? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Thursday, December 16, 2010

Menginjak umur 25 tahun...



Alhamdulillah...
syukur kerana masih dapat merasai nikmat hidup yang Allah berikan ...masih lagi berpeluang menghirup udara segar..dan merasai indahnye hidup...
ermm dah lame x update blog cyg nie..rase rindu nak mengedit..tapi apa topik yang nak di bicarakan???ermm soal hati??soal rindu yang tak kesampaian...hehehe..camtulah plak...

Ahhh rase malas pulak nak memikirkan...tapi inilah yang sedang menghantui diri...
segalanye bermula bile suatu malam ketika keluhan aku untuk mendirikan mahligai indah kepada emak..hehe almaklumlah bile tibe detik masuknye tahun 2011 aku sudah menginjak 25 tahun...ukss sudah tua maa...so dh mule juga risau akan kesinglelan diri ini..huhu

Tapi yang menjadi kerisauan yang berpanjangan bile keesokkan harinye mak dah mula menyatakan hasratnye yang x berapa nak bestnye tue bile nak mnjodohkan aku dgn saudara kami..aduhai !!! sepantas kilat mak aku punya idea...oiitt gerun aku...lantas aku cepat cube mengelak dan cuba mengubah topik bukan ape...rase x bestlah plak nak kawen sedare nie..dah lah time membesar pun depan mata...hishh tapi bile memikirkan hasrat tuk menamatkan zaman solo nie hati ade berbunga riang...huhu gatainye.. ermm x bole2 lupakan cadangan mak tue..x nak....muktamad!!

Adakah aku ni hipokrit!! kejap nak kejap tak nak..ape yang sebenarnya yang bersarang dalam hati ini Allah saja yang tahu..kita tak boleh menilai seseorang dari luaran..tapi jauh di sudut hati aku...mungkin dia bukan orangnya...entahlah !!!!tak de rase plak keserasian antara aku dengan dia...tapi orang kata belum cuba belum tahukan...:)

Hushh!! bukan mudah seperti yang dijangka kan....dulu mase kecik2 selalu pikir..lepas abes belajar,keja pastu kawen..hehehe..tapi sekarang nak kecapi satu2 perkara tu x semudah yang kita jangka..banyak onak ranjau yang kena harung..kalau macam ni punyelah susah nk kawen tibe2 terpikir napelah orang yang dah kwen senang2 je nak cerai..rase jawapannye mudah je kott..sebab org yang bercerai tu tak rase susahnye nak kawen..mcam yang aku rase sekarang...hehehe..pandai tak aku buat hipotesis!!!huhu..


Yang pasti sekarang, aku x nak buka lagi cakap2 tentang bab nak kawen depan mak..hehe takut yooo....bukan ape...bile difikirkan kembali ....jodoh tu pasti ada..dan pasangan kita itu adalah cerminan bagi diri kita..kalau nak dapat yang baik, kenalah jadi yang terbaik..kalau nak yang soleh. kenalah jadi solehah..walaupun nama aku bukan solehah..hehe..

Bila sampai saat dan ketika nanti si jodoh pasti kan datang juga menemui aku yang sentiasa menanti walaupun tak pasti tarikh, masa dan ketika waktunye ....yang pasti doa adalah peneman untuk memudahkan perjalanan "en jodoh" sampai ke destinasi ....yang pasti betulkan niat dulu...tujuan dan matlamat kita di muka bumi ..capai seberapa banyak perkara yang boleh mendapat keredhaan ALLAH..tu lagi UTAMA dari apa yang aku fikirkan sekarang..


Biarpun menghampiri sebuah pintu yang dinamakan GERBANG PERKAHWINAN juga salah satu yang boleh mendapat keredhaanNYA tapi aku perlu lebih berhati2...memilih nakhoda yang bakal mengemudi kapal aku nanti..perkahwinan tue juga dah boleh di ibaratkan sebuah rumah...yang ade banyak bilik...jadi sebagai tuan rumah, sudah menjadi keperluan untuk aku memastikan rumah itu ibarat sebuah taman..iaitu seumpama taman2 syurga atau mungkin kesilapan yang aku bina bakal merosakkan rumah itu yang akhirnya menjadi satu lubang yang merupakan antara lubang-lubang neraka..nauzubillah....minta di jauhkan..

Yang pastinye SEBUAH PERKAHWINAN bukanlah sesuatu hubungan tetapi jalan untuk kita lebih hampir mencapai redha Yang Maha Agung..Oleh sebab itu, matlamat hendaklah jelas dan perlu sentiasa diperjelaskan dalam doa..



"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penyenang hati, dan jadikanlah kami imam (pemimpin) bagi orang-orang yang bertakwa.."
surah ALFURKAN ayt74..

Setiap kali marah, try paku tembok.....


Al kisah suatu ketika dahulu di sebuah desa tinggal seorang pemuda bersama ayahnya yang memiliki sifat pemarah yang keterlaluan...

Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.

Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata,

"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu,namun pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita."

# untuk sekalian kali..kepada sahabat yang pernah mengenali diri ini setulus kemaafan ku puhon andai pernah kata-kata yg terkeluar dari mulut ini setajam paku yang di pahat...sesungguhnye diri ini tidak pernah terlepas dari melakukan kesalahan..
pohon beribu2 kemaafan..

Friday, October 22, 2010

Adakah aku yang bersalah??

Salahkah aku memilihmu...?? Salahkah aku mengasihimu seakaan-akan saudaraku..?? Salahkah aku mentakhtakan dan menobatkan mu sebagai juara yang memenangi hati ini..?? Salahkah?? Aku tidak memandang segala kebendaan dan kecantikkan paras rupa..sesungguhnya Allah telah menciptakan setiap yang bernyawa ini punya kelebihan tersendiri...
sesungguhnya kasih ku kerana agama...dan
cintaku padamu jua kerana agama...
apa lah daya aku untuk merubah segalanya...kita hanya merancang Dia yang mengetahui segalanya menjadi penentu kasih kita..
andai benar ianya berakhir hanya di sini..

ku mohon beribu kemaafan...
tak berdaya lagi aku melaluinye..
aku lelah..rebah seketika..
biarlah ikatan yang terlerai sentiasa menjadi simpanan dalam memori kenangan...
Yakinlah padaNya..
setiap apa yang dijanjikanNya..
bahawa manusia dijadikan berpasangan...

dan suatu ketika nanti..
kau pasti ketemui kebahagian yang berkekalan...

~salam manis~



Tuesday, October 19, 2010

Saya sudah bertunang...



Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

..........................
.............

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

* Kisah ini bukan kisah ana (Insyirah), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *

Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya... Arh... Untungnya Insyirah. (Cemburu! Cemburu! Cemburu!)

~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~

Nukilan,
Ukhti Insyirah Soleha,
19 Januari 2010


**Buat muhasabah cinta daku, kamu dan seluruh ummah..
terima kasih buat sahabat yang menulis, moga cerita ini menjadi ikhtibar...mohon dipersebarkan...

Maafkan abang Liza...

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.

hadiah untuk liza....

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.


Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza?tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PANGGG!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....

...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!

Jiwa seoarang ayah...

Alhamdullillah..agenda untuk melawat seorang rakan yang selamat menjadi seorang ibu berjalan dengan lancar walaupun pada awalnye macam tak menjadi...tapi bila memikirkan yang amalan menziarahi sesama rakan ni selalu diamalkan oleh Rasullullah terasa kembali bersemangat...

Setelah menjemput seoarang rakan sebagai peneman, kereta bergerak laju...(hehe walaupun sebenarnye taklah laju manapun)..ikut nasihat emak tercinta..

errm akhirnye tiba juga destinasi yang dituju..x jauh pun dalam melaka juga...tu yang buat aku sanggup pergi tu..hehe..kehadiran aku disambut oleh si ayah, ibu dan baby yang comel..ermm kecilnye baby nie..cute,muke saling tak tumpah macam si ayah..tapi yang buat aku geram baby nie asyik tidur jerkk..baby bangunlah aunty dtg nie!!!!!!!!!!!hehe gelaran tuk akulah tue..
ermm puas ayah dia dok bangun2kan..hehe tapi mata baby still nk pejam je...hehe almaklumlah baby kan kuat tidur....kalau aku pun d beri peluang tidur juga nikmat yang tak terperi nikmatnye..hahaha

Yang menarik sangat pada aku, bila melihat kasihnye seorang ayah dan suami...beruntungnye kawan aku dapat suami yang happy jer..suke wat lawak ala macam nabil jerk...hehe kata si ayah

"malam x de peluang tuk bermain dengan baby sebab bekerja jadi waktu siang nie ..baby kena bangun main dengan ayah ok"..

hehe asyiknye aku tengok si ayah mengurut tangan dan kaki si baby yan masih kecil tue..sempat juga dia menceritakan detik2 cemas di wad bersalin..huhu gentar bile dengar...
terdetik juga kat hati nie..ohh indahnye bile dapat merasai apa yang kawan aku rasai nie....tapi bersediakah aku nak lalui semua nie...????persoalan tu kembali berlegar2 di ruang akal...kerana bukan mudah untuk melalui perubahan hidup berkeluarga...perlu bersedia dari segi fizikal, mental dan paling penting juga ekonomi...hehe



kalau tak bersedia maka akan terjadilah perkara yang tak kita ingini, seperti kes yang baru aku baca tadi di dada akhbar tentang kesangupan seorang ayah yang menggigit bayinye yang beru berumur 2 bulan akibat tertekan..ermm pelik juga aku baca kes nie..dek lantaran tak berpuas hati dengan isterinya yang tak nak mengisi botol dalam air, si anak kecil yang belum mengetahui apa2 dijadikan mangsa keadaan...gerun pula aku memikirkan masalah kehidupan ini..bila dibebani dengan masalah..manusia dalam kemurungan macam2 boleh berlaku..jadi sebagai insan yang percaya pada kebesaran pencipta kita..


kasih ibu membawa ke syurga, kasihnye ayah kekal selamanye..kenangan bergambar bersama ayah
moga aku sentiasa menjadi anak yang sentiasa mengenang jasa mereka..


berdoalah semahunya agar kita sentiasa tenang dan sabar dalam menghadapi segala cabaran...biarpun diri dilambung keresahan namun jangan dilupa memohon kepadaNye , agar di beri jalan keluar kepada setiap masalah..dan istigfar sebagai perisai dari bisikan syaitan..:)



~salam manis~





Monday, October 18, 2010

...semua manusia di uji..

Jika sebelum ini aku terasa lelah menghadapi ujian dan rintangan, namun pagi ni..bila menziarahi blog rakan-rakan banyak pula yang mula aku pelajari ...terutama blog seorang rakan yang di uji dengan kelahiran seorang anak yang istimewa..ohh betapa tabahnya hati seorang ibu ni, kuat benar cabaran yang perlu dihadapinya..ketabahan serta kekuatannye menambah sayu di hati aku tatkala membaca coretan harian ibu kepada YASMIN NABILAH..

comelnye adik nabilah...semoga bahagia menghadapi hari2 yang terindah

bukan mudah untuk melayari kehidupan ini...jika hari ini kita terasa payah untuk menelan pahitnye ujian ..percayalah di luar itu lebih ramai lagi yang lebih kuat ujian yang perlu mereka lalaui...dan bersyukurlah ujian yang terpaksa kita lalui ini terkadang menjadikan kita semakin dekat kepada Sang Pencipta.. Syukur YA Allah ini tandanya Kau masih mahu mengasihi ku... dan yakinlah wahai sahabat setiap ujian yang kita lalui ini tersimpul hikmahnye.. mohonlah agar ujian yang kita lalui ini, dapat kita lalui dengan hati yang redha...

~salam manis~

Thursday, September 16, 2010

sekalung doa..buat si hati yg resah...


Sekiranya kita cinta kepada manusia,
Tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya kita cinta kepada allah,
Nescaya cinta allah tiada penghujungnya.
Sekiranya kita cinta kepada manusia,
Kita akan cemburu kepada orang yang mencintai
Orang yang kita cintai,
Tetapi sekiranya kita cinta kepada allah,
Kita akan turut mencintai
Orang yang melabuhkan cintanya kepada allah juga.
Ya allah,
Andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan Oleh-mu kepadaku,
Maka campakkanlah dalam hatiku cinta kepadanya adalah Kerana-mu,
Dan campakkanlah dalam hatinya,
Cinta kepadaku adalah kerana-mu.
Namun,
Andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan oleh-mu kepadaku,
Berikanlah ku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian,
Yang kau berikan kepadaku.
Ya allah,
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-mu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-mu.
Ya muhaimin,
Jika aku jatuh cinta,
Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-mu.
Ya rabbana,
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada-mu.
Ya rabbul izzati,
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-mu.
Ya allah,
Jika aku rindu,
Jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurga-mu.
Ya allah,
Jika aku menikmati cinta kekasih-mu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-mu
Ya allah,
Jika aku jatuh hati pada kekasih-mu,
Janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-mu.
Ya allah,
Jika kau halalkan aku merindui kekasih-mu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-mu.

Bersangka baik kite kepadaNye..

Salam...
lame sungguh tak menjejakkan kaki di halaman ini...hehe mgkin terlalu sibuk melayari bahtera bersama si RAMADAHAN...

hari ke 7 syawal.... ermmm x sangka begitu pantas masa berlalu...sedar tak sedar kepantasan masa ni telah mengajar aku banyak erti kehidupan..
sesungguhnye Allah itu maha mengetahui...benar, setiap apa yang berlaku terungkai seribu satu macam pengertian dan hikmah..cuma kite sebagai hamba yang sering melakukan kesalahan perlu melihat dari segi yang positif..

"bersangka baiklah pada Allah..kerana Dia yang menciptakan kita dan sudah pasti Dia menginginkan yang terbaik juga pada kita..
buat sahabat atau adik2 yang masih dalam kesedihan..cekal kan hati kuatkan iman...andai buntu seketika kembalilah kepadanya..

jangan sedih2 ye...

muhasabah balik kenapa kita memilih jalan ini,…

sometimes we wonder about the road not taken,

but the path that we are on now,

adalah sebaik2 jalan yang Allah berikan.

Yakinlah pada janji Allah,

Sesungguhnya Allah x pernah memungkiri janjiNya…

Allah akan uji kita kat weak point kita,..

tapi keep on bersangka baik dengan Allah,

sebab Allah uji kita tu tak lain tak bukan..supaya kita makin dekat dengan Dia sebenarnya.. =)



Wednesday, August 4, 2010

RUMPUT mane yang CANTik????????


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:
(ishhh.. jgn kcau la.. tgh bace cite best nieee..)

heee.. ok, sambung balik...

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?


Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar: Baiklah…apa yang saya harus buat?

Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.


Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu: Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang
rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berju
mpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas...

:> .senyum seindah suria.....

Tuesday, August 3, 2010

~S.U.S.U yg BEST~

~ermm malam masih muda...hehe nak lelapkan mata ni, bagi aku terlalu awal...lalu surat khabar yang dibeli tadi diselak2 ...macam2 cerita yang didedahkan di dada akhbar..antaranya isu PATI yang terlepas di depot Imegresen...dan x terkecuali cerita buaya yang terdampar kat pantai port dickson...hehe seram nak g situ takut kena nGaap gan buaya...hehe x de buaya dlam air buaya kat darat pun leh gak kan...hehehe

tapi cerita tue semua masih belum mampu menraik perhatian aku lagi kecuali tentang satu artikel yang di kupas sempena Minggu penyusuan ibu sedunia..."susu ibu tidak dihargai"

ishh pelik betullah dunia sekarang nie...napelah anugerah yang Allah dah bagi dengan begitu sempurna x nak pulak kita hargai....


menurut artikel tue kalau baby yang baru dilahirkan diberikan susu ibu secara berterusan selama 6 bulan ianya akan memberikan kesan yang sangat baik pada baby. Manakala dalam Al Quran juga turut menyentuh tentang penyusuan susu ibu yang harus diberikan pada si anak:

"Dan Ibu-Ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu"

Dari ayat di atas (AL-BAQARAH:233)


Dah ternyata kandungan susu ibu tu dah cukup lengkap dgan protein, karbohidrat, zat galian n macam2 lagilah..perkataan breast pun dah cukup mengambarkan betapa nikmatnye anugerah yang Allah pinjamkan untuk kita beri pada anak2...

B: Bounding- ajaibnye susu ibu ni mampu mempunyai kuasa pengikat antara anak dan ibu R:Reliable-sangat dipercayai susu ibu adalah satu campuran yang sangat berkhasiat yang mampu menjadikan makanan terbaik untuk baby
E:economic-hehe semestinya susu ibu x de kos tue...semulajadi..x payahlah nak bazirkan duit nak beli susu lembu kat market tue erkk..belum tentu ok lagi khasiatnye..takut plak bile besar anak kite terikut2 perangai lembu..hehehe
A:Acceptable-bleh diterima oleh bayi dengan rasanye...dah lupe plak rase ape susu ibu...huhu
S:Sensetive-bayi akan bertindak balas menerima semua khsiat makanan dalam tubuh ibu melalui susu badan
T:Temperature-ermm sudah pastinye susu ibu nie sesuai mengkut keperluar baby x sejuk dan x panas untuk hidangan si baby..

tu terbukti kebaikan susu ibu kepada si anak, belum lagi aku nyatakan kebaikkan pada si ibu lagi..antaranye si ibu dapat menggurangkan pendarahan selepas bersalin dan pada msa yang sama ia mampu membantu mengecutkan rahim dengan lebih cepat selain menggurangkan lemak yang terkumpul selama 9 bulan..hehehe


ermm tapi yang lebih pelik nye lagi, dizaman masing2 mengejar kecantikan hakiki semata-mata menyebabkan ade segelintir ibu yang cuba menafikan hak si kecil...susu yang ada dibiarkan terbuang...anak kehausan disusukan dengan susu lembu...bila ditanye nape x disusukan dengan susu ibu..
(jwapan yang sangat manis.)..ermm nak jaga badan...takut bentuk badan lari..huhu bleh plak !!!!
..de yg jawab ...i sibuk dengan tugas seharian...ermmm dan macam2 lagi alasan yanh x munasabah dan munasarawak...kalau dah anak sendiri pun nak diberikan susu badan nak kira tue semua...ermm x taulah nak jd ape gan dunia sekarang...huahua...



:) (opss banyak berkata-kata...takut aku sendiri x mampu....hehe tapi insyaallah...apabila dah terpikul tanggungjwab nnti...pasti dilakukan...hehe x sabar nak jadi "ibu")...lalalala...bye2..selamat malam..



Monday, August 2, 2010

Menantu Ohh MErtua...

ermm...best gak tajuk nie...tapi title tu lum de kne mngena gan aku lg...hehe
sje2 tangan ni gatal nak menaip plak pagi nie..dan sudahnye..nah skrg!!!lahirnya entri nie..

pastinyer bile dah berkahwin..ermm jgan lupe kita bukan de tan
ggungjawab pada suami...tapi pak dan mertua pun kita kena jaga juga ken..hehe..
alkisahnye ..de jiran kat rumah nie baru je lepas melansungkan perkahwinan...

keesokkan paginye terlihatlh si menantu yang awal2 pagi dah bangun menyidai baju di ampaian...
hehe terdetik plak kat ati nie..ermm bukan senang nak kawen nie..bile dah duduk rumah mak mertua terpaksalah kena jd "rajin"hehe..kalu kat rumah sendiri mak kite tak kisah bangun pukul bape n buat pape pun tapi kat rumah mak mertua jangan plak nak wat cam rumah sendiri ... macam mak kata...kalau duduk umah mak mertua
1. Bangun kena awal pagi

2.Basuh baju,wat sarapan..
3.Tengah hari dh "start"masak lagi
4.Petang: minum petang lagi.(hehe buat kueh)
5. Sapu laman..siram pokok bunga
6. Malam : Lipat baju..makan malam

Wah sangat banyak keje yang perlu disenaraikan..kalau mak mertua dengan pak mertua je ok lah lagi tapi kalau dlm rumah tue ade ipar duai camne plak erkkkk???huh semua tu ligat jerk dlam pikiran nie...wah!!!!jauhnye fikiran aku melayang sampai ke situ plak...ermmm

Mahu atau tak.. semua tu dah terpikul dekat bahu kita saat kit
a dah setuju nak jadi sebahagian dari keluarga si suami..hehe jangan lah suami jerk yang kita nak tapi mak n pak mertua di buang ke tepi..huhu..lagipun status pak n mak mertua kan sama jer gan mak n ayah kita.. dari segi aurat dll. cam mane syg pada mak n ayah camtulah gak kena syg kat mak n pak mertua kan...ermm bleh ke erk??hehe cam segan jerk malu pun de gak..huhu

tapi kekadang ade yang merunsingkan kalau kita ni bukan men
antu pilihan...aduh!!! seram ku mendengarnye..haha takut gak kalau kena dera..yealah kalau dah tak suka..ade jealah ragam yang tak kena..wah seriau aku dibuatnye..
teringat pulak citer kat tv yang mertua dera menantu..leh sampai cerai berai..nauzibillah mintalah dijauhkan.. so

p/s : sebelum kawen pandai2lah curi sekali hati pak n mak mertua..heheh..utk kebahagian bersama juga..tapi jangan lebih2 plak nanti lebih sudu dari mangkuk..haha terlebih sudah..




ermm time sekolah dulu kalau bercerita bab gini..senang je kawan aku bagi suggestion ....
"kalau susah2 sangat kawen jer dengan anak yatim piatu ...kan senang dah cnfirm x de mak n pak mertua"

ermm cakap memanglah senang ...
(takkanlah mase berkenalan nnti nak tanye
ermmm ade mak ngan ayah tak???ohh kalu ade cancel lah saya nak cari yang yatim piatu jerk...)adoiii aiii....(@_@) kuikui..

ermmm pape pun...yang penting setiap yang berlaku tu de h
ikmahnye...
sebenarnye untung juga ade mak n pak mertua nie.. sekurang2nye dah bertambah lagi keluarga kita..pastu kalau kawen gan orang sebelah kelantan bleh minta mak mertua ajar wat kopok..hehe kalu terangganu ajar wat nasi dagang..ermm NS leh wat masak lomak cili api...ermm kalau kedah leh wat ape erkk????

dan untungnye lagi kalu kita memuliakan mak dan ayah serta mak n pak mertua kerana dalam agama pun Allah mewajibkan kita berlaku ihsan kepada mereka..


Firman Allah s.w.t.: “Dan sembahlah Allah, jangan kamu sekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun. Dan dengan kedua orang tua (kamu) hendaklah berbuat baik.” (An-Nisa: 36)



Sunday, August 1, 2010

~selamat kembali~

~ salam buat semua~
huhu dh lame x menjengah ke blog nie..rindu bertaut kembali ...
hehe....
kembali menulis....
ilham yang dtng untuk menghilangkan rasa sunyi di kala nie..
ermmm..nmpknye makin aktiflh "on' ntenet n bil pun melambung..huhu
sekian post tuk harinie...tata salam ukhwah...ngeh2