? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Tuesday, March 31, 2009

*PENERIMA S.E.A WRITE AWARD TAHUN 2000....


South East Asia Write Award atau ringkasnya S.E.A.Write Award merupakan anugerah yang diwujudkan untuk mengiktiraf golongan penulis di Rantau Asia Tenggara. Anugerah ini sebagai satu penghormatan yang cukup bermakna dan bernilai bagi penulis, yang merupakan golongan penting dan berperanan dalam agenda pembangunan sebuah negara. Anugerah berprestij ini bermula sejak dari tahun 1979. Penulis yang menerima anugerah ini akan berkumpul di Bangkok, Thailand. Penemuan selama semingu ini memberi peluang kepada penulis untuk saling mengenali antara satu sama lain dapat bertukar-tukar pandangan idea untuk memperkembangkan dan memeriahkan lagi dunia sastera rantau ASEAN.

Penobatan Lim Swee Tin sebagai penerima S.E.A.Write Award untuk tahun 2000 telah menjawab segala teka teki yang bermain di kotak fikiran para penulis tanah air. Pemilihan beliau turut mengangkat kembali genre puisi Melayu moden selepas sepi seketika. Malah beliau merupakan penerima S.E.A.Write Award pertama bukan Melayu. Justeru mengetepikan segala prasangka bahawa anugerah berprestij ini hanya didominasikan oleh penulis-penulis Melayu.

Pemilihan beliau dianggap tepat dan wajar memandangkan penyair ini cukup konsisten dan komited dalam tugas penulisannya sehingga sepanjang tiga dekad. Lim Swee Tin telah menghadiahkan dunia kesusasteraan Melayu kumpulan puisi ialah "Eva" (1981), "Akrab" (1985), "Menyusur Musim" (1991), "Seorang Anak Kecil dan Sajak-sajak Lain/A Child and Other Poems (puisi dwibahasa, 1993), "Masih" (1997), "Sebuah Fragmen Cinta" (1998) dan "Nyanyian Sepi" (puisi dwibahasa, 2000).


Senarai Penerima Anugerah S.E.A Write Award

1. A. Samad Said (1979)

2. Baharudin Zainal (1980)

3. Abdullah Hussain (1981)

4. Usman Awang (1982)

5. Adibah Amin (1983)

6. Latiff Mohidin (1984)

7. Arenawati (1985)

8. Kemala (1986)

9. Noordin Hasan (1987)

10.Azizi Haji Abdullah (1988)

11. Siti Zainon Ismail (1989)

12.S. Othman Kelantan (1990)

13. Jihaty Abadi(1991)

14.Ismail Abbas (1992)

15.Dharmawijaya (1993)

16.A. Wahab Ali (1994)

17.Suhaimi Haji Muhammad (1995)

18.Zaharah Nawawi (1996)

19.Muhammad Haji Salleh (1997)

20.Othman Puteh (1998)

21.Khadijah Hasyim (1999)

22.Lim Swee Tin (2000)


Pemilihan penulis ini tepat memandangkan sumbangan mereka yang tidak bernilai dalam meningkatkan martabat persada kesusasteraan Melayu. Setiap penulis yang dimahkotakan sebagai penerima anugerah ini memiliki kekuatan dan kelebihan mereka tersendiri. Ini bersesuaian dengan satu matlamat anugerah ini, iaitu untuk menemukan penulis ASEAN pada pelbagai bakat. Inisiatif dan usaha kerajaan Thailand mewujudkan anugerah ini bukan bererti kepada pencipta sastera dan menghidupkan dunia kesusasteraan tetapi secara tidak lansung telah dapat mengeratkan hubungan di antara negara di ASEAN.

No comments:

Post a Comment