? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Wednesday, July 18, 2012

JAWATAN KOSONG !!!


Untuk makluman anak melaka yang mencari-cari pekerjaan di Melaka...terdapat pelbagai jawatan kosong yang menarik telah di buka oleh PERPUSTAM (PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM MELAKA) tarikh tutup 30 Julai 2012..sebarang keterangan lanjut sila datang ke PERPUSTAM sendiri..
Jualan Borang RM 2.oo / 1


MENAIPLAH DALAM KEADAAN TENANG DAN WANGI


Apabila anda menulis entri di dalam blog atau komen contohnya di FB, tweeter, pastikan atau kalau boleh elakkan dari menggunakan huruf besar. Huruf besar ini sebenarnya punyai maksud sendiri dalam bidang penulisan.

Cuba bayangkan anda menerima SMS yang ditulis dalam tulisan huruf besar. Apa yang anda rasakan? Tulisan dengan huruf besar dalam penulisan bermaksud anda sedang menegaskan, menjerit atau tengking, ia seolah seandainya diucapkan, anda perlu ucapkan dengan nada tegas, bersuara lantang dan kuat.

Dengan penggunaan huruf besar dalam blog, ia seolah macam kita sedang menulis dalam keadaan marah .... hmmm ... ... andai nak tulis entri yang best, tulis dalam keadaan tenang dan wangi ... :)

Tulisan yang relaks dengan penggunaan huruf besar kecil yang betul pasti akan menyenangkan orang untuk membacanya.


Sumber Asal: Panduan Menulis Blog | Elak Guna Huruf Besar Dalam Menulis Entri | hasrulhassan.com Under Creative Commons License: Attribution Share Alike Follow us: @hasrulhassan on Twitter | bloghasrulhassan on Facebook












UJIAN PERSONALITI...


Ada 5 perkara berlaku serentak. Yang mana anda akan buat dulu?????

1.Air mendidih kat dapur.
2.Air paip melimpah kat bilik air.
3.Bayi menangis.
4.Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.

Ok dah jawab ke???bagi menilai ujian personaliti anda , di bawah ni tersedia bagi setiap jawapan yang anda pilih..
cuba renung-renungkan ...

* Kalau anda memilih untuk menutup air mendidih : menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan 'si dia' untuk membimbing anda.

* Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air: menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta. Dengan erti kata yang lain anda ni jenis mata duitan, pisau cukur.. dan seangkatan dengannya..

* Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang. Wow...

‎* Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi: menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda. Apa-apa pon budi bahasa budaya kita....

‎* Kalau anda memilih untuk membuka pintu : menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti

Monday, July 16, 2012

AKU RINDU SAYANG KAMU....


"Selagi belum ada ikatan , 10 kali jumpa pun belum tentu puas"

Jom cuba buat "cheese tart"

2 Bulan lepas, adalah sepupu jauh mak melansungkan ikatan pertunangan ...dan kebetulan diberinya kami rasa chesse tart...dan kebetulan juga masa terlibat dengan outcome di gadek dapat cenderahati cheese tart lagi..huhu bape banyak kebetulan lah nie...jadinya disebabkan kesedapan cheese tart ni...terasalah nak cuba membuatnya..huhu semoga menjadi ...amin..nyummy2 x sabarnya..

Bahan-bahan ( ~ 60 - 70 biji bergantung pada saiz tart )

  • Sugar Dough (asas buat tart)
  • 250g butter
  • 1 cawan gula kastor
  • secubit garam(Jika guna majerin tak payah bubuh)
  • 600g tepung gandum
  • 2 biji telur (apa2 gred tapi biasa guna gred B)
  • Cheese filing tart
  • 250g cream cheese
  • 70g gula kastor
  • 1 biji telur
  • sedikit coffe @ coklat emalco( ikut suka utk lorekan)
  • 2 - 3 sudu besar susu cair

Cara-cara

  1. Untuk sugar dough. - Putar butter dengan gula hingga kembang kemudian baru masukkan telur sebiji sebiji pukul lagi hingga kembang dan ringan.
  2. Masukkan tepung dan gaul rata hingga jadi doh. Ketika mencanai pastikan baki doh di tutup dengan kain @ plastik coz cepat keras bila kena angin.
  3. Terapkan dan bentukkan dalam bekas tart berbentuk macam kat kedai tu..(lanser dengan sikit marjerin dasar bekas tart agar tak melekat...
  4. Tekan sikit dasarnya agar berbentuk cantik.
  5. Bakar dalam oven hingga sedikit kekuningan jangan sampai garing. ~ 20 minit.( Boleh buat awal dan simpan dalam bekas kedap udara)
  6. Cara buat Cheese filing tart.( Ketika menunggu pastery cup masak bolehlah buat cheese filing ni)
  7. Putar cheese, gula, susu cair dan telur hingga licin.
  8. Masukkan @ paipkan dalam pasteri cup dan bubuh sedikit coffe flavour @ apa2 yg disukai..lorekkan ikut kreativiti..Bakar semula kira-kira 10 ~ 15 minit..hingga cheese tu tak melekat.

k.e.n.d.u.r.i

"Bila buat kenduri yang paling terkesan ialah D.E.I.T aku...sebabnya lauk yang ada terlalulah special dari hari2 yang biasa.

Kali ni kenduri sebab nak sambut kedatangan bulan Ramadhan,
kalau sebelum nie , masa arwah nenek ada...kenduri sambut bulan ramadhan ni akan di buat kat rumahnya, tapi sejak arwah tak ade ..rumah aku dah jadi rumah tua, seronoknya ramailah yang datang, walaupun adik beradik mak hanya seorang jerk ( sepatutnya 3,arwah pak ngah meningal ,masa aku darjah 3) so hanya busu jealah yg ade pon...nasib baik keluarga busu ramai..so meriah tak hingat..huhu

Menu kali nie...cukup lengkap..
1.Ayam masak kari
2.Udang masak sambal tumis
3.Sotong goreng berlada (resepi dr google)
4.Sayur Campur
5.Kuah lodeh
6. Yang paling mendapat sambutan 'ikan siakap bakar' dan kuah cili resepi turut dari hasil google.....


Tq gOOgle ..

Selamat Menyambut kedatangan Ramadhan yang di nanti...


Sunday, July 8, 2012

PUASA, HARI RAYA, & PERTUKARAN STATUS SECARA RASMINYA...

Asalamualaikum semua...

Apa khabar kalian , harap sangat semuanya berada dalam keadaan sihat ceria sentiasa...
sudah beberapa bulan di tinggalkan 'bingkisan cahaya' ini tak penghuni..sebenarnya banyak sangat info yang nak dikongsikan cuma kesempatannya yang tiada...

Huhu terlalu owesome dengan meletakkan tajuk besar kat atas tue..huhu bukan apa cuma saja nak bagi peringat siket akan hari-hari yang bakal memberikan seribu pengertian dalam hidup ini, Yang pasti masa yang berlalu tidak akan pernah menjenguk kita kembali hanya kenangan sahaja yang akan menjadi peneman.. jadi hari-hari yang mendatang haruslah kita hargai semoga menjadi kenangan yang terindah..hehehe


Yang pasti 19/ 20 Julai 2012 ( belom pasti tarikhnya, so kena tunggu pengumuman mohor besar raja-raja Okey!!)semua umat islam akan bersama-sama menunaikan tanggungjawab berpuasa di bulan Ramadhan, rasa kerinduan menggamit apabila menggenangkan memori menyambut kenangan..biarlah ianya tersimpul rapi.


Yang penting niatkan di dalam hati semoga Ramadhan yang akan datang ini lebih baik dari Ramadhan yang lepas meliputi segala aspek, cth cara beribadat, keihklasan hati , dan kesedarhanaan dalam berbelanja ...

Huh!!!! nak continue cerita seterusnya , ermm macam tak sesuai jerkk..sebab belum lagi merasa bahangnya berpusa maka dengan ini cerita tentang hari raya dan cerita-cerita lain perlulah di tangguhkan buat seketika waktu...kecuali kalau ada ent
ri yang rasa nak di selitkan-selitkan mungkin wajarlah kan..huhu

SELAMAT MENYAMBUT KAHADIRAN RAMDHAN YANG DI NANTI.....