? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Monday, January 16, 2012

Risik Merisik Adat Melayu...

Dara cantik menjeling mata
Jelingan nakal tak tentu hala
Adat merisik si dara jelita
Untuk mengenal seisi keluarga

1. Adat Merisik tue macam mana??

Adat merisik merupakan adat perkahwinan Melayu yang memberi makna yang besar kerana membolehkan kedua-dua pihak berkenalan dan memastikan bakal suami dan isteri adalah berasal dari keluarga orang yang baik.

2. Kenapa perlu merisik??

Tujuan antara lainnya ialah:

1. mengelak sebarang kekeliruan pada masa akan datang seperti calon itu masih belum dipinang orang ataupun pernah berpunya (janda dll)

2. libatkan perbicaraan tentang susur-galur keturunan iaitu nasab keturunan yang boleh dinikahi atau haram dinikahi. *pasal tulah sepupu tak baik kahwin wei!

3. dapat elak sebarang penyakit keturunan yang akan diwarisi oleh zuriat yang akan datang


3. Siapa yang perlu terlibat dalam adat merisik nie???

Pada dahulukala, adat merisik ini dilakukan oleh orang tua dalam keluarga kedua-dua bakal mempelai yang tidak mengenali antara satu sama lain. Penentuan pasangan hidup pada masa ini ditentukan oleh ibu bapa ataupun orang tua-tua. Namun sehingga kini, adat merisik masih diamalkan dengan tujuan yang sama walaupun kebanyakan bakal pasangan mempelai telah pun mengenali antara satu sama lain.


*Ape yang difahamkan melalui pengalaman, adat merisik ini merupakan peluang untuk kedua-dua pihak keluarga untuk saling mengenali ...melihat sendiri bakal menantu yang dipilih oleh si anak..sama ada sesuai atau tidak, namun kebanyakkannya apabila telah melalui fasa merisik nie, pasti ikatan yang bakal terjalin dengan izin Allah mesti jadi punyelah..lainlah kalau ada pihak, baik pihak lelaki atau perempuan yang memang tak berkenan lansung dengan bakal menantu.

Bagi pasangan yang telah mengenali antara satu sama lain maka adat merisik nie tidaklah terlalu sukar .
Tetapi bagi mereka yang memang telah di padankan oleh keluarga mestilah haru biru jugakan, mana tidaknya, faham2 jelah masa tue baru nak tentukan sama ada nak atau tidak dengan pilihan yang telah di offerkan tue...tapi percayalah kebiasaannya pilihan keluarga tue adalah yang paling tepat, tak caya???cube tanya nenek atau datuk korang, kebanyakkannya jodoh mereka ditentukan oleh ibu bapa , alhamdulillah jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat.

Ermm ..melalui pengalaman penulis, >_< huhu malu plak nak citer, tanggal 2 Muharam
1433 H. Pihak lelaki telah menghantar rombongan untuk meririk, seperti dijanjikan majlis akan diadakan selepas maghrib, (kata emak , adat merisik selalunya orang jalankan waktu malam, "reason"nya kena sorok2 dulu sebab takut tak jadi) ....

Di sebabkan rombongan pihak lelaki merupakan 1 negeri jea maka ..c
epatlah sampainya..x sempat penulis nak bernafas, lepas aje solat maghrib, belum sempat untuk mencalitkan sebarang bedak , kedengaran suara orang memberi salam..kehkehkeh..hanya tuhan aje yang tahu..mengigil tak terhingga, bajet untuk berhias bagai, tapi bile dah gubra, nak calitkan garisan di mata pun terketar..kihkih..alamatnya makin x comellah penulis malam itu..huhu

Setelah selesai perbincangan panjang lebar di luar oleh kedua-dua pihak, (penulis kat dalam bilik terketar2.huhu 'nervous' semacam jerk rasanya)..hehehe kahadiran beberapa keluarga perempuan dari pihak lelaki untuk menyarungkan cincin merisik..huhu bila dah 'settle'..leganya hati tak terhingga..



Sekian...majlis adat merisik yang berlansung...seterunya kite tunggu adat bertunang pulak lah yea...dokan yang terbaik untuk majlis kami...semoga mendapat keberkatan ilahi..

No comments:

Post a Comment