? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Tuesday, April 7, 2009

KETIKA & KALIMAT-Dr Arbaie....

Masa kelas dengan Dr. Arbaie iaitu seorang lagi pensyarah kursus BDM ni kami perlu membuat papan cerita untuk satu iklan. Sebelum buat tugasan tu kami diberi penerangan tentang Konsep Papan Cerita, Tujuan Papan Cerita, Prosedur Penyediaan Papan Cerita, Masalah Penyediaan Papan Cerita dan macam-macam lagilah.
Ape yang aku dapat lihat, masa kelas Dr. Arbaie ni, budak-budak kelas BDM dah mula ambil tak kisah tentang displin. Ade yang datang lambat dan paling mengecewakan ade sesetengah pelajar yang buat bising time Dr. Arbaie tengah beri penerangan..Hisy tak sopan ar budak-budak ni.

Sebelum mengakhiri kelas, Dr. Arbaie ade bagi tugasan tentang Tsunami, jadi kami kena membuat papan cerita untuk mengambarkan peristiwa Tsunami. Tugasan ni diberi masa seminggu dan perlu dihantar dekat bilik Dr.

Dua minggu lepas tu, Dr Arbaie mengajar lagi untuk kelas kami. Kali ini Dr. Menyatakan luahan hatinya terhadap hasil tugasan yang diberikan kepada kami. Kelihatan Dr.Arbaie agak kecewa dengan hasil yang diberikan walaupun beliau tidak menyebut kumpulan mana-mana, aku juga sedikit tersentuh dengan kata-kata yang berupa nasihat tu. Betul juga apa yang Dr. sampaikan. Semoga nasihat tu menjadi pengajaran kepada semua termasuklah aku.

Kami semua benar-benar minta maaf kerana sikap sambil lewa semasa membuat kerja tu.Masa Dr. Arbaie terang tu rasa macam senang, tapi rupa-rupanya agak susah juga nak menghasilkan sebuah papan cerita yang baik.

No comments:

Post a Comment