? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Tuesday, March 31, 2009

*BIOGRAFI PROFESOR. DR. LIM SWEE TIN


Lim Swee Tin dilahirkan pada 26 September 1952 di Bachok, Kelantan. Beliau membesar dalam kalangan masyarakat Melayu. Dengan itu, tidak menghairankan jika beliau dan keluarganya amat fasih berbahasa Melayu. Dengan kefasihan bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu mendorong beliau menulis dan mencipta karya terutama puisi dalam bahasa ini. Ternyata, usahanya berhasil sehingga beliau dikenali sebagai penulis bukan Melayu yang cukup menonjol dan mendapat tempat di akhbar dan majalah, malah sering pula memenangi hadiah-hadiah penulisan. Dr.Lim Swee Tin sebenarnya berdarah campuran. Bapanya, Lim Swee Poh, suku Hokkien berasal dari Chou An, Fujien, China, manakala ibunya Khe Utt Eh Di berketurunan Thai yang sudah menetap sejak beberapa generasi di Bachok, Kelantan.



Tahun 2009 ini genaplah tiga puluh enam tahun Dr. Lim Swee Tin dalam bidang penulisan kreatif ini.. Jangka masa ini dikira, berdasarka puisi pertama, "Seorang Anak Kecil" yang termuat dalam Mingguan Malaysia, 14 Oktober 1973. Bermula dengan keghairahan anak muda yang 'gila' berkarya (beliau merasakan fenomena itu biasa akan berlaku dalam kalangan penulis baru)- beliau mula memikirkan bahawa menulis (mengarang )sebagai tanggungjawab.Demikian masa berubah , kematangan juga sudah berbeza, nawaitu pun berlainan, menjadikan kerja mengarang bukan sahaja semakin rumit, malah perlu lebih berhati-hati. Kalau dahulu kata beliau, pantang "disapa" "idea", "darah seni" terus tersirap. Tanpa berfikir panjang pun, dikirim ke media massa.

Beliau berpendapat perubahan adalah evolusi. Daripada idea yang lebih selektif, bentuk pengucapan juga lebih terkawal. Bilangan karya setelah itu bukan lagi ukuran. Yang penting adakah yang ingin dinyatakan itu releven dengan masyarakat pembaca, ada signifikannya atau tidak, dan kadang-kadang ada juga hambatan lain, iaitu apa kata pengkritik. Menurut beliau lagi, bidang penulisan kalau hendak dikatakan serius ada juga kebenarannya. Namun, tidak juga terlalu serius sehingga banyak urusan tidak sempat dikerjakan. Penulisan seiringan dengan aktiviti sosial yang lain seperti menyertai kehidupan masyarakat banyak, menghadiri acara diskusi, seminar, forum, kegiatan budaya, dan yang lebih penting lagi ialah pembacaan.Kata beliau lagi, sepanjang pengalamannya, semuanya cuba diseimbangkan. Membaca jambatan ilmu. Seseorang penulis tanpa ilmu seolah-olah mendirikan rumah di atas tapak yang tidak kukuh. Di sini dapat dilihat perbezaan antara penulis yang banyak membaca dengan penulis yang hanya menghasilkan karya dengan bantuan imaginasi semata-mata. Karya yang kukuh memerlukan sokongan ilmu yang mantap.

Tambah beliau lagi, bidang penulisan bukan selancar pergerakan kereta api melewati lembah dan pamah. Ada kalanya rasa putus asa, kecewa dan tekanan seperti ada di mana-mana. Kadang-kadang pulangan material untuk karya sastera bukannya berpadanan sangat . Jika hal ini diambil kira, sekali lagi rasa putus asa kecewa , dan tekanan mudah melunturkan minat dan membunuh bakat untuk berkarya.Pada masa inilah, iltizam dan tanggungjawab memainkan peranan. Apakah tujuan sebenaranya kita menulis, menjadi asas kepada jawapan yang lebih rasional. Jika ganjaran material berada di senarai teratas , ia akan memakan diri. Tetapi, jika perjuangan ke arah memertabatkan kesusasteraan , menyumbangkan sesuatu yang lebih bererti kepada khazanah bangsa, dan kesinambungan warisan sejak zaman berzaman menjadi agenda, maka kesusasteraan mampu bertahan.Kesusasteraan bukan cuma penting untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat, malah turut memikul fungsi lamanya sebagai alat hiburan.

Mengakhiri kata-kata beliau, Dr. Lim Swee Tin menyatakan hasratnya bahawa beliau mengimpikan kesusasteraan mampu menjadi jambatan pemkiran setiap rakyat. Tidak ada sebab mengapa kesusasteraan Melayu tidak boleh subur dalam kalangan semua kaum yang menunjangi negara ini. Beliau juga berharap, generasi baru Cina dan India, terutamanya, mendekati kesusasteraan. Dasar pendidikan sudah membolehkan semua orang menguasai bahasa Melayu dengan baik, dan bakat yang ada perlu terus dipupuk dalam usaha melahirkan banyakk penulis pada masa hadapan.......

*PENDIDIKAN....


Dr. Lim Swee Tin mula mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Tawang, Bachok, kemudian apabila keluarganya berpindah ke Machang, Kelantan, beliau belajar pula di Sekolah Kebangsaan Machang, sebelum ke Sekolah Menengah Kebangsaan, dan Sekolah Menengah Hamzah, Machang, Kelantan sehingga Tingkatan Lima. Beliau menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1969, dengan mendapat Pangkat Satu.


Dr. Lim Swee Tin kemudian mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah. Walau bagaimanapun, disebabkan kesempitan kewangan, beliau memohon bertukar ke Sekolah Menengah Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan. Beliau hanya sempat beberapa bulan sahaja di sekolah ini kerana terpaksa berhenti disebabkan masalah yang sama.


Dr. Lim Swee Tin menjawat jawatan Guru Sandaran di Sekolah Kebangsaan Kampung Pek, Machang selama setahun setengah sehingga beliau ditawarkan ke Maktab Perguruan Persekutuan, Bukit Gelugur, Pulau Pinang mulai tahun 1972 dengan mengambil kursus Pengajian Bahasa Melayu dan Matematik Moden. Beliau lulus pada tahun 1973, dan mula bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra, Kuala Krai, Kelantan sehingga tahun 1978. Dr. Lim Swee Tin kemudian berpindah ke Sekolah Menengah Hamzah, alma matternya sehingga tahun 1988.

Pada tahun 1988, beliau mendapat tawaran melanjutkan pengajian di Universiti Pertanian Malaysia, Serdang kemudian dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan mengambil kursus Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama, dan minor Kesusasteraan Melayu. Dr. Lim Swee Tin memperoleh ijazah Bacelor Pendidikan pada tahun 1992. Akhirnya beliau ditugaskan berkhidmat di Sekolah Tinggi Undang Musa Al-Haj Jelebu, Negeri Sembilan, kemudian di Sekolah Menengah Kebangsaan Mantin, juga di Negeri Sembilan sehingga tahun 1996.

Mulai tahun 1997, Lim Swee Tin meneruskan pengajiannya di peringkat sarjana, dan memperoleh M.A nya pada tahun 1999. Ketekunannya dalam menuntut ilmu tidak berakhir malah diteruskan lagi pengajiannya dalam bidang doktor falsafah yang membawa gelaran Profesor Dr. Lim Swee Tin. Beliau kini Pensyarah Kesusasteraan Melayu di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM).

*BERMULANYA DI SINI…

Lim Swee Tin mula berjinak-jinak dengan bidang penulisan sejak berada di sekolah rendah lagi. Ketika itu, beliau sudah mula belajar mencoret-coret pantun dan syair. Walau bagaimanapun, cubaan beliau menghasilkan sajak tidak menampakkan hasil yang memberangsangkan sehinggalah tahun 1968 dan 1969, apabila beliau berada di sekolah menengah. Di sekolah menengah, Dr. Lim Swee Tin mengambil mata pelajaran kesusasteraan Melayu. Antara teks kajian pada masa itu ialah antologi Gelombang (Usman Awang) dan Nyanyi Sunyi (Amir Hamzah). Melalui kajian keatas kedua-dua teks puisi ini, Dr. Lim Swee Tin beroleh keyakinan untuk menghasilkan sajak-sajak. Salah sebuah karyanya yang paling awal dan sempurna dihasilkan berjudul ‘Terima Kasih’. Sajak yang dicatatkan pada kulit novel Ranjau Sepanjang Jalan (Shahnon Ahmad) ini walau bagaimanapun tidak dapat dikesan lagi.


Bermula dari ini, Lim Swee Tin mula berkarya dengan bersungguh-sungguh. Semasa di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang, Lim Swee Tin secara kebetulan dilantik sebagai Sidang Editor jurnal Persatuan Bahasa Melayu, Kredit Gelugur. Kesempatan ini digunakan beliau untuk menyiarkan beberapa buah sajaknya sendiri. Karya-karya inilah kemudiannya memberinya keyakinan untuk mengirim sejumlah sembilan buah sajak ke Mingguan Malaysia pada tahun 1973. Salah sebuah sajak beliau ‘Seorang Anak Kecil’ termuat pada 14 Oktober 1973. Sebuah lagi tersiar pula dalam Utusan Zaman kira-kira sebulan kemudian. Tersiarnya karya-karya ini sudah cukup memberinya keyakinan dan kekuatan untuk terus menapak di persada kesusasteraan Melayu, khususnya di pertengahan dekad 1970-an. Semasa di maktab ini juga, Lim Swee Tin berpeluang membaca banyak buku kesusasteraan pelbagai genre terutamanya dari Indonesia selain jurnal Dewan Sastera (yang mula diterbitkan 15 Januari 1971). Lim Swee Tin pengunjung setia perpustakaan di maktabnya, dan pembaca Dewan Sastera yang cukup tekun. Menurut Lim Swee Tin, pembacaan buku-buku dalam bahasa Indonesia memberinya kekuatan dari segi penguasaan bahasa yang amat besar.


Perkara lain yang mendorong Lim Swee Tin terus mencipta karya ialah faktor alam sekitar seperti penghidupannya yang dikelilingi cara hidup dan budaya masyarakat Melayu, khususnya di Kelantan. Alam semula jadi di Kuala Krai, Kelantan dan berbagai-bagai cabang kesenian rakyat yang digemarinya(secara kebetulan keluarga Lim Swee Tin sebelah ibunya merupakan penggiat Menora dan wayang gedek sejak turun temurun ). Tugasnya sebagai guru bahasa Melayu di sekolah turut mendekatkan beliau dengan pembacaan yang berterusan dan beliau terus menghasilkan karya-karya kreatif.


Bakat Lim Swee Tin lebih terserlah dalam genre sajak walaupun beliau turut menghasilkan cerpen dan esei kesusasteraan. Berkat usaha gigihnya, Panel Hadiah Sastera 1976 berpendapat bahawa Lim Swee Tin telah menunjukkan harapan besar sebagai penulis bukan Melayu dalam perkembangan sastera nasional kerana beliau bukan sahaja telah dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik tetapi telah berjaya mengangkat bahasa itu menjadi bahasa puisi. Karya-karyanya sudah mendapat tempat di Berita Minggu, Jurnal PERISA, Jurnal Malay Literature, Utusan Zaman, Mingguan Timur,Dewan Masyarakat, Dewan Budaya, Dewan Sastera dan puluhan media penyiaran tanah air. Selain itu, puisi-puisinya diterjemahkan ke bahasa Inggeris, Cina dan Thai.


Karya Lim Swee Tin yang pertama tersiar di media , sebuah cerpen berjudul ‘Malam Pertama’ tersiar dalam Majalah Jejaka tahun 1971. Tetapi, Lim Swee Tin merasakan jiwa dan bakatnya lebih terjurus ke arah genre sajak. Bagi Lim Swee Tin, genre ini boleh menjadi alat komunikasi, iaitu apabila sesebuah karya dihasilkan, pengalaman dan pemikiran penulis dapat dikongsi dan dihayati bersama-sama khalayak.

* KEMENANGAN SEBUAH KEKUATAN.....



-Berasaskan pegangan inilah Lim Swee Tin begitu serius dalam mencipta sajak dan keseriusannya tidak sia-sia. Setakat ini, Lim Swee Tin telah memenangi sejumlah 20 hadiah penulisan. Antaranya, Sayembara Cerpen ESSO-GAPENA 111 dan V1 pada tahun 1982 dan 1985 melalui cerpen-cerpen berjudul ‘Tapah’ dan ‘Gok’.


-Beliau memenangi Hadiah Penghargaan Anugerah Puisiputra 11 pada tahun 1983 melalui antologi ‘Akrab’ yang memuatkan 50 buah puisi. Lim juga beberapa kali memenangi Hadiah Sastera Utusan – Publik Bank (1986, 1989, 1990, 1992, 1994, 1999), Hadiah Sastera Malaysia 1982-83 melalui sajak ‘Berjalan-jalan Di Sini’, 1986-87 melalui sajak ‘Sejarah’, dan 1988-89 melalui sajak ‘Sewaktu Melintasi Kundasang’.


-Selain itu, beliau memenangi Hadiah Cerpen Maybank – DBP ke-111 melalui cerpen ‘Cahaya Lain Di Wajah’ dan ke-IV melalui cerpen ‘Setelah Kabus Dini Hari’. Pada tahun 1990, Lim Swee Tin memenangi Hadiah Kedua Peraduan Mengarang Cerpen dan Puisi sempena 100 Tahun Kuala Lumpur melalui naskah puisi ‘Kuala Lumpur : Kota Sarang Labah-Labah’. Beliau juga memenangi Hadiah Puisi Kebangsaan ESSO – GAPENA tahun 1989, Hadiah Puisi Bosnia – PENA, Berita Harian, Utusan melayu pada tahun 1994, dan Formula Malaysia kategori cerpen, 2000, melalui cerpen ‘dR’.

*PERKAHWINAN

*Lim Swee Tin berumahtangga pada tahun 1977. Isteri beliau, Selina S.F. Lee, yang juga merupakan anak jati Temangan, Kelantan Darul Naim. Pernah mengikuti pengajian dalam jurusan Linguistik da Kesusasteraan Melayu di Universiti Putra Malaysia dan memperoleh Bacelor Pendidikan. Kini, beliau seorang guru.

*Selina S. F juga merupakan penyair dan cerpenis yang kerap menyumbangkan karya-karya di media-media tanah air. Minatnya terhadap dunia penulisan juga telah berputik sejak di bangku sekolah lagi terutama dalam genre puisi.
*Banyak karyanya khususnyaGenre puisi tersiar dalam media percetakan seperti Minggua Malaysia, Wanita, dan Dewan Sastera dan sebagainya. Manakala puisi-puisi ecerannya diterbitkan dalam bentuk bersama antaranya Di Dunia Permata (1993) dan Angin Pagi (1995)Mereka kini dikurniai tiga orang anak, seorang lelaki dan dua orang perempuan.

"Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi" Darah seni yang mengalir dalam diri Dr. Lim dan isterinya masih lagi terus mengalir ke dalam diri anak gadis beliau. Minatnya yang mendalam terhadap puisi jelas terpancar semasa beliau mendeklimasikan sajak ....

*PENGLIBATAN DALAM DUNIA SASTERA

-Dr.Lim Swee Tin pernah aktif dalam Persatuan Penulis-Penulis Kelantan (PPK). Selepas PPK menjadi tuan rumah Hari Puisi Nasional di Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1981, Lim Swee Tin mengambil alih jawatan Setiausaha 1 selama tiga penggal berturut-turut. Sepanjang memegang jawatan tersebut, Lim Swee Tin banyak memainkan peranan mengendalikan bengkel dan mengadakan pelbagai rancangan pembangunan untuk melahirkan penulis-penulis pelapis di negeri kelahirannya itu.

-Pada tahun 1990, Lim Swee Tin terpilih mewakili negara dalam acara Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur, acara dwitahunan yang menghimpunkan penyair-penyair terkemuka dunia. Pada tahun yang sama, Dewan Bahasa dan Pustaka memilih beliau untuk Program Penataran Karya Sastera selama 26 hari di Indonesia. Antara aktiviti beliau ialah menemui pengarang-pengarang ternama mutakhir Indonesia selain berdiskusi dengan tokoh-tokoh bahasa dan kesusasteraan Indonesia. Beliau juga berkesempatan mengikuti HISKI 111 di Malang, Indonesia.


-Pada tahun 1994 – 1997 Lim Swee Tin merupakan Pengelola Ruangan Sastera dan Budaya akhbar Mingguan Watan. Selain itu, Lim Swee Tin kerap diundang membentangkan kertas kerja. Antaranya sempena Bulan Bahasa Melayu Singapura 1996, 1997,1998 dan 1999, Hari Sastera Malaysia, Hari Puisi Nasional dan Pertemuan Sasterawan Nusantara Perhimpunan Sasterawan Malaysia 1 di Johor Bahru, 1999 di samping mengelolakan majlis-majlis kesusasteraan serta acara-acara baca puisi; antaranya pada Kongres Bahasa Melayu Sedunia 1995, dan lain-lain lagi. Beliau mengendalikan Minggu Penulis Remaja (Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah) dari tahun 1996 hingga 1999, yang banyak membantu mengukuhkan kedudukannya sebagai penulis tanah air. Lim Swee Tin juga Pengadil GAPENA bagi acara Sayembara Puisi Kebangsaan dari tahun 1995 hingga sekarang.



DUNIA PENULISAN




-Sepanjang penglibatannya dalam dunia penulisan, Lim Swee Tin telah menerbitkan sejumlah sepuluh buah antologi puisi persendirian, empat daripadanya merupakan puisi remaja, lima buah novel remaja, lima buah buku kreatif umum, dan lebih enam puluh buah antologi bersama. Beliau juga menyelenggarakan sebuah antologi puisi penulis bukan Melayu.


-Kejayaan cemerlang Lim Swee Tin dalam bidang penulisannya juga membawanya ke simposium The Search for a New World Culture for the 21st Century : Asian Literary Perspective di Washington D.C, Amerika Syarikat, dan bersempena dengan Persidangan ASEM ke-2 di London April tahun 1998, Lim Swee Tin diundang mewakili Malaysia pada acara Baca Puisi Four Leading Poets from South East Asia bertempat di Royal Festival Hall, London di samping penyair dari Indonesia, Thailand dan Filipina.