1cawan tepung gandum ,
2 cawan tepung sagu ,
1 setengah gelas gula halus,
3 biji kuning telur
1 sudu teh baking powder,
1 sudu teh esen vanilla,
Marjerin/mentega ikut basah,
Kelapa kering ikut suka
Cara membuatnya
1.Pukul mentega dan gula sampai kembang. Kalau nak guna sikit, guna mentega.Kalau nak guna banyak, guna marjerin.
2.Masukkan kuning telur satu persatu,esen vanilla ,pukul lagi.
3.Dalam masa yang sama ,ayak tepung gandum dan baking powder bersama.Masukkan dalam mangkuk adunan tadi .Masukkan tepung sagu dan kelapa kering. Ulikan doh sehingga sebati.
4. Kemudian boleh canai doh dan guna acuan pelbagai bentuk. Golekkan/salutkan dengan kelapa kering sebagai hiasan.
5.Boleh bakar dalam oven, suhu dalam 140 celcius. Kalau suhu rendah boleh naikkan.Ikut oven jugak sebenarnya.
No comments:
Post a Comment