2- Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering. ( ulam petai boleh tak???hihihi)
3- Elakkan minum air berkarbonat kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis. ( baru tadi pegi KFC....ermmm pasni request sky juice jelah..hohoho)
aduh terpaksa dilupakan seketika waktu... |
5- Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)...(dh 2 bulan skip makan nasi tau)
6- Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.( udang , ketam, sotong,,x boleh ehh???)
7- Amalkan makan telur ayam kampung 2 kali seminggu yang dicampur madu dan ada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga. (erkk...x suka ..tapi En tunang suka sangat telur setengah masak...x boleh terima uwerkkk!!!)
8- Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia utk membuang angin. (prooOOttt...opsss)
9- Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin. ( dah lama tak beli air soya, rasa dh anti air soya plak!!!!
10- Elakkan minum minuman keras dan merokok. ( OHHH nasib baik en tunang bebas asap rokok, alhamdulillah)
11- Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan. ( Jamu???alamak pahit ngakk??? )
12- Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.
13- Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.
14- Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.
15- Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.
16- Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.
17- Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.
18- Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.
19- Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.
