? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Friday, April 24, 2009

11 jenis manusia didoa malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.
Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
· 1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."
· 2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"
· 3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."
· 4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."
· 5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."
· 6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."
· 7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"
· 8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"
· 9. Orang yang membelanjakan harta (infak).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"
· 10. Orang yang sedang makan sahur.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."
· 11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

Friday, April 17, 2009

mEngarut jer....

huhu..jam kat dinding tu menunjukkan dah pukul 3.01 pagi minit tapi mata ni still ok lg leh btahan..dEk pnangan kopi kawan ku yang cumel tu..amboi dia sedap dah kuak lentang tapi ak????pkul bpe leh lelap nie???
Ting...kamu gi mana yea??adakah snasib gan ak sbb kite same2 dOk merasa air tangan kwn kite tue???
(sedap tu air dier buat...masuk kali nie dah 2 kali ak tpaksa bjaga mlm smata2 air kopi buatan.....ishhy sapelah org tue erk???)

6 PERKARA KALAU DITINGGALKAN NABI MENJANJIKAN SYURGA....

1. BERCAKAP BENAR....jangan tipu2 tau

2. APABILA AMANAH JANGAN KHIANATI..

3. APABILA BERJANJI JANGAN MUNGKIRINYA

4. TUNDUKKAN PANDANGAN MATA ANDA...sekali tu rezeki...2x no...no

5. TAHAN TANGAN DARI MEMBUAT DOSA....

6. PERLIHARA KEMALUAN JANGAN BERZINA...

jage penglihatan mata...jangan tenung saya lame2 tau...malulah...huhu

eXaMMmm......

huhu...minggu ni minggu exam....sekejap jer mase berlalu...hari ni kite dah abis jawab 3 paper...tinggal lagi 2 paper yang perlu dihadapi....25 dan 26...lpas tue ???ape yg bakal terjadi???

pnuh tanda tanyer....

pape pun..habiskan dulu paper tuk exam yang terakhir ni...lpas tue baru kita fikir-fikir2kan....ape kita nak buat erk???

study dtemankan lampu neon....huhu cumelnyer dier...:)

Wednesday, April 8, 2009

nOrliza@ kAk nGah...


Nama diberi Norliza Nadzir. Tanggal 7 Februari 1986, bersamaan dengan hari Jumaat, saya dilahirkan di Hospital Besar Melaka. Permulaan kehidupan saya bermula di rumah kami di Kuartes Tentera Sungai Besi, Kuala Lumpur . Saya menetap di situ berikutan ayah saya merupakan seorang askar.

Namun, setelah ayah menamatkan perkhidmatan sebagai seorang tentera, kami telah berpindah ke Melaka iaitu di Kampung Sungai Putat, Batu Berendam Melaka.Merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarga. Anak ke-2 daripada 4 orang adik beradik. Mendapat asuhan agama sejak kecil lagi daripada ibu bapa, seterusnya beroleh pendidikan formal di Tabika KEMAS Kampung Sungai Putat (1992-1993) ~ Sek. Keb. Batu Berendam,Melaka (1993-1999) ~ Sek. Men. Keb. Dato Haji Talib Karim,Alor Gajah, Melaka (1999-2003) ~ Sek.Men. Keb. Munsyi Abdullah, Batu Berendam, Melaka(STPM) (2004-2005) ~ Universiti Putra Malaysia (2006-Kini).



Bersama mak tercinta....


pic ni di ambil sebelum mak dan ayah bertolak menunaikan umrah...

Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka". Seorang wanita lalu bangun bertanya, 'Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, 'Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:
1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.'

KETIKA & KALIMAT....satu tugasan...

"Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah s.w.t. "

Dengan lafaz bismillah, tangan aku dengan pantas menaip kekunci keybord. Jam menunjukkan pukul 2.53 pagi. Walaupun dah terlalu lewat tapi kerja yang aku baru mulakan nie terpaksa juga aku siapkan (kalau tak...nahaslah nanti, tak tahulah hukuman apa yang akan dikenakan kepada mereka yang tak menyiapkan kerja yang diberi J. Masa tinggal beberapa hari sahaja untuk disiapkan, sebelum di hantar ke meja Dr. Siapa ye Dr yang dimaksudkan???? tunggu sampai abis, baru korang semua tahu siapakah geragan Dr yang dimaksudkan...

Hari berganti hari,bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Sekelip mata sahaja tahun 2008 telah melabuhkan tirainya. Masuk sahaja tahun 2009, maka genaplah tiga tahun aku memulakan pengajian aku disini...semester pertama tahun 3, aku lalui seperti biasa,pegi kelas, buat asigment pastu exam dan pastu apelagi cutilah...


Memori terindah..sekejap jer dah nak abiskan.....bila dah grad nnti mesti rindu kat korang semuakan....

Masuk sahaja semester kedua tahun 2009. Aku lagi suka...dah lah semester ni pendek, pulak tu semester ni merupakan sem terakhir untuk aku belajar kat sini..bak kata senior aku yang lepas-lepas..Bila dah final year kelas dah makin sikit, yang lagi best asigment pun dah tak bertimbun cam awal-awal masuk dulu..mane taknyer sampai leh gugur rambut aku sebab asyik wat asigment jer dulu..huhu :0 .

Tapi, yang aku peliknyer, kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari ...Baru betul budak Bahasa Linguistik Melayu. Salah satu kelas yang aku tengah ambil ni ade kena mengena dengan bahasa melayu jugak tapi lagi canggih lah bila digabungkan dengan multimedia...maka nak dijadikan cerita bermulalah kelas Bahasa dalam Multimedia atau lebih ringkasnyer BDM. Yang menariknyer, banyak kenangan yang indah dan sebaliknya bila aku memulakan kelas ni. Kenapa aku cakap macam tu??korang kene bacalah kisah seterusnya...Baru tahu :).

Seronok tapi penat. Dua perkataan ni selalu je berlegar-legar dalam otak aku setiap hari Rabu pukul 2 petang. Masa ni arr kelas ni abis. Inilah kursus yang dalam sejarah aku belajar tiga tahun dekat UPM ni, banyak kerja sampai dah nak abis ni pun kami semua kena buat lagi.Letih jugalah, nak siapkan projek ilmiah lagi, tugasan-tugasan lain. Urgh...memang agak memenatkan....

Dalam keadaan penat tu pun, jauh di sudut kecil ini aku seronok ;). Dari hari ke sehari aku mengikuti kelas ni, ada je benda baru yang aku belajar, siap ade praktikal lagi. Bak kata Dr, kamu akan cepat fahamkalau ade praktikal sekali. Oh yea, ak lupa nak bagitau nama Dr yang aku maksudkan selama ini. Beliau ialah Dr. Normaliza Binti Abdul Rahim.




Nielah Dr ...DR NORMALIZA ABD RAHIM...terima kasih Dr atas setiap ilmu yang Dr berikan pada kami semua...


Masa mula-mula aku dapat tahu nama Dr.Normaliza, adelah kembang sikit aku dibuatnyer, mane taknyer nama Dr cam nama aku gak..huhu..bangga arr sikit...walaupun yang sama hanya part belakang tue jea....liza...huhu famous gak name nie...hahaha. Ok lah sebelum ak citer lebih panjang ape kate aku bagi nama manje untuk Dr..yealah mudah sikit aku nak cerita kat korang semua. Aku nak panggil Dr gan pangilan Dr. Liz..huhu glamor gitu.!!Gempak arr fakulti cam gini..silap2 berita ni akan tersebar di Putra Fm..maaf yea Dr....Jangan Marah:)..

Baiklah, nak citer balik pasal kelas BDM nie, bukan sebarang kelas jgak arr..banyak keunikkannye. Mane taknyer, penyarah yang mengajar kami bukan seorang tau tapi dua orang, nak tau sape lagi sorang penyarah tu...suprise!!!!huhuhu.. Dr yang sorang lagi ni..bukan bunga tetapi kumbang daa... Orangnyer cumel jer...Orang Jawo..Tapi bukan calang-calang orang tau...beliau ialah Dr Arbaie Sujud. Ketua Jabatan Bahasa Melayu. Sentiasa tersenyum je bila masuk kelas. Walaupun hanya sekejap jer kelas Dr. Arbaie, kalau tak silap aku hanya dua kelas jea yang Dr Arbaie masuk tapi banyak juga ilmu yang disampaikannya. Nak tau apa ilmu yang dia ajarkan kepada kami...bacelah sampai abis tau..

Sambung balik cerita kelas yang dikendalikan Dr. Lizz memang aku tak dapat lupekan arr. Mane tak nyer baru kelas yang pertama Dr. dah perkenalkan undang-undang yang semua orang, nak atau tak nak kenelah ikut...pergh dalam kelas pun ade undang-undang jugak yea!!..ape undang-undang Dr. Liz tu??undang-undang tu same cam undang-undang kat jalan raye tu tak??tak pun cam undang-undang zaman kesultanan Melayu Melaka dulu tu...hehehe :).

Ohh...baru aku faham. Sebenarnya undang-undang Dr. Lizz ni taklah teruk sangat cam yang aku cuba bayangkan, cam biase jer...semua Dr kat fakulti ni ade yang gunakan pendekatan cam tu, tapi disebabkan undang-undang ni keluar dari mulut Dr. Lizz, tetiba pulak aku dapat rasakan ade aura yang menjadikan undang-undang ni dah jadi luar biasa. Cubalah kalau nak rasa.J
Undang-undang Dr. Lizz yang pertama ialah berkenaan dengan ponteng kuliah. Masa tu aku taklah takut sangat, senang jer sebabnya aku nie BUKAN jenis yang ‘kaki’ ponteng, jadi, tak de masalahlah. Tapi jauh sudut hati aku, ade gak terfikir yang pendekatan Dr. ni agak marabahaya jugalah, mane taknye kalau tibe-tibe aku tak dapat datang kelas camne??Tetibe Dr.Lizz menambah lagi idea kreatifnyer tu...Idea ni lagilah boleh mendisiplinkan aku dan kawan-kawan seangkatanku. Huhu.. Cantik bangat idea nie. Dalam kelas, kami kena membentuk beberapa kumpulan kecil yang terdiri daripada 6 orang pelajar. Jadi, kalau salah seorang tak datang, maka kumpulan ni tak dapat markah lansung. So, takkanlah nak pentingkan diri sampai menyusahkan kawan-kawan yang lain. Betul tak?

Gambar Hiasan jer...kuikui


Memang tak pernah arr ade budak-budak kelas aku yang nak ponteng pun selepas tu. Kecualilah kalau hal yang tak dapat dielakkan, dan hal tu memang kukuh dan tak goyah-goyah nak dicuit oleh Dr dengan kesahihannya...hehe... Memang tak boleh nak kelentong arr alasan untuk tak hadir ke kelas Bahasa dalam Multmedia ni... :).

Bayangkanlah, kelas aku bermula jam 8 pagi, tempatnye kat fakulti aku ler Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, lepas tue kelas kedua dekat Dewan kuliah pusat, dahlah kelas jauh kena jalan kaki plak (guna bas lagi lambat sampai L). Habis jea kelas kedua, ade banyak masa lagi. Hampir sejam sebelum kelas BDM start, iaitu pukul 12tengah hari. Aku tak pergi kemana-mana pun, ulang alik jealah tunggu kat fakulti tu, jangan ada hatilah nak balik kolej. Bukan apa, risau juga kalau balik kolej, tertidur siapa yang aniaya? Aku? Apa nak jawab kalau kena soal nanti. Tapi yang paling teruk kalau aku tak datang, ialah kawan-kawan akulah...cam tak patutlah pulak kalau aku tak ade nanti, ahli group aku pun tak dapat markah disebabkan kesalahan aku..serupa cam pentingkan diri sendiri ajelah gamaknyerkan..
Undang-undang Dr. Lizz yang kedua ialah tak boleh lambat masuk kelas. Maknanya tak boleh lebih jam 12. Walaupun seminit pun tau!! kalu tak , kenalah berdiri dekat depan tu...haha malu ler dah besor-besor ni kena denda lagi..makin kurenglah saham tu... Nasib baik aku tak pernah kena. Hehe..;)

Macam aku kata tadi, aku tak ada masalah bab kedatangan ni, sebab aku menghabiskan masa aku di fakulti dari jam 8 pagi lagi..Yang kelakar lagi, Dr tak nak orang duduk belakang. Jadi, semua orang WAJIB penuhkan bahagian depan. Sesiapa yang duduk belakang kena ambil nama, dan minggu depan kalau nama naik lagi sebab duduk belakang, markah kumpulan kena potong. Huhu..so berebut-rebutlah datang awal lepas tu kena ‘cop’ tempat duduk. Yang tak tahanyer ada yang ‘cop’ untuk ahli group yang selalu datang lambat. Ni semua untuk memudahkan proses kerja berkumpulan nanti.

Undang-undang yang ketiga ialah buat kerja dalam kumpulan, mesti buat sama-sama. Untunglah aku ni ada kawan-kawan yang memang beri kerjasama yang baik. Memang seronoklah buat kerja. Kalau tak, memang berangin jugaklah...Kumpulan aku ni lain dari yang lain sket..tak ramai group lain yang macam group aku. Haha.. Di sebalik lima orang anak gadis yang manis-manis, terselit seorang jejaka, made in Kelante gitu. Siapalah lagi kalau bukan si Dasuki atau nama glamournyer ‘Big’. Pada mulanya group aku lima orang jer.. aku, Nor fedilah (nine), Farahanum (pia), Nik Rosyaidai (toyak), dengan Farhah (ting). Kami ingatkan nak berlima jer yealah mudah sikit, kami pun dah biasa bersama, takut pulak kehadiran orang baru dalam kumpulan kami nanti akan timbul masalah. Terutamanya kalau dapat ahli baru yang kaki ponteng, habislah kami nanti.




Pantang ade mase....ngan ade camera...pose lagilah tue..mane peace aku???


Ida syazlita @ toyak...Ehh masalah betul bdak nie..ape dia buat tu???

KAMI...?????


Keputusan pun dah dibuat. Kami kena cukupkan ahli kumpulan seramai enam orang. Kebetulan si Dasuki tu takde group, jadi adelah belas kasihan tuk dia tu dan akhirnya dia diterima sebagai ahli kumpulan kami. Tapi!!! Awal-awal lagi dia dah dapat warning...jangan ponteng kelas!!!huhu garang tak kami...haha walaupun perempuan, tapi kena tegas tau...jangan bagi muka kalau nak join group ni...huhu.



Pergh..banyaknyer bunga dicc kumbang nie..haha...pic ni aku yg amik..ok takk???

Nielah ahli kumpulan "KAMI"....daa best...ooOOOooo


Setiap kumpulan kena ada nama masing-masing. Tetiba si ting cadangkan nama ‘KAMI’. Ting tu mesti terpengaruh dengan cite yang liyana jasmy berlakon..sebab tu dia bagi nama ‘KAMI’...pape jerlah Ting. Akhirnya setelah mendapat persetujuan yang lain maka tulah nama kumpulan aku.. ‘KAMI’. Ok jugalah nama tu, yang kelakarnya kengkawan aku dari group yang lain, nama kumpulan dia orang lagilah pelik-pelik, ade nama Sin Chan, Wonderpet, Duo, Apollo, dan paling aku tak tahan nama kumpulan Single is Better. Huhu dah takde idea ar tu budak-budak ni.

PENDRIVE VS CAMERA ....

Biasenyer nak amik nota dari Dr. kena guna pendrive jer tapi kelas Dr.Lizz lain dari yang lain tau, nak amik nota kena guna kamera. Memang multimedialah! Haha.. Mula-mula tu macam nak tergelak saja sebab tak pernah dibuat orang. Ingat Dr.Lizz main-main saja. Tapi rupa-rupanya benda tu serius. Budak-budak lain nak ambil gambar pun macam confuse gilerlah. Tapi bila dah selalu macam tu, dah tak ada hal lah. Yang bestnyer sebelum kelas start apelagi..kami ni posing-posinglah dulu...macam artislah pulak. Gaya yang pelbagai yang kami gayakan untuk isi masa lapang sebelum kelas bermula.
lela gan saadah pun nak pose gak ker????huhu

papelah korang nie..pose cam nak terbang jer..


Ops! Ada lagi, Dr Lizz ni tak suka orang main picit-picit pen. Kuat juga pendengaran Dr Lizz nie. Sampaikan kalau jalan, kasut seret pun tak boleh. Haha...terpaksalah angkat kaki jalan dan kalau lalu depan bilik Dr, kawan-kawan aku semua jalan perlahan-lahan, memang tak bunyi lansung arr..katenye nak jaga jangan kasi ada bunyi nanti takut Dr Lizz bisinglah katakan.

Selain tu Dr.Lizz juga mementingkan kekemasan. Pernah lah sekali Dr. buat pemeriksaan kasut. Kebanyakkan dari kami kena tegur sebabnya tak mengikut etika berpakaian. Mane taknya ade yang pakai selipar je gi kelas. Betul jugalah ape yang Dr cakapkan tu. Pemakaian ni penting. Terutama bagi kami yang bakal menempuh alam pekerjaan. Bila bekerja nanti majikan pun tak suka tengok anak buahnya selekeh bila kerja. Silap-silap nanti ade pulak yang bermasalah nak berpakaian mengikut etika sebab dah selalu sangat tangkap muat je bila nak berpakaian. Lagi satu, melalui pemakaian juga dapat mengambarkan peribadi seseorang. Oleh itu, fikir-fikirkanlah..kita ni tergolong dari jenis yang macam mana??ok ke tak??

BERAT SAMA DIPIKUL RINGAN SAMA DIJINJING.....

Seingat aku permulaan bagi pelajaran yang di ajar oleh Dr. Lizz ialah tentang asas grafik. Terdapat lima jenis asas grafik iaitu kesesuaian, keseimbangan, mudah, warna dan yang akhir sekali ialah teks. Menurut Dr. Lizz keseimbangan itu perlu ada pada saiz dan gambar sesuatu grafik. Selain itu, grafik yang dihasilkan hendaklah mudah difahami makna yang ingin disampaikan. Melalui ciri warna pula, hendaklah tidak terlalu penuh dengan warna warni dan yang paling penting sekali ialah teks yang dimasukkan perlu seimbang dari segi jenis, warna dan huruf. Sebelum berakhirnya kelas hari tu, Dr dah pesan pada kami semua, pelajaran minggu depan akan dibuat secara mempraktikkan ilmu yang kami baru belajar tu.

So, minggu seterusnya tu kami kena sediakan beberapa bahan yang telah dipesan Dr. iaitu, mounting board enam keping, reben 1/3 inci ½ meter, majalah terpakai, gunting, UHU stick dan puncer. Masa tu terfikir jugaklah nak buat apa dengan benda-benda tu, tapi yang pastinya mesti kena potong dan lekatkan bahan-bahan yang ada dalam majalah tu.

Betul jugalah tekaan aku, kami disuruh melekatkan iklan-iklan yang terdapat dalam majalah ke mounting board yang telah dibawa. Iklan-iklan tersebut mestilah mempunyai asas grafik yang telah dibincangkan. Maka, jenuh jugalah aku dan ahli group bertungkus-lumus hendak menyiapkannya.

Dr. Lizz memang teliti dan mementingkan kekemasanlah orangnya. Mana taknya kerja yang kami hasilkan ni tak boleh ada bahagian yang gam tu menggelembung dan mounting board tu tak boleh kotor-kotor dengan kesan gam. Maksudnya iklan-iklan tersebut perlu digam dengan kemas. Pukul 1 petang kami mula buat dan disuruh hantar pukul 2 petang. Kalau lewat tak ada markah. Maka, bergelutlah masing-masing. Risau juga tak dapat nak siapkan. Nama setiap ahli kumpulan beserta nombor matrik pun perlu dilekatkan dengan menggunakan bahan-bahan di majalah.

Penat! Tapi best juga arr haritu. Dah lama aku tak buat aktiviti cam gini. Rasanyer..benda cam gini aku pernah buat masa aku tadika dulu.Mengulit kenanganlah kiranya aku dengan kawan-kawan. Tapi bila buat dalam keadaan yang tertekan sebab nak cepat siap, jadi ade jugalah dengar rungutan dari kumpulan yang lain. Nombor-nombor di majalah kecil-kecillah, ada yang hilang, terpaksa gunting semula dan lekatkan balik.

Akhirnya, siap juga. Kumpulan ‘KAMI’ siap awal gitu..huhu berkat kesabaran ahli kumpulan. Kerja yang rumit pun menjadi mudah..‘ Kerjasama dari setiap ahli pasukan akan meringankan kerja yang berat ’..Itulah pengalaman yang dapat aku kutip hari itu selain ilmu untuk menilai asas grafik pada iklan. Hehe lepas ni bolehlah bagi komen kat iklan-iklan yang aku jumpa. Selesai kerja, semua berlari-lari ke bilik Dr. Lizz untuk menghantar tugasan.



Ni salah satu tugasan dari "KAMI" yang nak antar kat Dr.Lizz...huhu posing dulu k..

Ehhh...cik pialova pun ade gaklah....

Macam-macam ada...cam astro plak....:)

Selain tugasan yang perlu dibuat ketika kelas, kami kena juga menghadirkan diri untuk kelas tutorial selama dua jam. Pada mulanya kami ingatkan Dr tersilap cakap yang kelas tutorial 2 jam. Sebabnya subjek BBM 3410 ni 3 jam je, so setahu aku dan rakan-rakan kalau kelas sudah dua jam, maka tutorial hanya sejam sahaja.

Rupa-rupanyer ini bukan satu kesilapan tetapi satu kenyataan daa..huhu..Nama perlu di isi untuk masuk kelas tutorial. Aku, pia, ting, nine, toyak dan Big sepakat nak pilih hari khamis petang untuk tutorial. Kenapa khamis???sebab kami tak banyak kelas jadi relekslah taklah tension nak pegi kelas tutorial nanti.

Kelas tutorial dikendalikan oleh dua orang pengajar iaitu Cik Nurul dan Cik Aliaa. Kelas tutorial tak banyak beza dengan kelas Bahasa Dalam Multimedia tu. Masa menjadi agenda terpenting yang perlu dititikberatkan oleh semua orang. Namun ada satu je peraturan yang berbeza iaitu masa kelas tutorial, kehadiran tidak diambil mengikut kumpulan. Sekiranya ada individu yang tak datang, markah dia sahaja yang terjejas tanpa melibatkan ahli kumpulan yang lain. Kelas tutorial aku diajar oleh Cik Aliaa. Garang jugalah tapi yang bestnyer Cik Aliaa, kalau kami tak faham dia tak lokek ilmu untuk berkongsi dengan kami.

nielah cik Aliaa....tutor aku....cik Aliaa best!!! thanks segala tunjuk ajar yang diberi....Opps!! lg satu Cik Aliaa nak pinjam keta belh tak...??keta cik Aliaa gempak tu..:)


Aku seronok sangat masuk kelas tutorial. Macam macam ilmu yang aku dapat. Tapi masa kelas tutorial tu membuatkan aku dan rakan-rakan CAPIK. hehe sebab kami terpaksa mengejar masa untuk solat asar sebelum masuk kelas tutorial. Kelas bermula pukul 5 petang. Adakalanya waktu Asar masuk pukul 4.45 jadi terpaksalah kami mengejar masa. Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam keadaan kerugian kecuali orang beriman, orang yang beramal soleh, dan orang yang berpesan-pesan kepada kebenaran (Surah Al Ashr).

Berbalik pada cerita pembelajaran di kelas, kali ini pembelajaran tentang teori sahaja. Maka apabila Dr. Lizz paparkan slide power pointnyer, rakan-rakan pun berebut-rebutlah ambik gambar. Dr. memperkenlkan tentang The World Wide Web atau laman web. Pelbagai pengertian yang diberikan Dr. iaitu tentang Web Browser, Downloading, Hyperlink. Selain itu, baru aku tahu yang terdapat 11 laman web ni, iaitu portal yang merupakan laman yang menawarkan pelbagai servis internet, Berita, Informasi, Pendidikan, Perniagaan atau pemasaran, Hiburan, Perundangan, Blog, Wikipedia, dan persendirian.

Hidup ni tak pernah sunyi dari dugaan...

Tugasan seterusnya yang perlu dibuat ialah kami perlu mengambil seberapa banyak gambar dan gambar perlu dikaitkan dengan peribahasa atau simpulan bahasa. Arahan dah diterima, jadi kami apalagi, mula lah berposing. Pelbagai aksi dan gaya kami buat. Ada yang memanjat pokok, ada yang duduk di tepi longkang, ada yang melompat di tangga, dan macam-macam kami buat untuk memenuhi satu tugasan. Memang seronoklah. Kalau nak harapkan pose menarik untuk sendiri-sendiri memang tak terbuatlah. Malu! Nasib baiklah ada peluang macam nie.. Dapat juga berlakon dengan pelbagai mimik muka. Gambar dah banyak yang diambil tapi macam tak menarik lagilah, sebab pakaian kami tak sesuai nak beraksi dengan lebih mantap lagi.

Keputusan sepakat dibuat, kumpulan ‘KAMI’ perlu datang fakulti pada hari sabtu untuk bergambar lagi. Dari pagi sampai ke tengah hari jugalah ‘KAMI’ nak dapatkan shoot yang cantik dan memenuhi asas grafik. Di celah ranting pokok bunga, di atas tembok, di celah-celah kereta, bawah kereta, di atas pokok semuanya dicuba semata-mata nak memberi sentuhan yang terbaik.


Mati Katak.....hehe...baik punye pose..



Uittt..peribahasa yang ni aku tak faham arr..korang watpe nie....cam nak terbang jer...oOoo nak capai bintang kot......


Melalui tugasan ini aku dapat belajar menggunakan power point dengan mantap lagi. Sebelum ni, malas nak explore, setakat present biasa-biasa tu tahu la, tapi kalau sampai nak set buat multimedia ni memang tak pernah. Kalau buat pun, biasanya pakai Movie Maker. Bagi aku, kerja explore dalam komputer nie memang payah gak arr nak di buatnya tapi kekadang mendapat kepuasan bila berjaya wat..huhu. Kalau selalu mengelak buat kerja, sampai bila-bila pun kita tak tahu nak buat kerja camni....btul tak??? Setelah slide dan peribahasa digabungkan penghasilannya memang menarik.Tibalah masa untuk membentangkan hasil kerja kami.

Hidup ini tidak sempurna kalau tidak diuji. Sesungguhnya, disebalik sesuatu yang berlaku itu tersingkap pelbagai hikmah disebaliknya. Cuma, manusia sahaja yang kadangkala tidak perasan hikmah yang terjelma itu. Ketika hari pembentangan, kumpulan kami mengalami masalah, ketidakhadiran nine menjadi tanda tanya. Sedangkan Dr. Lizz dah bagi amaran tanpa ahli kumpulan yang tak cukup, kumpulan tersebut tidak dibenarkan membentangkan hasil kumpulan mereka.

Aku dan rakan kumpulan aku yang lain mula risau. Tanpa nine kami tak boleh buat apa-apa. Jam sudah menunjukkan hampir pukul 2. Sekiranya masa tamat dan ada kumpulan tidak sempat bentang, maka markah tak diberi. Akhirnya nine muncul juga, kehadirannya membuatkan semua ahli kumpulan aku lega. Syukur nine dapat sampai. Rupa-rupanyer nine ke hospital untuk rawatannya di Hospital Serdang. Pengorbanan Nine aku dahulukan dengan ucapan terima kasih yang tak terhingga. Walaupun dalam keadaan sakit, dia berusaha juga untuk hadir . Dia terpaksa mengambil teksi dari Hospital Serdang untuk sampai ke kelas. Terima kasih nine untuk persahabatan ini.... Alhamdulillah nine sudah sembuh dan tak perlu makan ubat banyak-banyak lagi.....





Semoga ikatan persahabatan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.....



Ya Allah, perliharalah ukhwah yang terjalin ini...
Tugasan seterusnya kami dikehendaki membuat draf untuk majalah online. Masa tulah bakat-bakat terpendam aku dan rakan-rakan boleh dikesan. Kumpulan aku buat tajuk Makanan dan Khasiatnya. Majalah online tu perlu dilengkapi dengan ilustrasi dan ada unsur multimedia. Jenuhlah kami memikirkan cara nak siapkan tugasan ni. Masa berlalu dengan pantas. Aku dan rakan kumpulan yang lain “terpaksa” menjadikan diri kami kreatif .
kreatif ke budak nie????
Mase melukis memang majalah tu nampak OK lagi, bila tiba part nak mewarna mulalah jadi hancuss!! Kami risau juga kalau kena reject gan Dr. sebabnya Dr. Lizz tak nak kerja yang dihasilkan nanti tanggkap muat jer..mcam cakar ayam, kalau buat juga..siaplah keje tu ke tong sampahlah jawabnye.. Markah kosong

Tuesday, April 7, 2009

KETIKA & KALIMAT-Dr Arbaie....

Masa kelas dengan Dr. Arbaie iaitu seorang lagi pensyarah kursus BDM ni kami perlu membuat papan cerita untuk satu iklan. Sebelum buat tugasan tu kami diberi penerangan tentang Konsep Papan Cerita, Tujuan Papan Cerita, Prosedur Penyediaan Papan Cerita, Masalah Penyediaan Papan Cerita dan macam-macam lagilah.
Ape yang aku dapat lihat, masa kelas Dr. Arbaie ni, budak-budak kelas BDM dah mula ambil tak kisah tentang displin. Ade yang datang lambat dan paling mengecewakan ade sesetengah pelajar yang buat bising time Dr. Arbaie tengah beri penerangan..Hisy tak sopan ar budak-budak ni.

Sebelum mengakhiri kelas, Dr. Arbaie ade bagi tugasan tentang Tsunami, jadi kami kena membuat papan cerita untuk mengambarkan peristiwa Tsunami. Tugasan ni diberi masa seminggu dan perlu dihantar dekat bilik Dr.

Dua minggu lepas tu, Dr Arbaie mengajar lagi untuk kelas kami. Kali ini Dr. Menyatakan luahan hatinya terhadap hasil tugasan yang diberikan kepada kami. Kelihatan Dr.Arbaie agak kecewa dengan hasil yang diberikan walaupun beliau tidak menyebut kumpulan mana-mana, aku juga sedikit tersentuh dengan kata-kata yang berupa nasihat tu. Betul juga apa yang Dr. sampaikan. Semoga nasihat tu menjadi pengajaran kepada semua termasuklah aku.

Kami semua benar-benar minta maaf kerana sikap sambil lewa semasa membuat kerja tu.Masa Dr. Arbaie terang tu rasa macam senang, tapi rupa-rupanya agak susah juga nak menghasilkan sebuah papan cerita yang baik.

KETIKA & KALIMAT-gi wat keje amal.....

Tugasan seterusnya yang aku nak ceritakan ni lagi mencabar kredibiliti kami sebagai seorang pelajar mahasiswa. Tugasan ini merupakan satu projek amal ke rumah anak yatim. Bila dengar je tugasan baru ni, dalam kepala aku dah gambarkan macam-macam perkara yang mungkin berlaku masa menjalankan projek amal ini. Aku rasa teruja hendak menabur bakti di rumah anak yatim dan tak sabar rasanyer nak tunggu masanya nanti.

Aku mula cari kat internet nama-nama rumah anak yatim yang rase-rase boleh kami pilih untuk buat projek tu. Tempat yang dipilih perlulah dekat sikit dengan UPM ni, supaya mudah nak ke sana. Mula-mula aku cadangkan pada kawan-kawan untuk pilih rumah anak yatim kat Bangi jer. Tapi bila dah telefon jea, jawapan yang diberikan mengecewakan kerana diaorang hanya menerima kedatangan dari badan-badan besar sahaja, kalau kumpulan kecil seperti kami ni tidak dibenarkan. Geram jugalah dengan jawapan si penyambut telefon tu cam berlagak pulak dengan nada suaranya yang kasar..:(

Kali kedua ni kami cuba menghubungi rumah kanak-kanak Nur Salam di Chow kit. Walaupun jauh sedikit tapi jawapan yang diberikan membuatkan hati kami separuh lega. Kami perlu menghantar surat untuk menyatakan keinginan kami untuk mengadakan aktiviti di sana. Kerja amal yang kami lakukan ni bergabung dengan satu lagi kumpulan iaitu kumpulan Sin Chan. Ahlinya terdiri daripada Helmi, Din, Hafsyam, Hafiz, Mulhaza, dan fad.. .













Ahli Kumpulan Sin Chan .....


Segala persiapan dirancang dengan teliti. Syukur jugalah kami bergabung dengan group Sin Chan, diaorang ni mudah beri kerjasama dan tak banyak karenahlah. Pada 22 Febuari bersamaan hari Ahad kami pun bertolak ke sana. Kerja amal ini tak semudah yang dirancang. Malam Sabtu kami buat perjumpaan kali terakhir bagi

memastikan kelancaran perjalanan aktiviti. Balik dari perjumpaan, aku, pia dan ting memulakan misi kami iaitu memasak. Kami menawarkan diri tuk sediakan bekal makanan untuk dimakan keesokan harinya. Sebab Dr dah pesan yang kami tak dibenarkan makan dirumah anak yatim tu, walaupun diajak sekalipun kami mesti menolaknyer...

Disebabkan aku hanya ade rice cooker sahaja, jadi menu yang boleh disediakan hanyalah Nasi dengan sambal ikan bilis dan telur goreng. Walaupun masakan kami belum tahap Chef kat hotel tu tapi boleh menangislah sape-sape yang makan, sebabnye masakan yang kami masak ni sedap sangat. Huhu.. :)


hehe....nilah makanan yang kami masak


Seperti dirancang kami akan menyediakan makanan untuk adik-adik kat rumah anak yatim tu. So, seawal 4 pagi kami semua dah bangun untuk buat sandwich telur + mayonis. Yang paling kelakar, aku gan pia tak tidur lansung malam tu. Huhu... mungkin terlalu teruja kot nak pergi ke sana. Alhamdulillah, sampai juga disana, walaupun mulanya kami sesat. Rumah Nur Salam ni merupakan rumah yang menempatkan kanak-kanak yang tinggal di sekitar Chow Kit yang mana terdapat ibu mereka ni, bekerja sebagai Sex Worker. Tapi tak semualah macam tu ade yang kanak-kanak kat situ yang keluarganya kurang berkemampuan di daftarkan ke rumah tu. Rumah Nur Salam ni boleh dikatakan sebagai tempat yang dapat menyelamatkan kanak-kanak di sekitar Chow kit tu dari melakukan aktiviti yang tak berfaedah. Faham-faham jealah kawasan Chow kit tu, macam-macam hal boleh berlaku, sampaikan kes jenayah tu dah dianggap perkara biasa bagi kanak-kanak kat situ.

Setibanya di sana kami disambut oleh pengurus rumah anak Nur Salam, iaitu Encik Asrul atau dikenali dengan panggilan Daddy oleh kanak-kanak di situ. Setelah diberikan sedikit taklimat, kami meneruskan aktiviti. Sebelum tu kami menjamu adik-adik dengan roti sandwich yang kami buat tu, lepas makan barulah aktiviti dimulakan.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti mewarna bagi kanak-kanak yang berusia 8 hingga 12 tahun, Kenali Diri dan Pertandingan teka silang kata bagi kanak-kanak 13 hingga 17 tahun. Aktiviti seterusnya, kanak-kanak ini dibahagikan kepada 5 kumpulan, maka bermulalah aktiviti peribahasa duniaku, kelakar sangat adik-adik ni mengayakan peribahasa yang diuji. Macam-macam gaya yang keluar tuk memudahkan ahli kumpulan meneka jenis peribahasa yang diuji. Memang best ar adik-adik semua. Diaorang tak jadi masalah arr nak meneka peribahasa tu sebabnya dekat sekolah pun ade diajar tentang peribahasa. Berebut-rebut lah mereka nak jawab soalan yang diberikan tu. Huh penatlah layan karenah diaorang, tapi seruis aku cakap, adik-adik kat rumah Nur Salam ni sporting dan best!!!


menemani adik-adik mewarna.....



Tengah bincang sket dengan pengurus(Daddy)....

Sebelum pulang kami ade menyampaikan sedikit cenderahati kepada pihak Nur Salam dan adik-adik yang ada kat situ kami bagi hadiah yang berisi bookmark, pensil, pemadam dan note book. Walaupun hadiah yang kami beri ini tak seberapa tapi kami harapkan adik-adik ini akan memanfaatkan pemberian kami ini sebaik yang mungkin. Dan semoga mereka semua berjaya menjadi seorang manusia yang berjaya sama ada di dunia dan juga di akhirat. Sebelum pulang kami sempat bersama-sama menyanyikan lagu Teman Sejati yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Brothers. Terima kasih adik-adik kerana memberikan kerjasama yang baik kepada kami. Projek amal ini tak habis sampai di situ sahaja, kerana kami perlu membentangkan hasil kerja di hadapan rakan-rakan dan Dr. Lizz. Ternyata pada hari pembentangan Dr.Lizz berpuas hati dengan hasil kerja kami malah Dr terharu melihat persembahan multimedia setiap kumpulan. Siapa tak tersentuh hati bila bersama-sama dengan anak-anak yatim...kecik-kecik lagi sudah kehilangan kasih sayang ayah dan ibu... :(

KALENDERLAH....

Dari awal tadi aku hanya ceritakan tugasan yang aku buat masa kelas jer tau, tak termasuk lagi tugasan untuk tutorial. Kerja tutorial pertama untuk Bahasa Dalam Multimedia ialah membuat kalendar. Kalendar tu haruslah ada gambar masing-masing dan dibuat dengan menggunakan adobe photoshop. Adobe photoshop ni aku mula belajar dengan floormate aku. Tapi tak banyaklah aku belajar, sebab tak sempat.


Belajar adobe photoshop ni tak semudah power point. Sampai saat ni banyak juga alat-alat dalam Photoshop yang aku tak tahu apa fungsinya. Yang asasnya tu tahulah tapi nak tahu semua tu rasanya kena belajar lagi. Kalendar tu aku buat tahun 2009. Syoknya, boleh letak gambar sendiri, gambar famili, gambar kawan-kawan. Selalu tengok kalendar gambar orang lain dan tak tahu pula yang kita boleh buat sendiri dan cetak. Murah pulak tu. Ingatkan seratus lebih, rupa-rupanya hanya RM 27 je....





cun tak???hehe

Sambungan KETIKA & KALIMAT...

Seterusnya kami dikehendaki membuat laman web dengan menggunakan front page. Yang ni merupakan benda baru bagi aku. Aku tak pernah mencuba atau membukanya sekali pun. Hasil tunjuk ajar dari Cik Aliaa, aku dapat belajar cara nak hyperlink dan macam-macam lagi. Boleh dikatakan comel jugalah frontpage yang aku buat tu. Antara item-item yang aku isi pada muka depan tu ialah biodata diri aku, susur galur keluarga, kampung, kenangan, pendidikan, tokoh, renungan dan akhir sekali pasal nukilan yang pernah aku hasilkan.

Bagi aku, pengetahuan untuk membuat laman web ni penting dan merupakan satu kelebihan kalau nak minta kerja. Jadi aku rasa pelajaran yang aku perolehi ini memang bergunalah walaupun agak susah nak menghasilkannya. Tiba hari untuk membentangkan hasil frontpage aku ni tetiba jer gambar ilang dan link yang aku buat tak berfungsi lagi. Menitis air mata aku sekejap bila hasil yang bertungkus lumus aku buat tu tak boleh buka. Mujur jugalah Cik Aliaa datang lambat sikit sebab ada hal, so, dengan bantuan Ting dan Big...Alhamdullillah frontpage tu berjaya dibaiki semula dan berfungsi seperti sedia kala, Cuma adelah bahagian yang ilang kena edit.


Seterusnya, kami perlu membuat blog. Sebelum ni aku memang tak pernah lansung buat blog, sekadar baca blog orang lain tu pernahlah tapi tak terfikirlah untuk belajar nak buatnyer.. Apapun bila ambil subjek ni rupa-rupanya aku kena juga explore benda ni...huhu bleh jadi blogger yang terkenal arr lpas ni yer kawan-kawan..

Dalam blog ni, kami ditugaskan untuk menemuramah seorang tokoh bahasa, ataupun penulis yang mempunyai kepakaran dalam bidangnya. Di fakulti, banyak nama-nama pensyarah tersohor yang boleh aku temuramah. Jadi tak susahlah kerja aku. Aku, nine dan erni sepakat menemuramah Dr Lim Swee Tin. Ade dua perkara sebab aku pilih dia, pertama aku pernah mengambil subjek beliau, dan aku tahu Dr. Lim ni jenis macam mana. Jadi tak susahlan nak bekerja sama nanti. Kedua, aku kagum dengan beliau, walaupun bukan berbangsa melayu tapi kesenian melayu tu dapat dititipkan dengan baik dalam hasil karyanya.















Secara keseluruhannya, aku amat berterima kasih kepada Dr. Normaliza, Dr. Arbaie, dan Cik Aliaa atas segala tunjuk ajar yang diberikan kepada kami semua. Pengisian yang ada dalam kursus ini perlu dikekalkan. Banyak faedahnya. Tiada perkara yang mudah dalam dunia, untuk memiliki ilmu yang bermanfaat ni macam-macam dugaan perlu kita harungi.Terima kasih kepada semua. Semoga kita berjumpa lagi. Sepuluh jari kususun tanda mohon kemaafan atas keterlanjuran aku menulis catatan ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk tu juga darinya tetapi disandarkan kepadaku. Wasalam.