabkan biskut jd keras.

bakar dlm oven yg telah dipanaskan terlebih dulu dgn suhu +- 150c selama 30 mnt atau hingga masak. ikutlah kepanasan oven masing2 yer..

BISKUT KELAPA RANGGUP



1cawan tepung gandum ,

2 cawan tepung sagu ,

1 setengah gelas gula halus,

3 biji kuning telur

1 sudu teh baking powder,

1 sudu teh esen vanilla,

Marjerin/mentega ikut basah,

Kelapa kering ikut suka

Cara membuatnya

1.Pukul mentega dan gula sampai kembang. Kalau nak guna sikit, guna mentega.Kalau nak guna banyak, guna marjerin.

2.Masukkan kuning telur satu persatu,esen vanilla ,pukul lagi.

3.Dalam masa yang sama ,ayak tepung gandum dan baking powder bersama.Masukkan dalam mangkuk adunan tadi .Masukkan tepung sagu dan kelapa kering. Ulikan doh sehingga sebati.

4. Kemudian boleh canai doh dan guna acuan pelbagai bentuk. Golekkan/salutkan dengan kelapa kering sebagai hiasan.

5.Boleh bakar dalam oven, suhu dalam 140 celcius. Kalau suhu rendah boleh naikkan.Ikut oven jugak sebenarnya.