Keputusan sepakat dibuat, kumpulan ‘KAMI’ perlu datang fakulti pada hari sabtu untuk bergambar lagi. Dari pagi sampai ke tengah hari jugalah ‘KAMI’ nak dapatkan shoot yang cantik dan memenuhi asas grafik. Di celah ranting pokok bunga, di atas tembok, di celah-celah kereta, bawah kereta, di atas pokok semuanya dicuba semata-mata nak memberi sentuhan yang terbaik.
Mati Katak.....hehe...baik punye pose..

Uittt..peribahasa yang ni aku tak faham arr..korang watpe nie....cam nak terbang jer...oOoo nak capai bintang kot......
Melalui tugasan ini aku dapat belajar menggunakan power point dengan mantap lagi. Sebelum ni, malas nak explore, setakat present biasa-biasa tu tahu la, tapi kalau sampai nak set buat multimedia ni memang tak pernah. Kalau buat pun, biasanya pakai Movie Maker. Bagi aku, kerja explore dalam komputer nie memang payah gak arr nak di buatnya tapi kekadang mendapat kepuasan bila berjaya wat..huhu. Kalau selalu mengelak buat kerja, sampai bila-bila pun kita tak tahu nak buat kerja camni....btul tak??? Setelah slide dan peribahasa digabungkan penghasilannya memang menarik.Tibalah masa untuk membentangkan hasil kerja kami.
Hidup ini tidak sempurna kalau tidak diuji. Sesungguhnya, disebalik sesuatu yang berlaku itu tersingkap pelbagai hikmah disebaliknya. Cuma, manusia sahaja yang kadangkala tidak perasan hikmah yang terjelma itu. Ketika hari pembentangan, kumpulan kami mengalami masalah, ketidakhadiran nine menjadi tanda tanya. Sedangkan Dr. Lizz dah bagi amaran tanpa ahli kumpulan yang tak cukup, kumpulan tersebut tidak dibenarkan membentangkan hasil kumpulan mereka.
Aku dan rakan kumpulan aku yang lain mula risau. Tanpa nine kami tak boleh buat apa-apa. Jam sudah menunjukkan hampir pukul 2. Sekiranya masa tamat dan ada kumpulan tidak sempat bentang, maka markah tak diberi. Akhirnya nine muncul juga, kehadirannya membuatkan semua ahli kumpulan aku lega. Syukur nine dapat sampai. Rupa-rupanyer nine ke hospital untuk rawatannya di Hospital Serdang. Pengorbanan Nine aku dahulukan dengan ucapan terima kasih yang tak terhingga. Walaupun dalam keadaan sakit, dia berusaha juga untuk hadir . Dia terpaksa mengambil teksi dari Hospital Serdang untuk sampai ke kelas. Terima kasih nine untuk persahabatan ini.... Alhamdulillah nine sudah sembuh dan tak perlu makan ubat banyak-banyak lagi.....
Semoga ikatan persahabatan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.....

No comments:
Post a Comment