? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Wednesday, April 8, 2009

KETIKA & KALIMAT....satu tugasan...

"Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah s.w.t. "

Dengan lafaz bismillah, tangan aku dengan pantas menaip kekunci keybord. Jam menunjukkan pukul 2.53 pagi. Walaupun dah terlalu lewat tapi kerja yang aku baru mulakan nie terpaksa juga aku siapkan (kalau tak...nahaslah nanti, tak tahulah hukuman apa yang akan dikenakan kepada mereka yang tak menyiapkan kerja yang diberi J. Masa tinggal beberapa hari sahaja untuk disiapkan, sebelum di hantar ke meja Dr. Siapa ye Dr yang dimaksudkan???? tunggu sampai abis, baru korang semua tahu siapakah geragan Dr yang dimaksudkan...

Hari berganti hari,bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Sekelip mata sahaja tahun 2008 telah melabuhkan tirainya. Masuk sahaja tahun 2009, maka genaplah tiga tahun aku memulakan pengajian aku disini...semester pertama tahun 3, aku lalui seperti biasa,pegi kelas, buat asigment pastu exam dan pastu apelagi cutilah...


Memori terindah..sekejap jer dah nak abiskan.....bila dah grad nnti mesti rindu kat korang semuakan....

Masuk sahaja semester kedua tahun 2009. Aku lagi suka...dah lah semester ni pendek, pulak tu semester ni merupakan sem terakhir untuk aku belajar kat sini..bak kata senior aku yang lepas-lepas..Bila dah final year kelas dah makin sikit, yang lagi best asigment pun dah tak bertimbun cam awal-awal masuk dulu..mane taknyer sampai leh gugur rambut aku sebab asyik wat asigment jer dulu..huhu :0 .

Tapi, yang aku peliknyer, kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari ...Baru betul budak Bahasa Linguistik Melayu. Salah satu kelas yang aku tengah ambil ni ade kena mengena dengan bahasa melayu jugak tapi lagi canggih lah bila digabungkan dengan multimedia...maka nak dijadikan cerita bermulalah kelas Bahasa dalam Multimedia atau lebih ringkasnyer BDM. Yang menariknyer, banyak kenangan yang indah dan sebaliknya bila aku memulakan kelas ni. Kenapa aku cakap macam tu??korang kene bacalah kisah seterusnya...Baru tahu :).

Seronok tapi penat. Dua perkataan ni selalu je berlegar-legar dalam otak aku setiap hari Rabu pukul 2 petang. Masa ni arr kelas ni abis. Inilah kursus yang dalam sejarah aku belajar tiga tahun dekat UPM ni, banyak kerja sampai dah nak abis ni pun kami semua kena buat lagi.Letih jugalah, nak siapkan projek ilmiah lagi, tugasan-tugasan lain. Urgh...memang agak memenatkan....

Dalam keadaan penat tu pun, jauh di sudut kecil ini aku seronok ;). Dari hari ke sehari aku mengikuti kelas ni, ada je benda baru yang aku belajar, siap ade praktikal lagi. Bak kata Dr, kamu akan cepat fahamkalau ade praktikal sekali. Oh yea, ak lupa nak bagitau nama Dr yang aku maksudkan selama ini. Beliau ialah Dr. Normaliza Binti Abdul Rahim.




Nielah Dr ...DR NORMALIZA ABD RAHIM...terima kasih Dr atas setiap ilmu yang Dr berikan pada kami semua...


Masa mula-mula aku dapat tahu nama Dr.Normaliza, adelah kembang sikit aku dibuatnyer, mane taknyer nama Dr cam nama aku gak..huhu..bangga arr sikit...walaupun yang sama hanya part belakang tue jea....liza...huhu famous gak name nie...hahaha. Ok lah sebelum ak citer lebih panjang ape kate aku bagi nama manje untuk Dr..yealah mudah sikit aku nak cerita kat korang semua. Aku nak panggil Dr gan pangilan Dr. Liz..huhu glamor gitu.!!Gempak arr fakulti cam gini..silap2 berita ni akan tersebar di Putra Fm..maaf yea Dr....Jangan Marah:)..

Baiklah, nak citer balik pasal kelas BDM nie, bukan sebarang kelas jgak arr..banyak keunikkannye. Mane taknyer, penyarah yang mengajar kami bukan seorang tau tapi dua orang, nak tau sape lagi sorang penyarah tu...suprise!!!!huhuhu.. Dr yang sorang lagi ni..bukan bunga tetapi kumbang daa... Orangnyer cumel jer...Orang Jawo..Tapi bukan calang-calang orang tau...beliau ialah Dr Arbaie Sujud. Ketua Jabatan Bahasa Melayu. Sentiasa tersenyum je bila masuk kelas. Walaupun hanya sekejap jer kelas Dr. Arbaie, kalau tak silap aku hanya dua kelas jea yang Dr Arbaie masuk tapi banyak juga ilmu yang disampaikannya. Nak tau apa ilmu yang dia ajarkan kepada kami...bacelah sampai abis tau..

Sambung balik cerita kelas yang dikendalikan Dr. Lizz memang aku tak dapat lupekan arr. Mane tak nyer baru kelas yang pertama Dr. dah perkenalkan undang-undang yang semua orang, nak atau tak nak kenelah ikut...pergh dalam kelas pun ade undang-undang jugak yea!!..ape undang-undang Dr. Liz tu??undang-undang tu same cam undang-undang kat jalan raye tu tak??tak pun cam undang-undang zaman kesultanan Melayu Melaka dulu tu...hehehe :).

Ohh...baru aku faham. Sebenarnya undang-undang Dr. Lizz ni taklah teruk sangat cam yang aku cuba bayangkan, cam biase jer...semua Dr kat fakulti ni ade yang gunakan pendekatan cam tu, tapi disebabkan undang-undang ni keluar dari mulut Dr. Lizz, tetiba pulak aku dapat rasakan ade aura yang menjadikan undang-undang ni dah jadi luar biasa. Cubalah kalau nak rasa.J
Undang-undang Dr. Lizz yang pertama ialah berkenaan dengan ponteng kuliah. Masa tu aku taklah takut sangat, senang jer sebabnya aku nie BUKAN jenis yang ‘kaki’ ponteng, jadi, tak de masalahlah. Tapi jauh sudut hati aku, ade gak terfikir yang pendekatan Dr. ni agak marabahaya jugalah, mane taknye kalau tibe-tibe aku tak dapat datang kelas camne??Tetibe Dr.Lizz menambah lagi idea kreatifnyer tu...Idea ni lagilah boleh mendisiplinkan aku dan kawan-kawan seangkatanku. Huhu.. Cantik bangat idea nie. Dalam kelas, kami kena membentuk beberapa kumpulan kecil yang terdiri daripada 6 orang pelajar. Jadi, kalau salah seorang tak datang, maka kumpulan ni tak dapat markah lansung. So, takkanlah nak pentingkan diri sampai menyusahkan kawan-kawan yang lain. Betul tak?

Gambar Hiasan jer...kuikui


Memang tak pernah arr ade budak-budak kelas aku yang nak ponteng pun selepas tu. Kecualilah kalau hal yang tak dapat dielakkan, dan hal tu memang kukuh dan tak goyah-goyah nak dicuit oleh Dr dengan kesahihannya...hehe... Memang tak boleh nak kelentong arr alasan untuk tak hadir ke kelas Bahasa dalam Multmedia ni... :).

Bayangkanlah, kelas aku bermula jam 8 pagi, tempatnye kat fakulti aku ler Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, lepas tue kelas kedua dekat Dewan kuliah pusat, dahlah kelas jauh kena jalan kaki plak (guna bas lagi lambat sampai L). Habis jea kelas kedua, ade banyak masa lagi. Hampir sejam sebelum kelas BDM start, iaitu pukul 12tengah hari. Aku tak pergi kemana-mana pun, ulang alik jealah tunggu kat fakulti tu, jangan ada hatilah nak balik kolej. Bukan apa, risau juga kalau balik kolej, tertidur siapa yang aniaya? Aku? Apa nak jawab kalau kena soal nanti. Tapi yang paling teruk kalau aku tak datang, ialah kawan-kawan akulah...cam tak patutlah pulak kalau aku tak ade nanti, ahli group aku pun tak dapat markah disebabkan kesalahan aku..serupa cam pentingkan diri sendiri ajelah gamaknyerkan..
Undang-undang Dr. Lizz yang kedua ialah tak boleh lambat masuk kelas. Maknanya tak boleh lebih jam 12. Walaupun seminit pun tau!! kalu tak , kenalah berdiri dekat depan tu...haha malu ler dah besor-besor ni kena denda lagi..makin kurenglah saham tu... Nasib baik aku tak pernah kena. Hehe..;)

Macam aku kata tadi, aku tak ada masalah bab kedatangan ni, sebab aku menghabiskan masa aku di fakulti dari jam 8 pagi lagi..Yang kelakar lagi, Dr tak nak orang duduk belakang. Jadi, semua orang WAJIB penuhkan bahagian depan. Sesiapa yang duduk belakang kena ambil nama, dan minggu depan kalau nama naik lagi sebab duduk belakang, markah kumpulan kena potong. Huhu..so berebut-rebutlah datang awal lepas tu kena ‘cop’ tempat duduk. Yang tak tahanyer ada yang ‘cop’ untuk ahli group yang selalu datang lambat. Ni semua untuk memudahkan proses kerja berkumpulan nanti.

Undang-undang yang ketiga ialah buat kerja dalam kumpulan, mesti buat sama-sama. Untunglah aku ni ada kawan-kawan yang memang beri kerjasama yang baik. Memang seronoklah buat kerja. Kalau tak, memang berangin jugaklah...Kumpulan aku ni lain dari yang lain sket..tak ramai group lain yang macam group aku. Haha.. Di sebalik lima orang anak gadis yang manis-manis, terselit seorang jejaka, made in Kelante gitu. Siapalah lagi kalau bukan si Dasuki atau nama glamournyer ‘Big’. Pada mulanya group aku lima orang jer.. aku, Nor fedilah (nine), Farahanum (pia), Nik Rosyaidai (toyak), dengan Farhah (ting). Kami ingatkan nak berlima jer yealah mudah sikit, kami pun dah biasa bersama, takut pulak kehadiran orang baru dalam kumpulan kami nanti akan timbul masalah. Terutamanya kalau dapat ahli baru yang kaki ponteng, habislah kami nanti.




Pantang ade mase....ngan ade camera...pose lagilah tue..mane peace aku???


Ida syazlita @ toyak...Ehh masalah betul bdak nie..ape dia buat tu???

No comments:

Post a Comment