? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Friday, January 20, 2012

Tau'kwa @ Takua



Bahan-bahan

6 biji cili kering
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 keping taukua
200 gram tanghun
100 gram udang(sederhana besar)
1 camca besar sos tiram
garam secukup rasa
sedikit air
minyak masak
daun bawang untuk hiasan
1 biji cili hidup untuk hiasan



Cara-cara

Rendam cili kering dalam air panas. Setelah cili kering lembut, kisarkan cili kering, bawang merah dan bawang putih.

Taukua dipotong 6. Panaskan minyak dan goreng takua hingga kuning. Toskan minyak.

Panaskan sedikit minyak dalam kuali(kira kira 10 camca besar). Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Setelah naik baunya, masukkan garam, sos tiram, udang, dan taukua dan sedikit air. Goreng hingga kering.

Selamat mencuba!!!


Monday, January 16, 2012

Hantaran oh hantaran...

Jangan tak tau betapa peningya untuk mendekorasikan hantaran yang bakal di sediakan untuk majlis bertunang nanti ...dan selain buku2 majalah yang dijadikan panduan maka...di "google"kan juga dekorasi yang sesuai untuk di 'cuba'..



Tema unggu!!!





Sireh junjug..tinggi cantik!! tapi sekarang orang dah buat fesyen rendah jerk...



Tema pink..Bakul yang di hiasi bunga mati..



Kasut Lelaki dihias ringkas..tema silver



Gula2 dan coklat di bina sebagai masjid...selain itu boleh bina rumah dsb



Bunga Rampai...


Bunga Rampai lagi..tema unggu




sejadah..chomel dijadikan sofa..

Risik Merisik Adat Melayu...

Dara cantik menjeling mata
Jelingan nakal tak tentu hala
Adat merisik si dara jelita
Untuk mengenal seisi keluarga

1. Adat Merisik tue macam mana??

Adat merisik merupakan adat perkahwinan Melayu yang memberi makna yang besar kerana membolehkan kedua-dua pihak berkenalan dan memastikan bakal suami dan isteri adalah berasal dari keluarga orang yang baik.

2. Kenapa perlu merisik??

Tujuan antara lainnya ialah:

1. mengelak sebarang kekeliruan pada masa akan datang seperti calon itu masih belum dipinang orang ataupun pernah berpunya (janda dll)

2. libatkan perbicaraan tentang susur-galur keturunan iaitu nasab keturunan yang boleh dinikahi atau haram dinikahi. *pasal tulah sepupu tak baik kahwin wei!

3. dapat elak sebarang penyakit keturunan yang akan diwarisi oleh zuriat yang akan datang


3. Siapa yang perlu terlibat dalam adat merisik nie???

Pada dahulukala, adat merisik ini dilakukan oleh orang tua dalam keluarga kedua-dua bakal mempelai yang tidak mengenali antara satu sama lain. Penentuan pasangan hidup pada masa ini ditentukan oleh ibu bapa ataupun orang tua-tua. Namun sehingga kini, adat merisik masih diamalkan dengan tujuan yang sama walaupun kebanyakan bakal pasangan mempelai telah pun mengenali antara satu sama lain.


*Ape yang difahamkan melalui pengalaman, adat merisik ini merupakan peluang untuk kedua-dua pihak keluarga untuk saling mengenali ...melihat sendiri bakal menantu yang dipilih oleh si anak..sama ada sesuai atau tidak, namun kebanyakkannya apabila telah melalui fasa merisik nie, pasti ikatan yang bakal terjalin dengan izin Allah mesti jadi punyelah..lainlah kalau ada pihak, baik pihak lelaki atau perempuan yang memang tak berkenan lansung dengan bakal menantu.

Bagi pasangan yang telah mengenali antara satu sama lain maka adat merisik nie tidaklah terlalu sukar .
Tetapi bagi mereka yang memang telah di padankan oleh keluarga mestilah haru biru jugakan, mana tidaknya, faham2 jelah masa tue baru nak tentukan sama ada nak atau tidak dengan pilihan yang telah di offerkan tue...tapi percayalah kebiasaannya pilihan keluarga tue adalah yang paling tepat, tak caya???cube tanya nenek atau datuk korang, kebanyakkannya jodoh mereka ditentukan oleh ibu bapa , alhamdulillah jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat.

Ermm ..melalui pengalaman penulis, >_< huhu malu plak nak citer, tanggal 2 Muharam
1433 H. Pihak lelaki telah menghantar rombongan untuk meririk, seperti dijanjikan majlis akan diadakan selepas maghrib, (kata emak , adat merisik selalunya orang jalankan waktu malam, "reason"nya kena sorok2 dulu sebab takut tak jadi) ....

Di sebabkan rombongan pihak lelaki merupakan 1 negeri jea maka ..c
epatlah sampainya..x sempat penulis nak bernafas, lepas aje solat maghrib, belum sempat untuk mencalitkan sebarang bedak , kedengaran suara orang memberi salam..kehkehkeh..hanya tuhan aje yang tahu..mengigil tak terhingga, bajet untuk berhias bagai, tapi bile dah gubra, nak calitkan garisan di mata pun terketar..kihkih..alamatnya makin x comellah penulis malam itu..huhu

Setelah selesai perbincangan panjang lebar di luar oleh kedua-dua pihak, (penulis kat dalam bilik terketar2.huhu 'nervous' semacam jerk rasanya)..hehehe kahadiran beberapa keluarga perempuan dari pihak lelaki untuk menyarungkan cincin merisik..huhu bila dah 'settle'..leganya hati tak terhingga..



Sekian...majlis adat merisik yang berlansung...seterunya kite tunggu adat bertunang pulak lah yea...dokan yang terbaik untuk majlis kami...semoga mendapat keberkatan ilahi..

Sunday, January 15, 2012

Menjelang Detik-detik Bahagia...



12 Bulan Sebelum Majlis.
  • Tentukan majlis akad nikah dan majlis resepsi kedua-dua pihak.
  • Menentukan bajet yang diperlukan untuk kesemua majlis termasuklah bajet pengangkutan, bajet kecemasan dan sebagainya.
  • Mula buat rujukan seperti, menentukan tema warna dan sebagainya. (Hantaran,Pelamin, Bilik Tidur dan Lain-Lain Perhiasan yang anda ingini.)
  • Begitu juga dengan lokasi majlis sama ada di rumah, hotel atau taman.
8 Bulan Sebelum Majlis.
  • Mengenal pasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang ingin diingini.
  • Sebaik-baiknya lengkap dengan tudung supaya lebih sedondon berbanding anda mencarinya sendiri.
  • Tempah jurusolek dan juruandam untuk majlis perkahwinan anda.
  • Daftar kursus pra-perkahwinan.
  • Bakal pengantin lelaki, semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan. (Jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan padahari pertunangan anda).
  • Dan lain-lain hantaran.
6 Bulan Sebelum Majlis
  • Menghadiri kursus pra-perkahwinan pada tarikh yang telah ditetapkan olehjabatan agama islam, pejabat agama daerah atau badan-badan islam swasta.
  • Menempah kadi untuk majlis akad nikah anda.
  • Menempah videografi atau jurufoto untuk merakam detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
  • Memberi cincin kahwin.
  • Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menempah katering.
  • Jika ingin menggunakan khidmat katering, bincangkan, menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
  • Contohnya menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput. Menempah marhaban,pasukan kompang dan DJ.
  • Melakukan rawatan badan untuk kesegaran.
3 Bulan Sebelum Majlis
  • Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
  • Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
  • Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik.
  • Bagi pengantin perempuan, kenalpasti orang saksi majlis pernikahan anda.
  • Manakala bagi wanita kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda.
  • Jika tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim dari mana-manajabatan agama islam untuk menikahkan anda.
2 Bulan Sebelum Majlis
  • Tentukan pengapit, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
  • Menghantarkan kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
3 Minggu Sebelum Majlis
  • Pastikan pakaian pengantin telah siap dan ambil pakaian tersebut jika berpuas hati.
  • Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.
  • Pastikan gaya anda tidak keterlaluan seperti seksi dan tidak sesuai dengan bentuk anda.
3 Hari Sebelum Majlis
  • Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
  • Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
  • Hubungi jurufoto, juruvideo, dan lain-lain. (kompang, silat dan sebagainya).
  • Mandi air panas untuk bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
  • Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
  • Kenalpasti siapa yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (Begitu juga di pihak lelaki).
Semasa Majlis Berlansung
  • Pastikan bawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokumen yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.
  • Pastikan wang mas kahwin tersedia pada hari tersebut dan diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
  • Pastikan wang (upah untuk diberikan oleh tok kadi).
  • Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu yang ditetapkan.
  • Ambil sarapan untuk elakkan lapar, mengantuk dan tidak maya.
  • Jangan terlalu risau menghadapi hari bahagia.
  • Bertenang dan selalu senyum.
  • Pastikan majlis perkahwinan berjalan lancar seperti yang direncanakan.

Panduan Bersama...Semoga Perkahwinan mendapat Keberkatan dariNya..