


-Di dalam Berkelana di Belantara Kata ini, penulis berkongsi dengan pembaca tentang penglibatan awal beliau di bidang puisi, menceritakan bagaimana keghairahan untuk menyusun kata-kata menjadi suatu tanggungjawab dan juga menyelitkan sisipan ucapan penghargaan beliau sebagai Penerima S.E.A Write Award 2000.
-Bagi pembaca yang ingin mengenali lebih lanjut tentang penghasilan puisi, buku kecil ini sesuai untuk membawa peminat puisi ke suatu dimensi kata-kata yang mengasyikan. Lim Swee Tin memperkenalkan tentang keindahan sebuah puisi serta menyentuh tentang kedudukan penyair bukan Melayu, penyair wanita Malaysia generasi baru dan situasi pengarang daerah dalam arus perdana, lewat Berkelana Di Belantara Kata ini.

-Lewat kumpulan puisi Citra Kurnia ini, Lim Swee Tin, Penerima S.E.A Write Award 2000 menghimpunkan 42 buah puisi yang dipanggil 'sajak-sajak sempena'. Puisi-puisi yang ditulis khas untuk majlis-majlis tertentu ini memperlihatkan Lim Swee Tin di dalam mempelbagaikan kebolehannya berpuisi. Terdapat puisi bagi mengenang Allahyarham Sudirman Hj Arshad yang dipanggil "Monolog Kecil Seniman Bangsa", sajak sempena sebuah majlis perkahwinan - "Perkahwinan", sajak sempena majlis 30 Tahun WANITA - "Potret Wanita Bangsa" dan juga puisi "Di Bawah Langit Yang Sama" yang ditulis dan dideklamasikan sempena Concert For World Peace in Thailand."Perkahwinan adalah sumbu sentiasa menyala / Dalam dakap hangat kasih / Tak pernah kunjung padam / Perkahwinan adalah hujan sentiasa merenyai / Dalam rangkul dingin sukma / Selamanya berpadu manis ingatan."Petikan Sajak "Perkahwinan"
No comments:
Post a Comment