? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Tuesday, March 31, 2009

*BERMULANYA DI SINI…

Lim Swee Tin mula berjinak-jinak dengan bidang penulisan sejak berada di sekolah rendah lagi. Ketika itu, beliau sudah mula belajar mencoret-coret pantun dan syair. Walau bagaimanapun, cubaan beliau menghasilkan sajak tidak menampakkan hasil yang memberangsangkan sehinggalah tahun 1968 dan 1969, apabila beliau berada di sekolah menengah. Di sekolah menengah, Dr. Lim Swee Tin mengambil mata pelajaran kesusasteraan Melayu. Antara teks kajian pada masa itu ialah antologi Gelombang (Usman Awang) dan Nyanyi Sunyi (Amir Hamzah). Melalui kajian keatas kedua-dua teks puisi ini, Dr. Lim Swee Tin beroleh keyakinan untuk menghasilkan sajak-sajak. Salah sebuah karyanya yang paling awal dan sempurna dihasilkan berjudul ‘Terima Kasih’. Sajak yang dicatatkan pada kulit novel Ranjau Sepanjang Jalan (Shahnon Ahmad) ini walau bagaimanapun tidak dapat dikesan lagi.


Bermula dari ini, Lim Swee Tin mula berkarya dengan bersungguh-sungguh. Semasa di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang, Lim Swee Tin secara kebetulan dilantik sebagai Sidang Editor jurnal Persatuan Bahasa Melayu, Kredit Gelugur. Kesempatan ini digunakan beliau untuk menyiarkan beberapa buah sajaknya sendiri. Karya-karya inilah kemudiannya memberinya keyakinan untuk mengirim sejumlah sembilan buah sajak ke Mingguan Malaysia pada tahun 1973. Salah sebuah sajak beliau ‘Seorang Anak Kecil’ termuat pada 14 Oktober 1973. Sebuah lagi tersiar pula dalam Utusan Zaman kira-kira sebulan kemudian. Tersiarnya karya-karya ini sudah cukup memberinya keyakinan dan kekuatan untuk terus menapak di persada kesusasteraan Melayu, khususnya di pertengahan dekad 1970-an. Semasa di maktab ini juga, Lim Swee Tin berpeluang membaca banyak buku kesusasteraan pelbagai genre terutamanya dari Indonesia selain jurnal Dewan Sastera (yang mula diterbitkan 15 Januari 1971). Lim Swee Tin pengunjung setia perpustakaan di maktabnya, dan pembaca Dewan Sastera yang cukup tekun. Menurut Lim Swee Tin, pembacaan buku-buku dalam bahasa Indonesia memberinya kekuatan dari segi penguasaan bahasa yang amat besar.


Perkara lain yang mendorong Lim Swee Tin terus mencipta karya ialah faktor alam sekitar seperti penghidupannya yang dikelilingi cara hidup dan budaya masyarakat Melayu, khususnya di Kelantan. Alam semula jadi di Kuala Krai, Kelantan dan berbagai-bagai cabang kesenian rakyat yang digemarinya(secara kebetulan keluarga Lim Swee Tin sebelah ibunya merupakan penggiat Menora dan wayang gedek sejak turun temurun ). Tugasnya sebagai guru bahasa Melayu di sekolah turut mendekatkan beliau dengan pembacaan yang berterusan dan beliau terus menghasilkan karya-karya kreatif.


Bakat Lim Swee Tin lebih terserlah dalam genre sajak walaupun beliau turut menghasilkan cerpen dan esei kesusasteraan. Berkat usaha gigihnya, Panel Hadiah Sastera 1976 berpendapat bahawa Lim Swee Tin telah menunjukkan harapan besar sebagai penulis bukan Melayu dalam perkembangan sastera nasional kerana beliau bukan sahaja telah dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik tetapi telah berjaya mengangkat bahasa itu menjadi bahasa puisi. Karya-karyanya sudah mendapat tempat di Berita Minggu, Jurnal PERISA, Jurnal Malay Literature, Utusan Zaman, Mingguan Timur,Dewan Masyarakat, Dewan Budaya, Dewan Sastera dan puluhan media penyiaran tanah air. Selain itu, puisi-puisinya diterjemahkan ke bahasa Inggeris, Cina dan Thai.


Karya Lim Swee Tin yang pertama tersiar di media , sebuah cerpen berjudul ‘Malam Pertama’ tersiar dalam Majalah Jejaka tahun 1971. Tetapi, Lim Swee Tin merasakan jiwa dan bakatnya lebih terjurus ke arah genre sajak. Bagi Lim Swee Tin, genre ini boleh menjadi alat komunikasi, iaitu apabila sesebuah karya dihasilkan, pengalaman dan pemikiran penulis dapat dikongsi dan dihayati bersama-sama khalayak.

No comments:

Post a Comment