? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Saturday, July 21, 2012

Apa rasa bile lihat kawan kita berjaya???


LebaiMacho_18: Padil, dulu kan… Aku memang boring tengok kau.

PadilDotCom: Kau dah kenapa?

LebaiMacho_18: Sebab hidup kau sentiasa berjaya.

PadilDotCom: Ehh takde jugak. Masa aku susah kau tak perasan. Masa usaha tu memang teruk… Tapi kenapa kau nak boring lak?

LebaiMacho_18: Kau usaha dan aku pun usaha jugak. Tapi kenapa kejayaan kau lebih banyak dan lebih jauh daripada aku? Tapi tu dulu la. Sekarang dah takde la. Aku dah fikir rasional.

Sincan: Kau fikir macam mana Lebai? Aku sendiri pun kadang-kadang ada rasa macam tu jugak. Bila kita tengok kawan kita sendiri berjaya, timbul macam-macam rasa.


Bila baca perbualan kat atas ni, pasti ada hati kecil yang terpaksa mengaku yang diri kita juga ada rasa cemburu dan sedih melihat kejayaan orang lain, lebih teruk pula ada

yang cuba menjatuhkan kejayaan yang dimiliki oleh kawan-kawan sendiri.

Nielah lumrah atau naluri semula jadi seorang manusia yang sentiasa menginginkan yang terbaik buat dirinya. Hanya mereka yang tidak ada nilai-nilai murni atau tidak normal sahaja yang tidak memiliki rasa iri hati atau cemburu melihat kejayaan seseorang.

Sebenarnya rasa iri hati ini berpunca daripada nafsu manusia yang sifatnya berkehendak, berkemahuan atau berkeinginan. Keinginan dan kemahuan kadangkala muncul dari dalam diri atau pemikiran sendiri. Tetapi ia lebih kuat datangnya daripada apa yang terhasil daripada orang lain. Apatah lagi ia berlaku berhampiran dengan diri kita sendiri. Bak kata orang, selalunya manusia lebih menginginkan apa yang ada di tangan orang lain. Lebih tertarik dengan apa yang orang lain miliki.

Selagi belum dapat, selagi itulah dia menginginkan dan lebih buruk lagi sekiranya dia bakarkan keinginannya dengan iri hati. Sedangkan apabila benda yang diinginkan itu sudah menjadi miliknya pasti ia tidak lagi menarik perhatiannya.


“Di antara doa yang paling makbul adalah doa seorang kawan kepada kawannya sedangkan kawannya yang didoakan itu tidak mengetahui. Berdoalah untuk kejayaan seorang sahabat."

;)

No comments:

Post a Comment