? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Monday, May 2, 2011

~Niatlah penentu segalanya~

Tahun ini ramai benar rakan-rakan yang telah menamatkan zaman "bujang"...ermm bertalu-talu kad jemputan di terima...yang pastinya..hati kecil ini tak terlepas dari berdetik, bile pula majlis aku???...dan sewaktu dengan itu sudah pastinya bila menghadiri majlis ini..muncullah rakan2 yang terlalu prihatin bertanyakan tentang diri..huahua..sapelah yang tak kahwin...tapi apakan daya..!!!!... Ermm berbalik kepada ikatan sebuah perkahwinan ini, jika kite perhalusi bukan mudah sebenarnya..dan yang pasti bagi mereka yang berjaya...syukur alhamdulillah ...“Semoga Allah memberi barakah bagi kamu dan memberkati keluarga kamu, dan mengumpulkan kamu dalam kebaikan dan kepada kebaikan.” Tapi bagi yang macam aku ni, yang asyik menanti dan terus menanti..masih banyak lagi yang perlu aku dan yang sewaktu denganku melihat balik simbolik di sebalik sebuah perkahwinan..terutamanya niat kitelah..bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur, tapi kalau dah terlajak memilih pasangan ...hehehe..masam, pahit, manis terpaksalah kite terima... Jadi apkah niat sebenar dari kelansungan sebuah perkahwinan yang saya, saudara, atau saudari inginkan????? * Jika asas perkahwinan adalah kerana seks, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan. * Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis. * Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut. * Jika asas perkahwinan kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir. * Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya. * Jika asas perkahwinan kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi. * Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka, tidak ada alasan apa pun di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga sekiranya pemilihan kita bersandarkan cinta kita pada Allah kecuali jika pasangan menderhakaiNya. "Kebahagiaan dalam perkahwinan mesti dimulakan dengan langkah yang pertama iaitu pemilihan yang tepat! Pemilihan tepat perlukan kriteria pemilihan. Kita perlu bertindak dengan berhati-hati dan cermat dalam membuat pilihan agar tidak tersalah pilih. Ingatlah bahawa Allah memakbulkan permintaan kita menurut kehendak ‘niat’. Jika kita menginginkan jodoh baik, mula dari diri sendiri menjadi baik dan carilah di tempat baik pula."aku memang bersetuju dgn statement nie, jd inilah yang membuatkan aku sentiasa berkira-kira memilih si Dia, namun perancangan Allah adalah yang terbaik... Diriwayatkan daripada Umar bin Khattab bahawa Rasulullah bersabda bersabda bermaksud: “Pahala perbuatan itu tergantung niatnya, setiap orang akan mendapat pahala sesuai dengan niatnya. Sehingga, sesiapa saja yang berhijrah kerana Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya bernilai di sisi Allah dan rasul-Nya, dan sesiapa saja berhijrah kerana keuntungan dunia atau kerana untuk menikahi wanita, maka yang diperolehnya hanya terbatas apa yang diniatkannya.” (Hadis riwayat Bukhari). Rasulullah bersabda bermaksud: “Orang mengahwini wanita kerana empat perkara iaitu hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Oleh itu, carilah wanita yang mempunyai agama (kerana kalau tidak) binasalah dua tanganmu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Hadis itu tidak hanya merujuk kepada pihak lelaki, malah wanita dalam memilih calon suami. Oleh kerana Rasulullah tidak merumuskan bentuk tertentu daripada perkataan binasa, berkemungkinan besar yang dimaksudkan ‘binasa’ adalah penderitaan batin kerana ketegangan yang berlaku akibat salah memilih teman. Janganlah terpedaya dengan keindahan fizikal dan duniawi semata-mata dan mengaburkan tujuan perkahwinan yang sebenarnya iaitu penyempurnaan ketakwaan kepada Allah. Jodoh memang sudah ditetapkan Allah, tetapi sesuai dengan hukum-Nya, Allah tidak akan menjodohkan seseorang yang soleh dengan seorang penzina. Jika ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka mulalah dengan memperbaiki diri sendiri kerana Allah menetapkan takdir, bahawa:” (Lazimnya) perempuan yang jahat untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih daripada (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (daripada Allah) dan pengurniaan yang mulia. “(Surah an-Nur, ayat 26)Bagaimanakah kita akan mendapat pasangan sebaik Saidatina Siti Khadijah atau Siti Fatimah jika tidak sebaik Rasulullah atau Saidina Ali. Semoga pemilihan yang berdasarkan kepada kriteria di atas akan mendapat kebahagiaan hakiki di dunia dan akhirat. Sekian… semoga kita sentiasa dipertunjukkan dengan "jalan"yang benar.. ~
Ya Allah jangan Kau bolak-balikkan hati kami setelah Kau berikan kami hidayah dan petunjuk mu~

No comments:

Post a Comment