? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Saturday, July 21, 2012

Apa rasa bile lihat kawan kita berjaya???


LebaiMacho_18: Padil, dulu kan… Aku memang boring tengok kau.

PadilDotCom: Kau dah kenapa?

LebaiMacho_18: Sebab hidup kau sentiasa berjaya.

PadilDotCom: Ehh takde jugak. Masa aku susah kau tak perasan. Masa usaha tu memang teruk… Tapi kenapa kau nak boring lak?

LebaiMacho_18: Kau usaha dan aku pun usaha jugak. Tapi kenapa kejayaan kau lebih banyak dan lebih jauh daripada aku? Tapi tu dulu la. Sekarang dah takde la. Aku dah fikir rasional.

Sincan: Kau fikir macam mana Lebai? Aku sendiri pun kadang-kadang ada rasa macam tu jugak. Bila kita tengok kawan kita sendiri berjaya, timbul macam-macam rasa.


Bila baca perbualan kat atas ni, pasti ada hati kecil yang terpaksa mengaku yang diri kita juga ada rasa cemburu dan sedih melihat kejayaan orang lain, lebih teruk pula ada

yang cuba menjatuhkan kejayaan yang dimiliki oleh kawan-kawan sendiri.

Nielah lumrah atau naluri semula jadi seorang manusia yang sentiasa menginginkan yang terbaik buat dirinya. Hanya mereka yang tidak ada nilai-nilai murni atau tidak normal sahaja yang tidak memiliki rasa iri hati atau cemburu melihat kejayaan seseorang.

Sebenarnya rasa iri hati ini berpunca daripada nafsu manusia yang sifatnya berkehendak, berkemahuan atau berkeinginan. Keinginan dan kemahuan kadangkala muncul dari dalam diri atau pemikiran sendiri. Tetapi ia lebih kuat datangnya daripada apa yang terhasil daripada orang lain. Apatah lagi ia berlaku berhampiran dengan diri kita sendiri. Bak kata orang, selalunya manusia lebih menginginkan apa yang ada di tangan orang lain. Lebih tertarik dengan apa yang orang lain miliki.

Selagi belum dapat, selagi itulah dia menginginkan dan lebih buruk lagi sekiranya dia bakarkan keinginannya dengan iri hati. Sedangkan apabila benda yang diinginkan itu sudah menjadi miliknya pasti ia tidak lagi menarik perhatiannya.


“Di antara doa yang paling makbul adalah doa seorang kawan kepada kawannya sedangkan kawannya yang didoakan itu tidak mengetahui. Berdoalah untuk kejayaan seorang sahabat."

;)

Kek Coklat Kukus Cawan



Kek Coklat Kukus Cawan

Bahan -Bahan A

1 1/4 cawan air mendidih
1 1/4 cawan serbuk koko
3/4 cawan gula kaster

Bahan -bahan B

1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak jagung
1 3/4 cawan tepung kek
4 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
3/4 sudu teh serbuk soda bikarbonat


Bahan-bahan Topping (pilihan 1)

1 cawan air mendidih
3/4 cawan gula kaster
3/4 cawan susu pekat manis
2 1/2 cawan serbuk koko
1 cawan minyak jagung

Bahan-bahan Topping ( pilihan 2)


500 gm coklat hitam atau cair
150 gm susu cair atau krim
1 sudu mentega

Cara Membuat

1. didihkan air dan masukkan serbuk koko dan gula. Kacau sampai sebati. Sejukkan

2. Di dalam mangkuk, campurkan semua Bahan A bersama bahan B dan kacau menggunakan pemukul gelung sehingga sebati.

3. Masukkan dalam bekas plastik tahan gelombang mikro bersaiz yang kita nak den kukuskan selama 25 minit atau sampai kek masak.

* Untuk Topping Pilihan 1.

Didihkan 1 cawan air dan masukkan gula . Kacau sampai larut.
padamkan api dan kacau bahan-bahan yang lain samppai pekat.Curahkan atas kek yang telah sejuk. Hiaskan ikut cita rasa.

*Untuk Topping pilihan 2
Campurkan semua bahan dalam periuk dan ma
sak hingga cair. Curahkan atas kek dan hias ikut cita rasa.


TQ, selamat mencuba...

BAMBOO CHARCOAL BODY SHAPER (SLIMMING SUIT)



Arang buluh adalah arang buluh yang telah di asap, kering dan di hanguskan pada kepanasan 700-800℃. Arang buluh telah di komersialkan selama lebih dari satu dekat di negara Jepun. Kemampuan menyerap 5kali lebih tinggi dari arang bincho dan mengandungi 3 kali lebih mineral daripada arang bincho. Arang bambu amat popular di Jepun dengan nama BERLIAN HITAM. Untuk menjamin kualiti arang buluh, ianya harus di buat dari buluh yang berusia 4tahun selama beberapa hari.

Bermanfaat untuk Kesihatan

Arang buluh mempunyai 3 ciri utama:
♥ Penyerapan yang amat tinggi untuk menghalang bau dan menjamin khasiat
♥ Kuasa penapisan yang membunuh bakteria, membuang toksin dan kotoran dan menjamin kelembapan kulit.
♥ Ianya mengandungi lebih daripada 300 mineral yang diperlukan oleh tubuh manusia dan bermanfaat untuk kesihatan

Benang arang buluh
Diperbuat daripada arang buluh bersaiz nano dicampur dengan polyester dan kemudian diputar dengan teknik khusus. Arang buluh mempunyai struktur yang padat dan mengandungi banyak pori-pori dan mineral. Ia sangat baik dalam menghilangkan bau, kelembapan dan bakteria. Selain itu, sinar infrared dan anion dihasilkan untuk menjaga kehangatan dan meningkatkan metabolisme.

Menghindarkan Bau
Menghilangkan bau dengan menyerap dan melarutkan bau busuk seperti bau badan dan peluh. Ini menghilangkan 88-95% dari bau dan juga boleh menyerap bahan kimia beracun seperti sulfida, nitrida, metanol, benzena, fenol.

Menghindarkan Peluh
Selain dari menghindar peluh, ia juga menjaga kulit daripada kering dan terasa nyaman. Arang buluh merupakan bahan yang sangat baik untuk menyerap wap air. Pakaian yang diperbuat dari benang arang buluh membantu menyerap peluh dan memastikan tubuh anda kering dan juga tidak terdedah kepada kesejukan.

Menyesuaikan Kelembapan
Bila kelembapan dalam ruangan menjadi tinggi, arang buluh menyerap molekul air, di sisi lain, ia melepaskan molekul air bila terlalu kering. Ia menyesuaikan kelembapan dengan persekitaran.

Menjamin kehangatan
Percubaan menunjukkan selepas terkena cahaya halogen 500 watt selama 10 minit, suhu arang buluh naik setinggi 8,89 yang merupakan 6,79 lebih tinggi.

Mengandungi elimen
Arang buluh kaya dengan kalsium, magnesium, besi, kalium, mangan, fosforus, dll. Struktur hexangular adalah padat dan mempunyai banyak pori-pori untuk mengurangkan kuasa statik. Perhatian dan Nota

Mengandungi infra red (sinar infra merah)





CARA PEMAKAIAN :
* MULAKAN DARIPADA BAWAH SARUNG KE BADAN.
* PAKAI SELAMA 8 JAM SETIAP HARI UTK MENDAPATKAN KESAN YG CEPAT.

CARA CUCIAN :
Cucian tangan dengan sedikit sabun tanpa bahan pemutih atau mesin
Perah dengan lembut selepas di cuci dan biarkan kering di tempat sejuk/redup

Size S-M (45-60kg)
Size L-XL (65-80kg)

*Harga Promosi RM 40/pcs

CHAR KUEY TEOW ...Melaka mari...


Bahan-bahan
Untuk Paste
  • 200 gm udang
  • 250ml air
  • 4 ulas bawang putih di ketuk
  • 6 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu kecil kicap pekat
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu kecil petis
  • 2 sudu besar pati ikan bilis / pati udang
  • 2 sudu kecil garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sudu kecil)
  • 1 sudu kecil gula
Untuk Mee
  • 300 gm kuey teow
  • 1 sudu besar cili boh
  • kerang-tak letak
  • sedikit kucai & taugeh
  • 2 biji telur
Cara-cara
  1. UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
  2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
  3. UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4 sudu besar paste tadi. Masukkan udang yg telah direbus tadi dan kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
  4. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min jer, pastikan api kuat semasa memasak.
  5. **Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tapi petis kena tambah lagi, jd 1 sudu besar.
  6. Paste ini juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tapi kalau rasa cam tawar leh adjust eh..