? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Tuesday, March 31, 2009




Tahun 2009 ini genaplah tiga puluh enam tahun Dr. Lim Swee Tin dalam bidang penulisan kreatif ini.. Jangka masa ini dikira, berdasarka puisi pertama, "Seorang Anak Kecil" yang termuat dalam Mingguan Malaysia, 14 Oktober 1973. Bermula dengan keghairahan anak muda yang 'gila' berkarya (beliau merasakan fenomena itu biasa akan berlaku dalam kalangan penulis baru)- beliau mula memikirkan bahawa menulis (mengarang )sebagai tanggungjawab.Demikian masa berubah , kematangan juga sudah berbeza, nawaitu pun berlainan, menjadikan kerja mengarang bukan sahaja semakin rumit, malah perlu lebih berhati-hati. Kalau dahulu kata beliau, pantang "disapa" "idea", "darah seni" terus tersirap. Tanpa berfikir panjang pun, dikirim ke media massa.

Beliau berpendapat perubahan adalah evolusi. Daripada idea yang lebih selektif, bentuk pengucapan juga lebih terkawal. Bilangan karya setelah itu bukan lagi ukuran. Yang penting adakah yang ingin dinyatakan itu releven dengan masyarakat pembaca, ada signifikannya atau tidak, dan kadang-kadang ada juga hambatan lain, iaitu apa kata pengkritik. Menurut beliau lagi, bidang penulisan kalau hendak dikatakan serius ada juga kebenarannya. Namun, tidak juga terlalu serius sehingga banyak urusan tidak sempat dikerjakan. Penulisan seiringan dengan aktiviti sosial yang lain seperti menyertai kehidupan masyarakat banyak, menghadiri acara diskusi, seminar, forum, kegiatan budaya, dan yang lebih penting lagi ialah pembacaan.Kata beliau lagi, sepanjang pengalamannya, semuanya cuba diseimbangkan. Membaca jambatan ilmu. Seseorang penulis tanpa ilmu seolah-olah mendirikan rumah di atas tapak yang tidak kukuh. Di sini dapat dilihat perbezaan antara penulis yang banyak membaca dengan penulis yang hanya menghasilkan karya dengan bantuan imaginasi semata-mata. Karya yang kukuh memerlukan sokongan ilmu yang mantap.

Tambah beliau lagi, bidang penulisan bukan selancar pergerakan kereta api melewati lembah dan pamah. Ada kalanya rasa putus asa, kecewa dan tekanan seperti ada di mana-mana. Kadang-kadang pulangan material untuk karya sastera bukannya berpadanan sangat . Jika hal ini diambil kira, sekali lagi rasa putus asa kecewa , dan tekanan mudah melunturkan minat dan membunuh bakat untuk berkarya.Pada masa inilah, iltizam dan tanggungjawab memainkan peranan. Apakah tujuan sebenaranya kita menulis, menjadi asas kepada jawapan yang lebih rasional. Jika ganjaran material berada di senarai teratas , ia akan memakan diri. Tetapi, jika perjuangan ke arah memertabatkan kesusasteraan , menyumbangkan sesuatu yang lebih bererti kepada khazanah bangsa, dan kesinambungan warisan sejak zaman berzaman menjadi agenda, maka kesusasteraan mampu bertahan.Kesusasteraan bukan cuma penting untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat, malah turut memikul fungsi lamanya sebagai alat hiburan.

Mengakhiri kata-kata beliau, Dr. Lim Swee Tin menyatakan hasratnya bahawa beliau mengimpikan kesusasteraan mampu menjadi jambatan pemkiran setiap rakyat. Tidak ada sebab mengapa kesusasteraan Melayu tidak boleh subur dalam kalangan semua kaum yang menunjangi negara ini. Beliau juga berharap, generasi baru Cina dan India, terutamanya, mendekati kesusasteraan. Dasar pendidikan sudah membolehkan semua orang menguasai bahasa Melayu dengan baik, dan bakat yang ada perlu terus dipupuk dalam usaha melahirkan banyakk penulis pada masa hadapan.......

No comments:

Post a Comment