? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Thursday, November 10, 2011

Cinta & kasih Rasullullah terhadap umatnya..

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.

Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."
"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami
mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut.

Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu
kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang
menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya
makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"

Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"
"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang
kelaparan di Akhirat kelak."

Semoga kite juga mencintai Nabi kita Rasullullah S.A.W sebagaimana dia mencintai kita umatnya...

Contohi Rasullullah Suami Mithali..

  • Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

  • Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

  • Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."

  • Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Jangan di ungkap..jika dikhuatiri memudaratkan....

Seorang ayah pada suatu saat datang kepada umar dan mengadu, Anak perempuanku, wahai Amirul Mukminin, pernah terjerumus ke dalam dosa besar. Ia patah hati, lantas mengambil pisau dan mengerat lehernya sendiri. Untung aku mencegahnya. Anak itu kuselamatkan, lukanya kurawat dengan cermat hingga ia segar bugar kembali.

Umar merungut, Hem, mujur anak engkau itu. Bunuh diri adalah tanda kekufuran. Ia harus bertaubat. Ayah itu menjawab, Memang itulah yang dikerjakannya sesudah itu. Ia menyesal dan bertaubat dengan sungguh-sungguh. Sekarang ia dipinang seorang pemuda untuk menjadi isterinya. Apakah dosa itu harus kuceritakan kepada calon suaminya, wahai Amirul Mukminin? Umar bertitah lantang,Apakah engkau bermaksud membongkar aib yang sengaja telah ditutupi Allah takdir-Nya? Demi Allah, seandainya kau melakukan hal itu, akan kuhukum engkau sedemikian rupa di depan masyarakat sehingga menjadi contoh yang pahit bagi yang lain. Tidak, jangan kau ungkap kembali cacat yang sudah terhapus itu. Nikahkanlah puteri engkau sebagaimana layaknya seorang perempuan terhormat dan Mulimat yang taat.

Mungkin itukah yang dinamakan kearifan dan tumbuh dari rohani yang bersih dan adil. Umar tidak segan-segan menceritakan kesalahannya kepada hakim dan meminta petanda mencabuknya sesuai dengan besar kecil kesalahan yang dilakukannya. Di punggungnya membekas jalur-jalur cemeti petanda itu, tanpa sekelumitpun Umar menampilkan kuasanya sebagai khalifah untuk diberi keringanan.

Namun, umar tidak ingin kecacatan orang lain diperhebohkan. Sebab, terhadap orang bersalah, yang diharapkan adalah memperbaiki, bukan memerosokkannya ke dalam kejahatan yang lebih besar. Kepada penjahat yang telah selesai menjalani hukumannya, seharusnya masyarakat memberi kesempatan untuk menebus dosanya di masa lalu, bukan mengasingkannya sehingga terpaksa mereka terperangkap ke dalam keburukan kembali.

Kisah Malam Pertama...

Cerita Pengantin Malam Pertama untuk pengantin baru yang bernama Ramli. Dalam keheningam malam penuh syahdu, Ramli masuk kekamar kerana mengantuk.(kemungkinan ada juga rasa yang lain - paham-paham je lah..pengantin baru!)

Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki.

"Malu agaknya. Maklumlah malam pertama..." bisik hati ramli.

Dimatikanya lampu dan ia pun berbaring di katil. Dicelah-celah suara kodok menyeru pasangannya, terdengar suara isteri berbisik, penuh romantis, "Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa ?"

"Dah, apa cerita ni ?" tanya ramli dlm hati. Separuh malam dia terbaring berfikir. "Oh, agaknya isteri ku teringat kampung halaman.. Sian.. sampai mengigau ? Takpelah, biarlah dia tidur" bisik hatinya penuh understanding.

Malam kedua adegan yang sama cuma dialognya agak berbeza. bisik isteri "Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?" "kesiannya bini aku.. masih ngigau lagi.. aku mesti cari penawar !" ramli bertekad. Esok harinya, ramli bercerita pada ayah yang kebetulan datang untuk bertanya khabar 'pengantin baru'. "Lah.." keluh ayah ramli, "aku hantar belajar sampai Uni, benda cam ni pun kau tak paham?"

Ayahnya pun mula bercerita perihal adam & hawa, laila & majnun, romeo & juliet...(yang relevan untuk pegantin baru je!) Sepatah cakap orang putih "about the birds & the bees".

"oh. cam tu." sengih ramli, "baru saya paham. Taulah apa nak buat malam ni!"

Malam yang sangat ditunggu-tunggu ramli pun tiba...adegan sama dikamar tidur. cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa. "lah.. nape pulak senyap. takkan dia give up" tertanya-tanya si ramli. Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri, ramli pun berkata, "Dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?"

Malam dingin semakin sunyi.. tak jawab pun... "Kain pelikat dak disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai ?" pun..masih takde jawapan... ramli mencuba lagi. "Juruterbang dah siap sedia...boleh pesawat turun mendarat ?"

Sayu sekali jawaban si isteri dari bawah selimut, "Maaf tuan... Landasannya baru saje banjir...!"

Moral cerita: Pada kaum lelaki - Kalau nak naik pelamin, jangan tunggu sampai cukup bulan. Nanti dah datang bulan kan rugi sendiri.. kehkehekeh

Ujian Dara adakah mengaibkan??????

Isu dara merupakan isu yang paling jarang diperbincangkan
secara terbuka.


Ini mungkin disebabkan sikap masyarakat kita yang masih
menganggap ia sebagai isu peribadi yang boleh mengaibkan terutama kepada
golongan wanita.


Walaubagaimanapun, apa yang bakal dikupas di sini bukanlah
perkara yang berkaitan dengan kejadian biologi seorang gadis, tetapi isu
yang berkaitan dengan kesucian dan kehormatan seorang gadis.


Ini kerana, selain isu sosial, ia juga berkaitan dengan salah satu institusi
yang penting dalam Islam - perkahwinan.


Kecenderungan untuk merenung isu ini datang dari pengalaman peribadi
selama satu dekad.

Dalam Islam, ketika memilih calon isteri, seseorang pemuda digalakkan
mencari seorang gadis. Alasan yang diberikan adalah gadis lebih menghiburkan
dan sama-sama belajar bergurau senda. Sedangkan seorang janda sudah
mempunyai pengalaman dan memori dengan bekas suaminya dulu.


Hakikat ini diperkukuhkan lagi apabila peminangan seorang gadis berbeza
dengan cara peminangan seorang janda. Seorang gadis tertakluk atas nasihat
dan kawalan bapanya atau walinya sementara seorang janda dianggap mampu
berdikari dan membuat keputusan sendiri mengenai calon suaminya.


Namun begitu pada dasarnya tidak ada halangan untuk seorang pemuda
untuk memilih sama ada seorang gadis perawan atau seorang janda sebagai
bakal isterinya dan Islam sendiri tidak meletakkan syarat kepada
teruna untuk memilih gadis atau janda, Cuma digalakkan memilih gadis - dan
ini adalah isu hati lelaki semata-mata.


Dalam kehidupan realiti, bagaimanapun ada lelaki yang sangat menitikberatkan
soal dara. Bagi mereka, dara menjamin kebahagian dan kepuasan.
Pada hemat saya, lelaki jenis ini tidak arif tentang kedudukan yang sebenar.
Lelaki ini mementingkan nafsu dan menafsirkan dara sebagai satu kejadian biologi
pada jasad seorang perempuan. Menurut sumber ilmu kesihatan, kejadian selaput
dara ini sangat sensitif dan mudah pecah.


Kehilangan dara tidak semestinya seorang gadis itu telah melakukan hubungan.
Mungkin ada aspek lain seperti kemalangan atau sakit yang menyebabkan
seseorang itu kehilangan dara. Kehilangan dara dalam maksud ini tidak
melibatkan kehilangan kesucian atau kehormatan seorang gadis.


Oleh itu, tidak perlulah untuk memanjangkan aspek ini. Kita lebih cenderung
melihat dari sudut harga diri seorang gadis.


Terus terang kita nyatakan, isu dara dalam artikel ini maksudnya hubungan
seksual sebelum perkahwinan (zina) akibat meluasnya pergaulan bebas dalam
masyarakat kita. Oleh itu awal-awal lagi saya menyatakan isu ini adalah
isu sosial ;bukannya isu peribadi atau isu dikalangan wanita sahaja.


Keadaan ini menjadi lebih kompleks apabila batas pegaulan bebas di
kalangan remaja dan belia kita menjadi kian longgar.


Pada waktu yang sama, bagi menghadapi gejala seks sebelum nikah,
sudah kedengaran di kalangan lelaki teruna bahawa
'dara itu sudah tidak penting'. Yang penting bagi mereka ialah
kasih sayang, kesetiaan, kejujuran dan hormat menghormati antara suami
isteri.


Lagi pun apabila seseorang gadis yang pernah terlanjur sudah bertaubat
dan insaf, maka isu itu sudah tidak timbul lagi.

Saya percaya ramai orang bersetuju dengan hujah di atas. Oleh itu
kita akan tertanya-tanya perlukah lagi soalan 'apakah dara itu
penting?'.


Sekali lagi kita harus bersabar dan berfikir lebih halus dan
mendalam. Pandangan di atas samalah dengan pandangan lelaki yang
menafsirkan dara sebagai kejadian biologi pada perempuan.

Kedua-dua pandangan itu masih bersifat peribadi.

Isu sosialnya ialah apabila masyarakat (generasi muda) mula
menganut idea bahawa dara itu tidak penting maka secara tidak langsung
merebak pula idea seks sebelum nikah itu sesuatu yang boleh diterima.


Jika idea ini dianuti secara meluas, bukan isu dara yang perlu diatasi
tetapi isu zina dan pergaulan bebas.

Dalam masyarakat barat yang bebas pergaulannyasekurang-kurangnya
seperti yang digambarkan melalui filem atau novel remaja - soal dara
atau virginity sudah dianggap remeh.



Malah sebenarnya ia dianggap sebaliknya. Dalam masyarakat kita
atau masyarakat timur yang asal seseorang gadis yang tidak dara
(sudah melakukan hubungan seks) dipandang rendah dan dicemuh.

Lelaki teruna mengelak diri dari mengambilnya sebagai isteri.
Ibu bapa si gadis berasa sangat malu.


Gadis itu sendiri berasa bersalah dan berasa tertekan dan sedaya
upaya menyembunyikan rahsia itu sehinggalah ke saat akhir (seperti
kepada tunang atau suaminya). Tetapi masyarakat barat melihat soal dara
sebaliknya.

Sesiapa yang masih dara dianggap mentah dan naif. Seseorang
gadis yang pernah melakukan hubungan seks selalunya ketika berusia
belasan tahun dianggap matang. Gadis ini layak dianggap wanita (woman)
bukan lagi anak-anak perempuan (girl). Akibatnya, seseorang gadis yang
tidak mempunyai pasangan lelaki atau gagal memujuknya melakukan aktiviti
seksual mengalami tekanan perasaan dan penyisihan sosial remaja.



Secara sedar atau tidak apabila unsur budaya asing dan bahan
lucah tersebar dengan bebas, masyarakat kita kini sedang menganuti
idea yang sama.


Tiada siapa yang tahu. Hanya sekelompok remaja dan belia yang
mengetahui. Siapa tahu secara perlahan-lahan idea atau nilai generasi muda
erhadap dara sudah berubah mengikut idea remaja barat?


Secara kesimpulannya apa yang hendak disampaikan ialah
berkenaaan runtuhnya institusi sosial kita. Remaja terutama gadis tidak
lagi menghiraukan tentang kesucian diri mereka.

Gejala pergaulan bebas semakin berleluasa. Pihak media pula seakan jaguh
dalam memperkenalkan budaya yang tidak sesuai dengan norma-norma kehidupan kita
sebagai seorang Islam.


Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini?

Marilah kita sama-sama memikirkan jalan penyelesaiannya. Mungkin
ada pendapat yang bernas?? cara atau kaedah untuk mengatasi permsalahan ini.....

Remeh tapi perlukan perhatian...


Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata,

“Semoga berbahagia dan ramai anak.”

Mendengar yang demikian Aqil berkata,

“Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian.”

Mereka lalu bertanya,

“Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?”

Aqil menjawab,

barakah2.jpg

(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu). Begitulah yang diperintahkan kepada kita”.[1]

Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasullulah s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a. lalu beliau bertanya,

“Apakah ini?”

Abdul Rahman r.a. menjawab,

“Saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma.”

Rasulullah s.a.w. bersabda,

barakah1.jpg

(semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash”[2]

Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata,

barakah3.jpg

(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)”[3]

Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan

“Semoga berbahagia dan banyak anak.”[4]

Keberkatan lebih diperlukan...


” Sebaik – baik perempuan adalah yang paling murah maharnya ” ( HR. ibnu Hibban, Hakim, Baihaqi, Ahmad )

Tepat sekali jika aku dan kamu berfikiran bahawa wanita yang yang paling baik adalah wanita yang maharnya paling murah.

Saudari,

Seharusnya kamu sedar ketika kamu meminta mahar mahal sedangkan lelaki yang melamar kamu tidak memiliki sesuatu yang kau pinta. Maka kau telah kehilangan keberkatan perkahwinan itu, kerana kamu telah mempersulitkan sesuatu yang baik bagimu iaitu sebuah pernikahan.

Seharusnya kamu mempermudahkan maharmu, mempermudahkan jalan lelaki yang hendak melamarmu. Kerana ini sunnah Rasulullah Alaihi Wasallam. Sebenarnya seorang wanita sangat memerlukan pendamping, apabila kamu tolak gara-gara wang hantaran padahal dia seorang lelaki muslim yang soleh, maka rugilah kamu.

Saudara,

Mudahnya seorang wanita dengan maharnya, jangan kamu meremehkan harga mahar tersebut dengan memberikan mahar ala kadar. Lantas, kemanakan kemuliaan wanita yang akan mendampingi dirimu?

Kamu telah memiliki harta yang melimpah, kau telah kukuh dengan keadaanmu. Namun, kamu lalai kerana wanita yang hendak kau nikahi tak menuntut mahar tinggi terhadapmu.

Seharusnya kamu sedar bahawa mahar adalah bentuk penghargaan yang memuliakan wanita. Betapa Rasulullah sangat memuliakan wanita, begitu pula dengan mahar-mahar yang tinggi pada isteri-isteri beliau.

Abu Salamah bin Abdurrahman berkata, “Aku bertanya kepada Aisyah, isteri Nabi SAW, “Berapakah nilai mahar yang diberikan Rasulullah?

Aisyah menjawab, “Mahar yang baginda diberikan untuk isteri-isterinya sebesar 12 uqiyah dan nasya. Aisyah berkata, Apakah engkau tahu apakah nasya itu?

Aku berkata, “Tidak?

Kata Aisyah, “Nasya adalah ½ uqiyah. Maka nilainya sekitar 500 dirham. Demikianlah mahar

Rasulullah untuk isteri-isterinya.- (HR. Muslim)

Kecuali bila kamu memang tidak memiliki apa-apa pun, seperti apa yang dikatakan Rasulullah kepada seorang pemuda ketika dia hendak berkahwin meskipun tidak memiliki apa-apapun. Maka Rasulullah menyuruhnya untuk mencari cincin walaupun dari besi.

Sesungguhnya Islam sangat memuliakan wanita. Mengapa oleh kerana wanita tidak meminta mahar yang lebih, maka kamu enggan memuliakannya?

Sahabat, sesungguhnya wanita sangat memerlukan pendamping, sehingga tiada pun kebaikan dalam tingginya wang hantaran sehingga kamu tidak dapat berkahwin oleh kerana kamu menyukarkan dirimu dengan nilai hantaran.

Lelaki juga sangat memerlukan wanita sebagai pemelihara dirinya, rumah tangganya, juga anak-anaknya kelak, sehingga kamu sepatutnya memuliakannya dengan mahar tertinggi yang kamu mampu!

~Keberkatan serta keredhaanNya menjadi kayu ukur kebahagian dalam rumah tangga~


Berapakah Mahar/ Hantaranya????



KAHWIN HANTARAN MURAH ♥

"ish! murahnya hantaran dia, ni mesti sengkek ni!"

KAHWIN HANTARAN MAHAL ♥
"ish! mahalnya? nak jual anak apa?"

KAHWIN UMUR MUDA ♥
"ish! muda-muda dah kawen, ini mesti ade buat benda tak baik ni... tah-tah dah termengandung!"

KAHWIN UMUR LAMBAT ♥
"ish! dah tua baru nak kawen, tu la muda-muda tak nak kawen, org da beranak-pinak dia br nak kawen... tak laku kot!"

KAHWIN BUAT MAJLIS KECIL ♥
"ish! ni kawen ke ape? kedekutnya, makanan pun ntah pape bukan selalu, buatlah besar sket!"

KAHWIN BUAT MAJLIS BESAR ♥
"ish! besarnye majlis... kalah anak DATUK. nak berlagaklah tu, macam anak die je nak kawen kat dunia ni!"

BERSANGKA BAIKLAH, JANGAN DENGAR KATA ORANG, DENGAR KATA ALLAH! HIDUP INSYAALLAH BAHAGIA. NAK KAHWIN TAK SUSAH TAPI MEREKA DAN KITA YANG BUAT KAHWIN JADI TERSEKSA !!

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami...amin..

Thursday, October 27, 2011

Saya + Kamu = Kite Berdua..=)

Assalamualaikum..

Yang pasti saat dan ketika kata-kata ini di coret...saya ingin anda semua tahu bahawa hati saya sudah di miliki....huhuhu...

Hampir terjawab segala pertanyaan yang selama ini berlegar-legar di ruangan akalku..namun yang pasti selagi tiada ikatan yang menghalalkan hubungan kami...aku terpaksa berkira-kira adakah benar dialah insan yang bakal memberi sinar dalam kehidupan aku yang mendatang.

Huhuhu walaupun hubungan ni masih baru dan mentah namun sudah punya kekuatan yang tersendiri..berdasarkan rasa hormat antara kami ..makin ceria perhubungan yang sedang di bina..

Tapi sehebat manepun ikatan yang di bina ..kalau x de pahitnye pun x best juga..so soal gaduh 2..merajuk tue biaseler.. tak bleh nak hindar dah, almaklumlah..jiwa ragaku yang penuh kelembutan...huhuhu

So mr right siap sedialah yea..emosi sy bleh berubah sehingga 360 darjah.huhu tapi kan yang paling menarik...Kalau aku merajuk =( :

1. Aku yang akan pujuk diri sendiri..huahua baik tak yah merajuk cmne..sbb MR RIGHT tue x pandai lansung nak memujuk..pada die bende remeh tak payah nak besar2kan..

2. hahaha so lagi saket ati kalau merajuk!!! huhu lag pun dah matang siketlah.malas nak merajuk2 nie..dalam perhubungan kena ade tolak ansur siket...

3. Kalau dah tak tahan sangat geram dengan pembulian atau ape2 yang die buat aku marah..sound direct jerlah.hihi , tak pon bagi tahu ape yg sebabkan aku rase nak marah , x suke, geram gan sikap die..
rasenya cara berterus terang nie lagi sonang by 2.....die akan lebih faham ape yang aku suke dan suke..kihkih...

4. Dan yang paling aku tetap hormat kat die...ermm kalau die dah mula bagi nasihat free..diamlah tanda mengerti..sebab aku nie pun kekadang banyak songeh...hihihi



!!!!! EN Abg tolong hentikan pembulian terhadap saya ....kalau tidak nahas kamu!!!!!!

Monday, August 15, 2011

JEJARI OAT....


TQ to cik Saadah Saleh kerana berkongsi resepi jejari oat..

Insyaallah raya nie bolehlah di hidangkan untuk tetamu...

1. 500 g out
2. 100 g Badam
3. 230 Gula Kastor
4. 300 g Tepung gandum
5. 75 g serbuk koko
6. 250 Butter
7. 1/2 tin Minyak Sapi(200g)

oat di blend(jgn hancur sgt)
tepung dan serbuk koko diayak.
masukkan bahan 1 hingga 5 gaulkan bagi rata.
masukkan minyak sapi dan butter..gaul hingga rata...

* kalau rs adunan masih keras sila lah tambah minyak sapi atau butter..

dan bila dah sejuk gaulkan dengan susu tepung.

SELAMAT MENCUBA..

>___________<

KEK GULA HANGUS


Kek Gula Hangus

Bahan utk dijadikan gula hangus
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega/ marjerin

caranya goreng gula hangus tu sampai jd perang lepas tu masukkan air dan last sekali masukkan marjerin

4 biji telur
1 cwn susu pekat
1 cwn tepung gandum
2 s/besar soda bikarbonat
1 s/besar esen vanila

Ayak tepung bersama soda ( ketepikan), kemudian masukkan telur, susu pekat dan esen vanila , pukul semua adunan, setelah agak kembang masukkan gula hangus dan tepung, pukul lagi hingga kembang.

P/S: Kalau nak kek ni byk lubangnya mcm sarang lebah tu perap adunan ni dlm 3 jam baru bakar. biggrin.gif . bakar dlm oven suhu 160 darjah selama 30 minit...

ok siap utk di makan.. dmoshimoshi/smilie_kekse01.gif

Saturday, August 13, 2011

Harusnya yang bagaimana??


Assalamualaikum..w.b.t

1.35 am - masa diisi dengan mengadap BINGKISAN CAHAYA sambil mengintai blog2 yang di rasakan menarik..

Apa yang nak di ceritakan tak adelah menarik sangat cuma..di saat dan ketika ini , minda ligat memikirkan..seharusnya yang bagaiman untuk aku memilih???wah !!! nak pilih ape yerk??baju raya ke??kueh raya ke???..huhuhu ...bukan, bukan dan bukan..

Apa yang pasti ia berkaitan dengan kehidupan yang akan datang...huhu MR RIGHT ke???huh!! mybe..

Bukan mudah sebenarnya bila nak buat benda baik ni contohnyelah "nak bina suatu ikatan yang suci seumpama kita nak membina masjid...banyak sangat yang perlu di teliti dan di perhalusi...

Mungkin ade hikmah yang tersimpul rapi dalam pencarian ini, aku sendiri pun kurang kepastian...ape sebenarnya yang aku nak cari dan nak pilih...ngeeeeeee~ape pun tak bleh~

Pesan seorang kawan, pilih lah selagi kite mampu sebab dalam Islam sendiri menganjurkan kite untuk memilih dan ade pula kreteria yang perlu di nilai...Katanye lagi, dulu2 dia amalkan utk sebut 5 jenis perkara dalam doa2 die supaya nak dapat yang terbaik dari ladang..hahaha
Iaitu,
1. Ilmu ..biarlah ilmu melebihi diri kita supaya dapat membimbing, lelakikan sifatnye memimpin..

2. Kerja yang menjamin-kalau boleh nak kerja gomen yang ade pencen tue

3. Umur lebih dari dirinya-faham2lah kan laki ni kan lambat matang..hahaha ntah pape ntah..

4. Tak merokok-maaflah yerk orang merokok ni kadang-kadang kurang jaga kebersihan, kurang sabar dan yang paling membimbangkan pendek umo..hihi

5.Menjaga agamanya dan keluarganya-yang ni sepatutnya kena letak pada carta yang teratas...sebab bagi aku ni yang paling penting...

Wah banyak juga erkk..jenuh nak check list satu2 nie..aku tabik spring kat kawan aku nie sebab laki die memenuhi ciri2 yang di atas, tapi tue luaranlah yang dalaman aku tak pastilah pulak , yelah mane ade orang perfect gile sangat, paling kurang mesti ade terkucil 1, 2 benda ... kan kan...hehehe

tapi yang paling pentingkan , orang cakap...(asyik orang je cakap, aku punya cakap x nak tulis ke??)pilih yang sayang lebih, ketat-ketat kat diri kita pasti tue yang akan menjamin kebahagian berpanjangan...yealah

-kalau dia sayangkan aku, dia akan jaga aku, sayang aku.
-kalau dia sayangkan aku, dia akan jaga kehormatan aku, keselamatan aku..no pegang2 until "halal"
-kalau dia sayangkan aku, dia akan telefon aku...sehari sekali..ok kan??
-Kalau dia sayangkan aku, dia suke balas massage aku, x msg sehari pun bleh rindu tahap gaban
-Kalau dia sayangkan aku, dia akan senang untuk "share" ape2 dengan aku..
-Kalau dia sayangkan aku, time shopping dia yang belanja aku..bleh camtu??
-Kalau dia sayangkan aku, dia akan selalu tarbiyyah..huhu suke dgr org bg peringatan pd ak :)
-Kalau dia sayangkan aku, dia boleh jadi pendengar setia, almaklumlah aku suke bercakap..haha
-kalau dia sayangkan aku, pasti punya die boleh berubah untuk kebaikkan aku dan dia...
dan yang paling penting..
-Kalau dia sayangkan aku, hari ini juga dia datang pinang aku..ngeeeeeeee..bleh ke mcam tue???

berfantasi di alam realiti, yang penting..panjatkanlah doa ,moga Allah ketemukan yang terbaik...kerana kita hanyan mampu merancang,yang tanpa kita sedari Dia juga punya rancangan lebih baik dari apa yang kita sedang rancangkan..hehehe selamat memilih..kalau dah jumpa..jangan tunggu lama-lama , nanti lama2 ...masuk angin keluar asap

>________<





Thursday, August 11, 2011

Sedekah Menolak Buruknya Sebuah Kematian



Assalamualaikum..whbt

Salam Pagi Jumaat...

Sedar tak sedar , hari ini ialah tanggal 12 Ramadhan 1432H ini bermakna kita semua sudah melewati 10 Ramadhan yang pertama di mana permulaanya rahmah. Sungguh pantas masa berlalu meninggalkan kita..Namun apakah sudah banyak amalan di bulan yang penuh barakah ini dapat kita rebut?????

Di kesempatan ini, kita bertuah masih dikurniakan nikmat hidup untuk merasai langit penghulu segala hari dan penghulu segala bulan...Nikmat sihat serta nikmat iman untuk merasai manisnya menjalankan ibadah yang sedang kita lalui ini iaitu berpuasa..

Dengan limpahan nikmat yang diberikan pada kita ini, seharuslah kita menadah tangan untuk mengucapkan rasa syukur...dan untuk lebih menunjukkan rasa syukur kita pada segala pemberian Allah marilah kita sama-sama berkongsi setiap nikmat itu dengan memberi pertolongan kepada mereka yang memerlukan..

"Bersedekahlah walaupun sedikit dan jangan meremehkan sedikit pun yang kita sedekahkan, biarpun ia cuma sebiji tamar, sepotong roti atau segelas susu." Sungguh mudah bukan????jadi marilah kita praktikkan....tidak perlulah kita gusarkan, apakah bentuk perkongsian yang harus di berikan sekiranya kita ingin bersedekah, yang penting haruslah ikhlas, semoga amalan kita di terima.

Sesungguhnya Rasulullah S.A.W sendiri pernah bersabda:

"Ubatilah para pesakit kamu dengan menganjurkannya untuk bersedekah"

Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

" Sesungguhya sedekah itu dapat memadamkan kemurkaan Tuhan dan menolak kematian yang buruk".






Busuk betul...


"Busuk betul di sini," keluh seorang petani ketika berada di luar rumahnya. Anak petani itu pelik melihat kerenah ayanhnya,

Orang tua itu masuk ke dalam rumah .

"Ehh, masih busuk juga. Pelik"

Orang tua itu marah-marah.

Tiba-tiba anaknya masuk lalu berkata, "Ayah, cuba lihat cermin...

Orang tua itu terkejut kerana mendapati pada hidungnya terpalit baja tahi ayam yang di gunakan di kebun tadi.

Pengajaran: Kejahatan atau keburukan yang selalunya kita nampak ada kalanya tanpa kita sedari berpunca daripada kita sendiri..
>________<

Petikan dari majalan RESOLUSI isu no5....

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak1432H

Assalamualaikum w.b.t,

Syukur Alhamdulillah kerana hari ini aku masih lagi dapat merasa langit Ramadhan. Manisnye rase suasana berbuka bersama keluarga tercinta serta mengerjakan ibadah terawih di malam hari. Tidak semua manusia di muka bumi ini yang diberi kesempatan oleh Allah kerana kita masih boleh lihat lagi di mana terdapat manusia yang masih lalai dan alpa dengan perintah Allah. Walaupun di bulan yang mulia ini syaitan telah diikat supaya tidak melekakan kita namun musuh yang paling utama iaitu nafsu masih lagi bebas..sekiranya kita tidak berdaya untuk menguasainya maka tiadalah bezanya antara Ramadhan dan bulan-bulan yang lain.

Duhai sahabat beribadatlah kamu seakan-akan Ramadhan kali ini adalah yang terakhir buat kita kerana Ramadhan seterusnya belum tentu kita dapat merasainya.



Daripada Abu Hurairah r.a., sabda Rasulullah s.a.w. “Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap redha Allah , akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.”

Akhir kalam, kita masih punya masa untuk merebut kelebihan serta keberkatan Ramadhan supaya Ramadhan kali ini lebih bermakna dan lebih dihayati berbanding yang sebelumnya. Semoga tarbiyah dari bulan yg mulia ini akan mendidik diri kita menjadi insan yg lebih berilmu dan beramal dengan penuh keikhlasan.

Wassalam..

Monday, August 8, 2011

PERLU KE BERUBAH????


Confiusnye??ape yang nak diubah kak bedah oiii...se akan pelik bile ade yang memberi idea:

DIA: Saya rasa kalau awak nak lebih menarik awak perlu berubah..

SAYA: Berubah???cecite camne tue??

DIA : Mybe dari segi penampilan kot..ce awak pakai pakaian yang ikut trend siket...ni baju awak semua akak tengok besar2 + labuh2..dah macam macik2 jerk akak tengok...

SAYA: HUHU takpelah kak..saya selesa sebegini...( dalam ati..hamboi akak nie..rse cam nak cubit jerk mulut ko)

Rase terkesan jugalah dengan kata-kata kakak "comel" yang mengomen tentang penampilan aku...wahai kakak ku sayang..kalau setakat nak ubah perangai saya yang buruk..dengan rela hati saya setuju 100 %
tapi...... kalau nak sentuh bab-bab pakaian ini perlu ke saya nak menyusahkan diri untuk memikirkan kata dan pandagan orang dekat dunia...tapi kat akhirat sok saya yang terpaksa menangung dosa berguni2..

Wahai kakak ku..bukan tak teringin hati ni nak bergaya sakan tapi bile dipikirin...takut sangat bile jatuh hukum diri ini termasuk dalam golongan tabarruj (berlebih-lebihan dalam berpakaian) terus pikir 10x..dosa nanti aku juga yang tanggung

Dan kebiasaannya kite berhias bagai ini mesti punya tujuan!! bagi saya yang masih kesinglelan ni sapelah yang nak saya tayang2kan..hahaha lainlah kalau sudah punya en suami..huhu tak gitu kakak manis...

Walau siapa pun kita, apa pun yang kita lakukan ..fikirlah seberapa banyak yang kite hidup ni hanya pinjaman je..cukup masa ...kembali jua kepada Nya..

>___________<



Nak tukar ke tak nak???

Assalamaualikum..whbt

Lama benar tak meningglkan coretan kat muka blog..macam dah rase asing pun ade..haha sapelah tuan punye belog nie..mujur juga aku tak melupakan kata laluan untuk meneroboskan ke dalamnya...

Melihat nama belog yang gempak-gempak rasa teringin pula nak buat anjakan pada muka belog nie....ermm tapi bile teringatkan kenagan ketika ia mula diwujudkan ...niat itu terus aku batalkan..

Bersederhanalah dalam melakukan sesuatu..yang penting ade sesuatu yang ingin di sampaikan dan walaupun sedikit ..ia bermakna kepada mereka yang sudi membaca...

Huhu bermula hari ni rasanya macam nak lebih serius dalam menuliskan entry walaupun sekadar untuk berkongsi apa yang bersarang dalam benak fikiran aku sebagai manusia, insan dan pelakon di pentas ini..apa yang baik kita kongsi bersama dan buruk kita jadikan sempadan dan teladan..

>_____<

Wednesday, June 29, 2011

Kisah Hati...


Yeayyy!!! come back untuk menulis semula..kali ini nak berkongsi tentang kisah hati..huhu tajuk entry kali ini dah macam tajuk lagu Alyah-Kisah Hati..huhu tadi masa drive ke tempat keja lagu ni berkumandang dan aku cuba untuk mengamatinye betul...

Sangat indah setiap baris2 ayat yang cuba di sampaikan...dan lagu ini sesuai buat orang-orang yang sedang mengalami dilema dalam hidup...huhu adakah aku juga mengalami demikian????persoalan yang berputar ligat di fikiran...

Biasalah manusia mana pernah sunyi dari di belengu masalah..tipulah kalau ada orang yang beritahu dia tak pernah punya masalah....cuma mungkin dia pandai untuk mengurus permasalahan yang di alaminye...

Ermm pagi tadi rasa malas sangat nak meninggalkan katil untuk bersiap ke tempat kerja...tapi setelah berjaya memujuk hati sendiri...huhu ak rase terapi ini sangat berkesan...berkata-kata untuk diri sendiri, memberikan kata-kata positif dan ransangan dan akhir sekali tetap keyakinan bahawa ujian ini dari Dia...Alhamdulillah Allah sangat sayang pada aku...Walau hati dirundum masalah namun , aku dapat hadapi dengan senyuman...

Memang betul aku harus kuat...kuat untuk melemparkan senyuman, agar tiada seorang pun yang terkesan dengan emosi aku...biaralah aku sahaja yang mengalami pasang surut perasaan di hati ini...

Terkadang ianya bukan suatu permasalahan pun cuma aku juga yang kadang-kadang selalu memberatkan fikiran ini dengan memikirkan hal yang negatif...urghhh ingat balik kata-kata itu, di mana ..."biarpun seremuk manapun hati kamu cubalah bentuk ia kembali dan serahkan ia kepada yang Maha esa"

Dia maha mengetahui segalanya... Dia mampu menyediakan segala yang ada di alam ini, mengatur kejadian siang dan malam..inikan pula perkara semudah untuk mengatur dan menerima doa hambanya...yakinlah hatiku sayang, tenang, Dia maha mengetahui..berdoalah dan jangan sekali berputus asa, berpegang teguh pada agama dan jalanNya. Insyaallah segalanya bakal terjawab dengan mudah..:)

>_____<

Sunday, June 12, 2011

~Berbahagialah menjadi seorang wanita~

Buat hati2 yang kini merasa dirinya di amuk kesedihan yang berpanjangan..kembalilah kamu padaNya..sesungguhnya hidup ini sangat indah untuk diratapi dengan deraian air mata kesedihan..

Yakinlah hati mu wahai pemilik hati bahawa janji Allah itu pasti, yang mana setiap insan yang di ciptakannya punya bahagian masing2...berbahagialah kamu dengan agamamu, mersa senanglah kamu dengan setiap kurnia Allah dan berbagai nikmat yang telah kite kecapi...

Usirlah sejauh mungkin segala macam kesedihan dari dalam dirimu, bayang-bayang keduakaan, dan mimpi-mimpi buruk, ketakutan serta kekhuatiran.

Marilah kembali ke jalan keimanan dengan menghidupkan malam2 mu dengan tahajjud, pagi mu dengan Dhuha dan membasahi kalammu dengan menyebut nama tuhanmu...serta melampiaskan kerinduan kita kepada Allah dan merasa puas dengan qada dan qadarnyq...:)

Sunday, May 8, 2011

Benarkah wanita penfitnah dunia????

>”Sesungguhnya dunia itu manis dan lazat, dan sesungguhnya Allah menitipkannya padamu, kemudian melihat bagaimana kamu menggunakannya. Maka hati-hatilah terhadap dunia dan hati-hatilah terhadap wanita, karena fitnah pertama yang menimpa bani Israel disebabkan wanita”(HR Muslim) (At-Taghaabun 14-15).



Kuatnya pengaruh seorang yang bergelar "wanita"..

Tangan lembut yang mampu mengoncang dunia sebenarnya mampu jua menjadi penfitnah pertama dunia...Ya Allah bukan mudah untuk aku mengalas tanggungjwab yang engkau berikan ini...

buat insan yang aku sayangi...
Sayang..
maafkan aku kerana meninggkalkan sedikit coretan ini...

Sayang..
Senyum manis dan jelingan manja yang kau lemparkan tadi benar-benar mengetarkan hati perempuanku..

lunak kata dan rayu manjamu persis seorang anak kecil yang meronta-ronta inginkan sesuatu dan akhirnya aku merelakan dan memenuhi segala yang kau inginkan...

siapa tidak bangga menjadi "milikmu"..ramai gadis2 yang di luar sana..berebut ingin berdampingan denganmu..namun aku jua yang menjadi pilihanmu..

namun tahukah engkau bahawa senyuman dan rayuan itulah yang bakal mengheretkan aku dan dirimu sebagai warga tetap ahli neraka..

Maafkan aku sayang...
relakan pemergian aku..
aku sedar akan kebodohan kita..kita dah terlalu jauh dengan tipu daya dunia..sehingga kita terlupa padaNya...

aku yang bersalah.
jika dulu aku katakan tidak pada perkenalan ini pastinya tiada pertemuaan yang berlaku..
dan sekiranya tiada pertemuan pastinya tiada renungan mata yang akan bertaut ke hati...
pasti tiada "sms"
janji-janji manis..
pujuk rayu..
kata sayang...
berbual berjam2 di telefon..
sampai panas telinga..namun itu semua pun aku sanggup..

ini semua mainan dunia sayang..
agenda syaitan yang mahu menghancurkan kita
anak cucu ADAM..
aku tersungkur di dalam dunia ciptaan aku sendiri..

jika dari dulu lagi aku sedar akan kerugian yang bakal aku terima..
pastinya aku selamat dari belenggu ini..
belenggu yang merantai jiwa...
kerana akulah penfitnah dunia..


biarlah perpisahan ini menjadi titik permulaan untuk aku mencari sinar baru...
aku ingin pergi jauh dari sisi mu..aku perlu punya kekuatan untuk membentuk jiwa dan rohani ...aku perlu kenal siapa sebenar aku...kerana aku tidak mahu terus menerus menjadi penfitnah dunia..


..Ya Allah berilah aku petunjuk...bersihkanlah hati yang dipenuhi dengan titik-titik noda ini..berilah aku keampunan dari setiap kesalahan yang pernah aku lakukan...

~ikhlas dari manusia yang bergelar insan~

Allah itu maha pengasih lagi maha pengampun...pintu taubat sentiasa terbuka..bertaubatlah dengan bersungguh-sunguh andai benar kita pernah menyusuri jalan yang gelap dan kelam itu...sekali kita menggiingatiNya berkali-kali DIA akan menggingati kita...