? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Thursday, May 5, 2011

~jemputlah ke rumah~

Salam...

Tujuh golongan yang akan mendapat lindungan Allah di akhirat kelak... dan salah satunya adalah mereka yang bertemu dan berpisah kerana Allah swt...

Pada abad ini dan abad-abad yang lalu... kita sering menjadi ahli dalam beberapa pertemuan... pertemuan yang pelbagai maksudnya... ada pertemuan kerana mengeratkan silaturrahim, pertemuan kerana perniagaan, pertemuan kerana itu dan ini.... di situ di sini dan di sinun...




Tadipun kita ada pertemuan, sebentar lagi pun kita ada pertemuan... dengan siapa kita bertemu... untuk apa... dan mengapa kite pun kurang periksa...

Namun yang pastinya:

*Orang islam akan jadi bertambah mulia apabila ada orang yang datang ziarah dia.

*Ziarah orang islam adalah satu Sunnah Nabi yang besar!, dan juga merupakan ibadat semua Nabi dan Rasul.., ini bukan kerja orang tabligh waktu petang atau orang Pas waktu pilihanraya atau orang Umno waktu dekat nak mengundi, bukan!!

*Di beritakan pada hari kiamat, Allah akan himpunkan semua manusia di satu padang yang sangat luas dan panas, iaitu padang Mahsyar,Tapi ada janji Allah yang akan meletakkan manusia yang suka buat ziarah dan suka diziarahi di bawah tepat yang teduh lagi aman, satu satunya tempat berlindung iaitu arashy Allah.., tapi syarat ziarah itu bukanlah kerana nak pinjam cangkul atau kicap, atau nak pinjam tangga, lesung, pijama dan sebagainya, tapi ziarah yang semata mata kerana Allah, bertemu dan berpisah semata mata kerana Allah, baru layak duduk lepak bawah Arasy…

*Dalam kubur ada satu soalan dalam kubur yang akan ditanya malaikat Mungkar yang mana jika tak dapat jawab akan kena azab oleh Malaikat Nakir iaitu: “Siapa saudara kamu?”

Nak jawab “semua orang islam saudara saya” nampak macam mudah, tapi jawapan tu bukan secara teori, kena ada praktikal, maka untuk itulah kite kena berziarah..


Maka aku yang selalu menzalimi diri aku ini... penuh dengan dosa dan noda, memerlukan pertemuan yang mana bertemu dan berpisah kerana Allah...

Jemput lah kerumah... jangan sekali, jangan dua kali... berkali-kali... takut aku mati tak der pulak yang datang ke rumah aku...

No comments:

Post a Comment