
-Berasaskan pegangan inilah Lim Swee Tin begitu serius dalam mencipta sajak dan keseriusannya tidak sia-sia. Setakat ini, Lim Swee Tin telah memenangi sejumlah 20 hadiah penulisan. Antaranya, Sayembara Cerpen ESSO-GAPENA 111 dan V1 pada tahun 1982 dan 1985 melalui cerpen-cerpen berjudul ‘Tapah’ dan ‘Gok’.
-Beliau memenangi Hadiah Penghargaan Anugerah Puisiputra 11 pada tahun 1983 melalui antologi ‘Akrab’ yang memuatkan 50 buah puisi. Lim juga beberapa kali memenangi Hadiah Sastera Utusan – Publik Bank (1986, 1989, 1990, 1992, 1994, 1999), Hadiah Sastera Malaysia 1982-83 melalui sajak ‘Berjalan-jalan Di Sini’, 1986-87 melalui sajak ‘Sejarah’, dan 1988-89 melalui sajak ‘Sewaktu Melintasi Kundasang’.

-Selain itu, beliau memenangi Hadiah Cerpen Maybank – DBP ke-111 melalui cerpen ‘Cahaya Lain Di Wajah’ dan ke-IV melalui cerpen ‘Setelah Kabus Dini Hari’. Pada tahun 1990, Lim Swee Tin memenangi Hadiah Kedua Peraduan Mengarang Cerpen dan Puisi sempena 100 Tahun Kuala Lumpur melalui naskah puisi ‘Kuala Lumpur : Kota Sarang Labah-Labah’. Beliau juga memenangi Hadiah Puisi Kebangsaan ESSO – GAPENA tahun 1989, Hadiah Puisi Bosnia – PENA, Berita Harian, Utusan melayu pada tahun 1994, dan Formula Malaysia kategori cerpen, 2000, melalui cerpen ‘dR’.
No comments:
Post a Comment