? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Tuesday, April 7, 2009

KETIKA & KALIMAT-gi wat keje amal.....

Tugasan seterusnya yang aku nak ceritakan ni lagi mencabar kredibiliti kami sebagai seorang pelajar mahasiswa. Tugasan ini merupakan satu projek amal ke rumah anak yatim. Bila dengar je tugasan baru ni, dalam kepala aku dah gambarkan macam-macam perkara yang mungkin berlaku masa menjalankan projek amal ini. Aku rasa teruja hendak menabur bakti di rumah anak yatim dan tak sabar rasanyer nak tunggu masanya nanti.

Aku mula cari kat internet nama-nama rumah anak yatim yang rase-rase boleh kami pilih untuk buat projek tu. Tempat yang dipilih perlulah dekat sikit dengan UPM ni, supaya mudah nak ke sana. Mula-mula aku cadangkan pada kawan-kawan untuk pilih rumah anak yatim kat Bangi jer. Tapi bila dah telefon jea, jawapan yang diberikan mengecewakan kerana diaorang hanya menerima kedatangan dari badan-badan besar sahaja, kalau kumpulan kecil seperti kami ni tidak dibenarkan. Geram jugalah dengan jawapan si penyambut telefon tu cam berlagak pulak dengan nada suaranya yang kasar..:(

Kali kedua ni kami cuba menghubungi rumah kanak-kanak Nur Salam di Chow kit. Walaupun jauh sedikit tapi jawapan yang diberikan membuatkan hati kami separuh lega. Kami perlu menghantar surat untuk menyatakan keinginan kami untuk mengadakan aktiviti di sana. Kerja amal yang kami lakukan ni bergabung dengan satu lagi kumpulan iaitu kumpulan Sin Chan. Ahlinya terdiri daripada Helmi, Din, Hafsyam, Hafiz, Mulhaza, dan fad.. .













Ahli Kumpulan Sin Chan .....


Segala persiapan dirancang dengan teliti. Syukur jugalah kami bergabung dengan group Sin Chan, diaorang ni mudah beri kerjasama dan tak banyak karenahlah. Pada 22 Febuari bersamaan hari Ahad kami pun bertolak ke sana. Kerja amal ini tak semudah yang dirancang. Malam Sabtu kami buat perjumpaan kali terakhir bagi

memastikan kelancaran perjalanan aktiviti. Balik dari perjumpaan, aku, pia dan ting memulakan misi kami iaitu memasak. Kami menawarkan diri tuk sediakan bekal makanan untuk dimakan keesokan harinya. Sebab Dr dah pesan yang kami tak dibenarkan makan dirumah anak yatim tu, walaupun diajak sekalipun kami mesti menolaknyer...

Disebabkan aku hanya ade rice cooker sahaja, jadi menu yang boleh disediakan hanyalah Nasi dengan sambal ikan bilis dan telur goreng. Walaupun masakan kami belum tahap Chef kat hotel tu tapi boleh menangislah sape-sape yang makan, sebabnye masakan yang kami masak ni sedap sangat. Huhu.. :)


hehe....nilah makanan yang kami masak


Seperti dirancang kami akan menyediakan makanan untuk adik-adik kat rumah anak yatim tu. So, seawal 4 pagi kami semua dah bangun untuk buat sandwich telur + mayonis. Yang paling kelakar, aku gan pia tak tidur lansung malam tu. Huhu... mungkin terlalu teruja kot nak pergi ke sana. Alhamdulillah, sampai juga disana, walaupun mulanya kami sesat. Rumah Nur Salam ni merupakan rumah yang menempatkan kanak-kanak yang tinggal di sekitar Chow Kit yang mana terdapat ibu mereka ni, bekerja sebagai Sex Worker. Tapi tak semualah macam tu ade yang kanak-kanak kat situ yang keluarganya kurang berkemampuan di daftarkan ke rumah tu. Rumah Nur Salam ni boleh dikatakan sebagai tempat yang dapat menyelamatkan kanak-kanak di sekitar Chow kit tu dari melakukan aktiviti yang tak berfaedah. Faham-faham jealah kawasan Chow kit tu, macam-macam hal boleh berlaku, sampaikan kes jenayah tu dah dianggap perkara biasa bagi kanak-kanak kat situ.

Setibanya di sana kami disambut oleh pengurus rumah anak Nur Salam, iaitu Encik Asrul atau dikenali dengan panggilan Daddy oleh kanak-kanak di situ. Setelah diberikan sedikit taklimat, kami meneruskan aktiviti. Sebelum tu kami menjamu adik-adik dengan roti sandwich yang kami buat tu, lepas makan barulah aktiviti dimulakan.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti mewarna bagi kanak-kanak yang berusia 8 hingga 12 tahun, Kenali Diri dan Pertandingan teka silang kata bagi kanak-kanak 13 hingga 17 tahun. Aktiviti seterusnya, kanak-kanak ini dibahagikan kepada 5 kumpulan, maka bermulalah aktiviti peribahasa duniaku, kelakar sangat adik-adik ni mengayakan peribahasa yang diuji. Macam-macam gaya yang keluar tuk memudahkan ahli kumpulan meneka jenis peribahasa yang diuji. Memang best ar adik-adik semua. Diaorang tak jadi masalah arr nak meneka peribahasa tu sebabnya dekat sekolah pun ade diajar tentang peribahasa. Berebut-rebut lah mereka nak jawab soalan yang diberikan tu. Huh penatlah layan karenah diaorang, tapi seruis aku cakap, adik-adik kat rumah Nur Salam ni sporting dan best!!!


menemani adik-adik mewarna.....



Tengah bincang sket dengan pengurus(Daddy)....

Sebelum pulang kami ade menyampaikan sedikit cenderahati kepada pihak Nur Salam dan adik-adik yang ada kat situ kami bagi hadiah yang berisi bookmark, pensil, pemadam dan note book. Walaupun hadiah yang kami beri ini tak seberapa tapi kami harapkan adik-adik ini akan memanfaatkan pemberian kami ini sebaik yang mungkin. Dan semoga mereka semua berjaya menjadi seorang manusia yang berjaya sama ada di dunia dan juga di akhirat. Sebelum pulang kami sempat bersama-sama menyanyikan lagu Teman Sejati yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Brothers. Terima kasih adik-adik kerana memberikan kerjasama yang baik kepada kami. Projek amal ini tak habis sampai di situ sahaja, kerana kami perlu membentangkan hasil kerja di hadapan rakan-rakan dan Dr. Lizz. Ternyata pada hari pembentangan Dr.Lizz berpuas hati dengan hasil kerja kami malah Dr terharu melihat persembahan multimedia setiap kumpulan. Siapa tak tersentuh hati bila bersama-sama dengan anak-anak yatim...kecik-kecik lagi sudah kehilangan kasih sayang ayah dan ibu... :(

No comments:

Post a Comment