? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Wednesday, April 8, 2009

BERAT SAMA DIPIKUL RINGAN SAMA DIJINJING.....

Seingat aku permulaan bagi pelajaran yang di ajar oleh Dr. Lizz ialah tentang asas grafik. Terdapat lima jenis asas grafik iaitu kesesuaian, keseimbangan, mudah, warna dan yang akhir sekali ialah teks. Menurut Dr. Lizz keseimbangan itu perlu ada pada saiz dan gambar sesuatu grafik. Selain itu, grafik yang dihasilkan hendaklah mudah difahami makna yang ingin disampaikan. Melalui ciri warna pula, hendaklah tidak terlalu penuh dengan warna warni dan yang paling penting sekali ialah teks yang dimasukkan perlu seimbang dari segi jenis, warna dan huruf. Sebelum berakhirnya kelas hari tu, Dr dah pesan pada kami semua, pelajaran minggu depan akan dibuat secara mempraktikkan ilmu yang kami baru belajar tu.

So, minggu seterusnya tu kami kena sediakan beberapa bahan yang telah dipesan Dr. iaitu, mounting board enam keping, reben 1/3 inci ½ meter, majalah terpakai, gunting, UHU stick dan puncer. Masa tu terfikir jugaklah nak buat apa dengan benda-benda tu, tapi yang pastinya mesti kena potong dan lekatkan bahan-bahan yang ada dalam majalah tu.

Betul jugalah tekaan aku, kami disuruh melekatkan iklan-iklan yang terdapat dalam majalah ke mounting board yang telah dibawa. Iklan-iklan tersebut mestilah mempunyai asas grafik yang telah dibincangkan. Maka, jenuh jugalah aku dan ahli group bertungkus-lumus hendak menyiapkannya.

Dr. Lizz memang teliti dan mementingkan kekemasanlah orangnya. Mana taknya kerja yang kami hasilkan ni tak boleh ada bahagian yang gam tu menggelembung dan mounting board tu tak boleh kotor-kotor dengan kesan gam. Maksudnya iklan-iklan tersebut perlu digam dengan kemas. Pukul 1 petang kami mula buat dan disuruh hantar pukul 2 petang. Kalau lewat tak ada markah. Maka, bergelutlah masing-masing. Risau juga tak dapat nak siapkan. Nama setiap ahli kumpulan beserta nombor matrik pun perlu dilekatkan dengan menggunakan bahan-bahan di majalah.

Penat! Tapi best juga arr haritu. Dah lama aku tak buat aktiviti cam gini. Rasanyer..benda cam gini aku pernah buat masa aku tadika dulu.Mengulit kenanganlah kiranya aku dengan kawan-kawan. Tapi bila buat dalam keadaan yang tertekan sebab nak cepat siap, jadi ade jugalah dengar rungutan dari kumpulan yang lain. Nombor-nombor di majalah kecil-kecillah, ada yang hilang, terpaksa gunting semula dan lekatkan balik.

Akhirnya, siap juga. Kumpulan ‘KAMI’ siap awal gitu..huhu berkat kesabaran ahli kumpulan. Kerja yang rumit pun menjadi mudah..‘ Kerjasama dari setiap ahli pasukan akan meringankan kerja yang berat ’..Itulah pengalaman yang dapat aku kutip hari itu selain ilmu untuk menilai asas grafik pada iklan. Hehe lepas ni bolehlah bagi komen kat iklan-iklan yang aku jumpa. Selesai kerja, semua berlari-lari ke bilik Dr. Lizz untuk menghantar tugasan.



Ni salah satu tugasan dari "KAMI" yang nak antar kat Dr.Lizz...huhu posing dulu k..

Ehhh...cik pialova pun ade gaklah....

No comments:

Post a Comment