? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Wednesday, April 8, 2009

Macam-macam ada...cam astro plak....:)

Selain tugasan yang perlu dibuat ketika kelas, kami kena juga menghadirkan diri untuk kelas tutorial selama dua jam. Pada mulanya kami ingatkan Dr tersilap cakap yang kelas tutorial 2 jam. Sebabnya subjek BBM 3410 ni 3 jam je, so setahu aku dan rakan-rakan kalau kelas sudah dua jam, maka tutorial hanya sejam sahaja.

Rupa-rupanyer ini bukan satu kesilapan tetapi satu kenyataan daa..huhu..Nama perlu di isi untuk masuk kelas tutorial. Aku, pia, ting, nine, toyak dan Big sepakat nak pilih hari khamis petang untuk tutorial. Kenapa khamis???sebab kami tak banyak kelas jadi relekslah taklah tension nak pegi kelas tutorial nanti.

Kelas tutorial dikendalikan oleh dua orang pengajar iaitu Cik Nurul dan Cik Aliaa. Kelas tutorial tak banyak beza dengan kelas Bahasa Dalam Multimedia tu. Masa menjadi agenda terpenting yang perlu dititikberatkan oleh semua orang. Namun ada satu je peraturan yang berbeza iaitu masa kelas tutorial, kehadiran tidak diambil mengikut kumpulan. Sekiranya ada individu yang tak datang, markah dia sahaja yang terjejas tanpa melibatkan ahli kumpulan yang lain. Kelas tutorial aku diajar oleh Cik Aliaa. Garang jugalah tapi yang bestnyer Cik Aliaa, kalau kami tak faham dia tak lokek ilmu untuk berkongsi dengan kami.

nielah cik Aliaa....tutor aku....cik Aliaa best!!! thanks segala tunjuk ajar yang diberi....Opps!! lg satu Cik Aliaa nak pinjam keta belh tak...??keta cik Aliaa gempak tu..:)


Aku seronok sangat masuk kelas tutorial. Macam macam ilmu yang aku dapat. Tapi masa kelas tutorial tu membuatkan aku dan rakan-rakan CAPIK. hehe sebab kami terpaksa mengejar masa untuk solat asar sebelum masuk kelas tutorial. Kelas bermula pukul 5 petang. Adakalanya waktu Asar masuk pukul 4.45 jadi terpaksalah kami mengejar masa. Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam keadaan kerugian kecuali orang beriman, orang yang beramal soleh, dan orang yang berpesan-pesan kepada kebenaran (Surah Al Ashr).

Berbalik pada cerita pembelajaran di kelas, kali ini pembelajaran tentang teori sahaja. Maka apabila Dr. Lizz paparkan slide power pointnyer, rakan-rakan pun berebut-rebutlah ambik gambar. Dr. memperkenlkan tentang The World Wide Web atau laman web. Pelbagai pengertian yang diberikan Dr. iaitu tentang Web Browser, Downloading, Hyperlink. Selain itu, baru aku tahu yang terdapat 11 laman web ni, iaitu portal yang merupakan laman yang menawarkan pelbagai servis internet, Berita, Informasi, Pendidikan, Perniagaan atau pemasaran, Hiburan, Perundangan, Blog, Wikipedia, dan persendirian.

No comments:

Post a Comment